Posted by: Gurindam Jiwa | Friday, March 27, 2009

SRAI BBB: Pendaftaran Ujian Kelayakan Tahun Satu 2010

Sekolah Rendah Agama Integrasi Bandar Baru Bangi
Jalan Kemajuan, 43650 Bandar Baru Bangi
Selangor Darul Ehsan
Tel: 03–8925 4714 • Faks: 03-8920 2801
E-Mel: sraibbb@yahoo.com.my

Pendaftaran Ujian Kelayakan Tahun Satu 2010

 
Tarikh
:
1 – 30 April 2009
Masa
:

7:40 pagi – 4:30 petang
Isnin – Jumaat
Tempat
:

Pejabat Sekolah
Sekolah Rendah Agama Integrasi
Bandar Baru Bangi
 

Sila bawa satu salinan Surat Beranak

About these ads

Responses

  1. salam,
    saya berkenan sangat dengan sekolah ni..bagaimana saya dpt masukkan anak saya ke sekolah ni? anak saya sekarang dalam tahun 4, harap tak terlalu lewat utk mendapatkan pendidikan yang seimbang utknya. thanks

    • Untuk kemasukan Tahun 1 2012, tunggulah sehingga bulan April 2011 (insya’Allah) apabila biasanya di masa itu Borang Permohonan Untuk Kemasukan SRAI dikeluarkan. Contoh pengumuman untuk Kemasukan Tahun 1 2010 ada di sini.

      Proses kemasukan ini pernah juga dihuraikan di sini sebelum ini.

      Terima kasih sudi ke sini.

  2. Salam…anak saya baru saja menduduki Ujian Kelayakan 2010 di SRAAI, tapi masalahnya sekarang dia bukan pelajar dari tadika arab, saya nak tahu sekiranya diterima masuk adakah tahun satu basic bahasa arab akan di ajar dari awal..untuk pengetahuan saya hanya mengajar beliau berdasarkan kamus bahasa arab bergambar di rumah shj.T.Kasih.

    • Ya, asas Bahasa Arab akan diajar dari awal di sekolah ini.

  3. Saya nak bertanya sekiranya di terima masuk ,adakah pembayaran yuran perlu dilakukan semasa pendaftaran dan berapa jumlah yurannya.

    • Ya, pembayaran dibuat semasa pendaftaran. Jumlah yurannya akan diberitahu kelak.

  4. saya nak bertanya berapa bayaran yuran yang dikenakan untuk masuk ke SRAI? adakah sama seperti masuk ke Sek.Ren. Keb?

    • Yuran untuk kemasukan SRAI biasanya akan diberitahu melalui surat. Ianya sedikit berlainan dengan Sek. Keb., dan boleh berubah dari masa ke semasa. Jadi Puan perlulah tunggu surat dari SRAI/JAIS tu ye. Atau boleh juga hubungi pihak SRAI (03.8925.4174) untuk maklumat lanjut.

      Klik pada capaian berikut untuk maklumat yuran-yuran untuk tahun-tahun 2008 dan 2009 sebagai rujukan.

      Terima kasih.

  5. saya nak bertanya…untuk setiap kemasukan darjah satu…berapa ramai pelajarkah yang akan diambil?

    Untuk tahun 2009 dan sebelumnya ini, kemasukan ialah lebih kurang 200 orang untuk mengisi 5 kelas (Pintar, Bestari, Cerdik, Dedikasi, & Gemilang). Untuk 2010 ada sedikit penambahan berikutan penambahan jumlah kelas dengan tersiapnya bangunan 4 tingkat yang baru. Itupun kalau tak silap saya.

  6. saya ingin mendaftarkan anak saya untuk tahun 1 pada 2011….. pertanyaan saya,…. masih belum terlewatkah untuk saya melakukan pendaftaran untuk kemasukan tahun 1 pada tahun 2011?

    Kebiasaannya, pendaftaran Tahun 1 untuk setiap tahun akademik akan bermula pada April tahun sebelumnya. Iklannya biasanya dipaparkan di depan pintu masuk sekolah pada bulan Mac.

    Contoh untuk tahun-tahun sebelumnya di sini dan sini.

  7. saya ingin tahu adakah pendaftaran murid tahun 1 2010 yang tidak memohon dan menduduki ujian kelayakan boleh diterima lagi.

    Biasa tidak. Walaubagaimana tuan boleh cuba mengemukakan rayuan kepada Guru Besar ataupun bawa perkara ini terus ke pihak Jabatan Pendidikan JAIS.

  8. Assalammulaikum wbt,
    Anak saya sekarang berada di Tahun 1 di Tahfiz Al Imtaar, Ampang dan Insya Allah kami akan berpindah ke Bangi akhir tahun 2009 ini. Ada ke peluang untuk anak saya masuk ke sekolah ini ke Tahun 2 bagi sesi 2010? Jika boleh, bagaimana caranya? Terima Kasih.

    Sila hubungi terus dengan pihak SRAI BBB ataupun Bahagian Pendidikan JAIS. Terima Kasih. Insya’Allah.

  9. Boleh saya tahu bentuk soalan dalam ujian kelayakan darjah satu sekolah rendah integrasi. Samada membaca, mengira, menulis? bahasa apa ? adakah semua bahasa iaitu Arab, Melayu & English

    Adakah semua sekolah rendah integrasi satu malaysia menggunakan soalan yang sama atau berlainan mengikut sekolah.

    Kebanyakannya berbentuk padankan (matching). Sedikit bacaan, dan sedikit menulis. Sedikit Melayu, sedikit Arab, sedikit Inggeris. Serba sedikit lah. Peperiksaan ini dipantau dan disesuaikan dari tahun ke tahun mengikut perkembangan terkini. SRAI BBB ialah sebuah sekolah rendah integrasi di bawah Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS). Jadi yg 1Malaysia tu saya tak pandai lah nak jawab.

    Pengambilan di semua SRAI JAIS menggunakan kaedah dan soalan yang sama. Kalau tak silap saya lah.

    Peperiksaan ini diadakan hanyalah kerana tempatnya amat terhad. Kurang sedikit dari 40 murid setiap darjah. Itu pun di kira sudah agak banyak. Permintaan adalah tinggi. Kalau buat kaedah siapa cepat dia dapat, nanti huru hara pula bila hari pendaftaran. Oleh itu diadakan ujian sebegini.

    Ujiannya tidaklah begitu susah. Untuk pemngambilan tahun ini (2009), semua calon yang mengambil ujian pada tahun lalu lulus. SRAI BBB hanya mengambil 180 peserta teratas (kalau tak silap saya).

    Terima kasih.

  10. Bila tarikh pendaftaran bagi pelajar yang bakal Memasuki Tahun Satu pada tahun 2011?

    Tunggulah pengumumannya bulan depan.

    Update: Pendaftaran untuk 2011 bermula 1 April -30 April 2010. Sila ke sekolah dgn membawa salinan Sijil Kelahiran anak yang mahu didaftarkan.

  11. cikgu..naper kat banner rentang utk pendaftaran persekolahan kanak2 utk tahun 1 tu dikira dari 02.01.2004-01.01.2005 (tahun tu adalah contoh sj)??
    Maknanya…beruntung ler budak yg dilahirkan 01.01.2005 tu dari budak2 yg lahir 02.01.2005 sebab dia dh masuk sekolah rendah..budak yg lahir kurang sehari dari dia baru nak masuk pra-sekolah..

    Anak-anak yang lahir pada 1hb Januari, masuk sekolah Tahun Satu pada umurnya 6 tahun.

    ps: Saya bukan cikgu ;o)

  12. Saya nak tanyakan tentang bentuk soalan yang akan di tanya dalam pepriksaan ujian kelayakan. Adakah kesemua soalan untuk subjek BM, BI math, Jawi dan bahasa Arab dalam bentuk padankan. Adakah para pelajar akan diuji kemahiran membaca atau terdapat ujian lisan untuk subjek tertentu. Berkenaan dengan Iqra pula adakah murid akan diujia seorang demi seorang. terima ksih.

    Saya rasa jawapan sebelum ini di atas sudah agak jelas. Ya, soalan banyak bentuk padanan, ada juga sedikit dalam kemahiran membaca, dan TIADA Iqra’ untuk masa ini. Masa hadapan tak tahulah pula. Ujian nya tak lah susah sangat, sekadar untuk menapis untuk menghadkan jumlah pelajar untuk kemasukan kerana jumlah bilik darjah dan guru yang sangat terhad. Bukan bertujuan untuk mencari pelajar elit. Rata-ratanya SEMUA pelajar-pelajar sebelum ini lulus cemerlang, jadi pihak SRAI BBB hanya mengambil 180 pelajar teratas sahaja, kerana itu sahaja yang SRAI BBB mampu tampung.

  13. bilakah keputusan untuk kemasukan tahun 2011 akan diumumkan? bagaimana?

    Tak pasti, tetapi selalunya melalui surat dan juga akan dipaparkan di papan kenyataan di dalam kawasan sekolah. Terima kasih.

  14. Salam.

    saya mempunyai anak berumur 7 tahun. adakah anak saya masih boleh diterima masuk ke sekolah jika saya membuat permohonan beliau utk masuk ke tahun hadapan (2011- tahun 2).

    Sila pergi ke pejