Posted by: Gurindam Jiwa | Friday, August 15, 2008

Pantun Hari Ini

Sampan kotak hilir mudik,
    Dayung patah galah sebatang;
Ikhtiar tidak datang bergolek,
    Akal tidak datang melayang.

Elok laku bekal dunia,
    Elok budi bekal mati;
Elok rupa mainan mata,
    Elok bahasa penambat hati.

Oleh En. Mohd. Asri bin Abd. Ghani
dari Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia, Putrajaya
semasa mengacarakan
Seminar Keibubapaan SRAI BBB 2008
baru-baru ini.

About these ads

Responses

  1. Pak Mamat pergi kebun,
    Bagus punya pantun..

    Terima kasih singgah sini,
        Ada masa singgahlah lagi.

  2. tali timba ditarik perlahan
    terasa sejuk air perigi
    bermula sebuah ikatan persahabatan
    insyaAllah hamba datang lagi

    Pantun tuan hamba teruja,
        Bakat terserlah dari naluri;
    Pantun hamba tidak seberapa,
        Bandingan rendah berasa diri.

    Tanjung Pian sangat ternama,
        Tempat mandi tuan puteri;
    Kunjungan tuan amat bermakna,
        Terima kasih daun keladi.

  3. laman ini bagus untuk penggemar pantun

    Kalau bab pantun, banyak laman lain yang lebih bagus…

    Terima kasih.

  4. Pantun nya bagus banget, kirimin pantun lagi dong?

    Maaf. Kehabisan modal, dong.

  5. tepung tawar adat sejati,
    tidak berpisah sampai mati
    saya nk join sekali
    berpantun dengan org kat cni

    Mari berkelah di tepi kali,
        Sungguh damai lagi indah;
    Ya ya marilah join sekali,
        Lagi ramai lagi meriah.


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Categories

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 644 other followers

%d bloggers like this: