Posted by: Gurindam Jiwa | Wednesday, January 21, 2009

Jemputan Mesyuarat AJK PIBG Kali Ke-2, 2008/2009

PERSATUAN IBUBAPA DAN GURU
SEKOLAH RENDAH AGAMA (INTEGRASI) BANDAR BARU BANGI

JALAN KEMAJUAN, 43650 BANDAR BARU BANGI
SELANGOR DARUL EHSAN
Tel: 03–8925 4714

Bil (03) dlm PIBGSRAI BBB 01/0910
Tarikh: 20hb. Januari 2009

Kepada:

………………..

Tuan/Puan,

JEMPUTAN MESYUARAT AJK PIBG KALI-2, 2008/2009

Perkara di atas adalah dirujuk.

Dengan segala hormatnya tuan/puan adalah dijemput untuk menghadiri mesyuarat AJK, PIBG sebagaimana butiran di bawah:

Tarikh
:
24hb Januari 2009 (Sabtu)
Masa
:
9:00 pagi
Tempat
:
Pusat Sumber Sekolah
 

Kerjasama dan keprihatinan tuan/puan adalah diharapkan dalam usaha membantu pihak sekolah meningkatkan sistem pendidikan serta dapat melahirkan individu yang berketerampilan dan mampu berdaya saing. Insyaallah.

Sekian, dimaklumkan. Terima Kasih.

“INSAN CEMERLANG MUTIARA NEGARA”

Yang menjalankan tugas,

……….
Zulkiflie b. Mohamad
Setiausaha
PIBG, SRA Integrasi B.B.Bangi

s.k. Fail PIBG

Agenda Mesyuarat

  1. Ucapan Pengerusi
  2. Ucapan Guru Besar, SRA Integrasi Bandar Baru Bangi
  3. Mengesahkan Minit Mesyuarat AJK PIBG kali ke-6
  4. Perkara berbangkit
  5. Laporan Kewangan & Laporan (Dana Kutipan Derma PIBG 2008 )
  6. Membincangkan tarikh dan perkara-perkara Mesyuarat Agong kali ke-11
  7. Hal-Hal Lain
About these ads

Responses

  1. Setiausaha PIBG bertukar nampaknya….

    Ustaz Shahril sudah bertukar sekolah. Naik pangkat.

    Ada khabar mengatakan seluruh AJK kali ini akan dibubar, digantikan dengan AJK baru yang lebih berwibawa…
    :roll:

    Sepatutnya, Cikgu Zulkiflie bukanlah Setiausaha, tetapi Pemangku Setiausaha. Setiausaha hanya boleh dilantik di Mesyuarat Agong Tahunan sahaja.

  2. tak tahu pun ada mesyuarat ni. surat baru dapat hari ni ke. nantilah check ngan anak2 .

    selalunya mesyuarat PIBG ni short notice sangat.

    Ini ialah mesyuarat untuk AJK sahaja. Memang selalu short notice pun. Mesyuarat Agong nanti semua boleh, digalakkan, diharapkan, tolonglah, datang :D

  3. Salam En.Mazlan, saya singgah berjumpa guru besar pagi tadi; bersembang beberapa perkara. Rupanya, pejabat sudah siap dibaikpulih memberikan ruang yang begitu selesa kepada kakitangan yang memerlukan ruang pentadbiran.
    Saya sebetulnya terkejut, sebab semasa dimaklumkan gurubesar berkenaan baikpulih berkenaan saya tak begitu pasti the real spec. Selepas meninjau sendiri, barulah saya sedar kesan akibat baikpulih tersebut yang menempatkan sementara murid-murid di makmal sains dan komputer.
    Quite speechless juga…sebabnya;
    Saya tak berapa faham baikpulih yang saya sifatkan agak major itu dilakukan juga sedangkan bangunan baru dalam pembinaan, bukankah lebih baik jika blok pentadbiran baru terus sahaja dibina di blok baru. So, tak perlu sacrifice bilik kelas murid2?Tapi apakan daya, komen banyak2 pun tak bawa apa2 kesan, sebab renovation dah siap.

    Masa hari pertama lagi saya dah berbual dgn beberapa bapa di sekolah tentang itu. Walau bagaimana pun, bila anak saya kena duduk di makmal sains tu, sekarang dia nak jadi saintis pulak! ;-)

    Hari tu anak bawa balik risalah ada kelas Sains Tambahan yang dibuat pada hari Jumaat petang. Lagi lah terkejut. Sebab dulu kata nak hari Jumaat setengah hari agar guru-guru boleh buat aktiviti sendiri. Kalau dibuat Kelas Sains Tambahan, ibubapa yang kelam-kabut ambil anak untuk Sembahyang Jumaat dan makan tengahari, sebab pihak sekolah tidak mahu bertanggungjawab menghantar anak-anak ke Sembahyang Jumaat atau memberi mereka makan tengahari. Kemudian kelam kabut pula hantar balik ke sekolah selepas Sembahyang Jumaat untuk kelas Sains Tambahan. Untuk orang macam saya ni kiranya hari Jumaat tu cuti saja lah, kerana kerja angkut anak-anak pergi balik sekolah dua tiga kali sehari.

    Memanglah kelas tu optional, tapi kenapa tak optional petang hari Isnin, Selasa, Rabu, atau Khamis? Atau buat tengah malam sahaja, dengan menggunakan alasan untuk mencari ilmu, tidak boleh memilih waktu… :-P

    Yang dulu kata hari Jumaat perlu setengah hari kerana masa itu sahaja guru-guru boleh beraktiviti atau bermesyuarat tu macam mana? Untuk berniaga tali leher, dadih ada pula masanya ye…

    Tapi terfikir juga. Kalau kita hantar anak ke UKM, setakat mana kita boleh tegur pentadbiran UKM?

    Hmmm…

  4. saya pun agak heran la dengan sekolah ini. boleh ke berniaga dalam sekolah? atau guru-guru menjual keperluan murid @ asas uniform sekolah di kedai sekolah? biasa la ada ” kedai sekolah ” dapat mendidik murid berniaga dan kenal ekonomi, kan perniagaan itu digalakkan oleh Islam…………..
    Kenapa En Mazlan tidak selidik dgn guru dan guru besar sekolah tersebut?
    Kesian gak saya mungkin tujuan baik itu boleh jd x baik……
    Ada x orang berniaga diluar kawasan sekolah waktu balik? kalau ada itu yang menjadi tumpuan kita beritahu semua ibubapa dan anak-anak “jangan beli” @ kita lapor kat MPKj.
    Bab kelas tambahan sains itukn optional manalah tau ada ibubapa yang x leh hantar anak balik rumah boleh lah mereka bersembahyang bersama lepas itu pergi sekolah semula, kan molek solat dan makan bersama, kalau x bila lagi………….

    Guru-guru berniaga itu adalah aktiviti Badan Kebajikan Guru. Oleh guru, untuk guru, diluluskan oleh Guru Besar. Diluar bidangkuasa ibubapa. Tak perlu diselidik, kerana sudah menjadi pengetahuan am. Ataupun kalau terus pergi bertanya dengan guru yang sedang berniaga itu, mereka akan memberi penjelasan dengan baik.

    Orang berniaga di luar pagar, waktu kita ambil anak kita pulang, kita boleh lihat sendiri ada atau tidak. Pernah lapor pada MPKj, tetapi mereka tak cukup kakitangan untuk memantau, walaupun saya lihat ada ahli MPKj sendiri yang hantar anak-anaknya bersekolah di sini. Nak suruh anak-anak jangan beli, mereka rata-ratanya belum akil baligh. Kadang dengar cakap, kadang tidak.

    Anak-anak solat dan makan bersama ibubapa memang molek. Molek cadangan ini dikumandangkan di Mesyuarat Agong PIBG yang akan datang ini.

  5. Alhamdulillah la dapat duduk dalam makmal sains tp kalau dapat duduk dalam makmal komputer mesti tak komplenkan, sejuk……..
    Bab kelas tmbahan sains tu okla, boleh la makan dan solat jumaat bersama, kalau tak bila lagi kan. Kalau tengah malam takut lak cikgu-cikgu tu kene marah, ye la tu kan time orang-orang di Malaysia melabuhkan tirai @ time bapak-bapak dok kedai kopi berpolitik @ “MLM”. Betul la kata GB, tu kan masa guru-guru beraktiviti @ buat duit lebih, nak niaga dah ada masa so…… enjoy la dengan duit tuisyen lak…….. x cam tu…… he he he he

    Memang saya bersyukur anak saya dapat kelas di makmal sains itu. Ada anak-anak, seperti di Gaza misalnya, langsung tak dapat masuk kelas. Jadi kalau diletakkan di dalam tandas pun, saya perlu mengucapkan terima kasih kepada pentadbiran sekolah.

    Tentang “bapak-bapak dok kedai kopi berpolitik @ ‘MLM'” tu, saya tak pasti tentang ibubapa di SRAI BBB ini. Mungkin ada banyak baiknya, Allah sahaja yang tahu.

  6. Alhamdulillah, besar sungguh kesedaran ibubapa sekolah ini, sanggup berkorban apa saja……… itulah kita selalu berpegang apada pepatah… kuman seberang laut nampak gajah depan mata tak nampak………dok tengok kesusahan orang lain dan sanggup buat pe aje untuk “GAZA” tapi anak-anak kita yang juga sedang berjihad nak di SUMBAT dalam tandas….. emmmm tak tau la mana jihad yang dok di terima ALLAH??????

    Di sini, di sana, di mana-mana jua, kita buat apa-apa setakat mampu, kerana Allah. Allah sahaja yang boleh menilainya.

    Dan di sekolah, bukan ibubapa sahaja yang berkorban, guru-guru pun banyak berkorban juga. Cuma kita kadang terlepas pandang.

  7. Salam En.Mazlan, pada saya satu kekangan yang membezakan sekolah rendah dan universiti ialah; universiti rata2 dianggotai oleh mereka yg mempunyai status ‘ternama’ dalam masyarakat; berbeza dengan sekolah rendah yang mana kebanyakan mereka berkelulusan sehingga SPM,STPM, Diploma, sebahagian kecil ijazah/ sarjana.
    Di kalangan ibubapa yg menganggap diri mereka mempunyai ‘kedudukan’ dalam masyarakat/ berjawatan besar dan kemudiannya ‘loss insight’ regarding their role in the school; sering saya perhatikan gemar ‘menuding ‘ jari ke arah guru2 seolah2 the teachers have to listen to their orders, padahal bukan merekapun yg bayar gaji all those cikgu. Jika saya diberi peluang bercakap on the behalf of those cikgu, I would say’ Please bring back your kid, and teach him /her to the level of expectation you want……., we’re not your employee nor your kuli…” sori ye, kalau terkasar komen ni.

    Ramai ibubapa kurang jelas akan peranan PIBG. Elok YDP (atau mana-mana AJK yang berani tolong) ambil peluang di Mesyuarat Agong untuk menjelaskannya. Ada sesiapa yang ada salinan Perlembagaan PIBG? Hmm…

    Oleh kerana sudah menjadi ahli persatuan, tentulah ibubapa merasakan mereka mempunyai sedikit hak untuk bersuara, sekurang-kurangnya di Mesyuarat Agong. Apatah lagi mereka membayar yuran yang agak tinggi, jika dibanding dengan sekolah-sekolah bukan swasta yang lain di Bandar Baru Bangi ini.

    Oleh itu penjelasan yang lebih berhemah adalah diperlukan, pada pendapat saya. Sekadar menyatakan JAIS menganggap sekolah ini ibarat sekolah swasta sahaja, rasanya tidak memadai.

  8. Maaf, tertinggal sikit lagi…saya bukannya nak membanggakan apa yg ada di universiti, dato’2/ tan sri2/profesor2 menduduki kerusi kerusi pentadbiran (status ‘ternama’ la ni), jadi tak sape berani nak cakap byk apa yg berlaku kat kampus; tapi kat sekolah rendah ni, the other way round.

    Tambahan pula, adakah terdapat Persatuan Ibu Bapa & Pensyarah di universiti?

    Tempat saya mengaji dulu tak de Dato’ atau Tan Sri dalam majlis pentadbirannya. Dan selalunya pelajar-pelajar sendiri yang menegur pentadbiran. Maklumlah, pelajar dah lepas akil baligh…

  9. salam en. mazlan.

    harap2 mesyuarat agung ahad nie banyak ler isu2 yang nak dibangkitkan. banyak yang saya tak puashati setelah 3 tahun hantar anak kat situ. tapi iyeler kan. kadang suara mak bapak nie x selalunyer diambik kira…. kadang2 rasanya apa yang kita komen tu betul tetapi ada ler plak pihak yang menafikan…. heran gak tu…….

    Wa’alaikumussalaam En Zakri,

    Janganlah begitu. Jemputlah datang dan bawalah lsu-lsu tersebut. Jangan disimpan di dalam hati, kelak nanti merana diri.

    Kita manusia ni adalah lemah dan serba kekurangan. Jadi kita perlukan teguran. Semasa Umar al-Khattab diminta menjadi Khalifah untuk menggantikan Abu Bakar as-Siddiq, beliau meminta agar beliau boleh ditegur. Kalau tidak ada yang berani menegur beliau, beliau tidak mahu menjadi Khalifah. Begitulah iktibar dan panduan yang kita semua perlu ambil. Kalau seseorang itu tidak boleh ditegur, sebenarnya beliau tidak sesuai menjadi pemimpin. Ini hakikat bukan sahaja di PIBG, tetapi di mana-mana juga, hatta di rumah kita sendiri sekali pun.

    Kita juga haruslah membuang sikap yang mana apabila seseorang itu meluahkan isi hati, memberi teguran, mencadangkan pendapat, maka orang itu hendaklah dilantik menjadi ahli jawatankuasa. Saya rasa sikap ini tidak terbuka, defensive, dan mengekangkan pengembangan minda. Yang ruginya kita juga.

    Yang pihak menafikan tu, mungkin mereka sekadar mengeluarkan pandangan mereka terhadap sesuatu isu yang diutarakan, dan mungkin cara mereka berhujjah itu tidak begitu selesa di telinga kita. Tidak semua di antara kita ini pandai berbicara atau berpidato. Masing-masing ada kelemahannya. Marilah kita bersangka baik untuk kepentingan bersama, khususnya di sekolah ini ianya untuk anak-anak kita juga.

    Kita juga mungkin harus faham apakah fungsi PIBG itu sebenarnya. Saya pun orang baru di sini. Setakat tahun ketiga saya di sini, saya tidak nampak lagi mana-mana pihak yang tampil untuk memberi penjelasan kepada ahli-ahli PIBG. Samada pihak pimpinan PIBG, ataupun pihak pentadbiran sekolah. Mungkin mereka menyangka kita semua dah tahu. Tapi sebenarnya ada yang tidak tahu.

    Eloklah kalau kita ambil kesempatan di Mesyuarat Agung ini untuk bertanya, dan keluarkan segala yang terpendam di dalam hati dengan cara yang berhemah. Lagi pun, sebagai ahli biasa, kita hanya mudah bersuara di Mesyuarat Agung sahaja, walaupun kita sebenarnya boleh memberi pendapat pada bila-bila masa sahaja.

    Jadi kepada para ibubapa sekelian, datanglah ke Mesyuarat Agung ini beramai-ramai. Tentu kita nak tahu ke mana perginya yuran PIBG yang kita bayar tu. Tentu kita nak tahu apa yang AJK buat selama ini. AJK PIBG ini ada banyak kelemahan. Saya pun ada banyak kelemahan. Antara kelemahan saya ialah saya tak pandai meminta tolong. Mungkin kerana saya dibersarkan terlalu berdikari. Tapi hakikatnya, kita kenalah meminta tolong apabila kita tersangkut mana-mana. Dan pihak yang diminta tolong pula, dimintalah untuk menolong setakat mampu. Dan kalau kita lihat orang tersangkut diam aje, cubalah tanya-tanya, kot kot dia ada masalah, tapi malu nak beritahu. Jangan sekadar tahu datang mesyuarat tepuk meja tanya hasil, belasah sana, insult sini, smash situ, tapi tak mahu ambil tahu keperluan dan kelemahan masing-masing. Ye lah, rambut sama hitam, ataupun sama putih…

    OK, saya berharap En. Zakri dapat datang ke Mesyuarat Agung ini nanti. Saya tak kenal En Zakri, dapatlah kiranya En Zakri perkenalkan diri.

    Mana yang tersinggung dan terkasar, saya memohon maaf, dan janganlah di ambil hati.

    Wassalaamu’alaikum.


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Categories

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 646 other followers

%d bloggers like this: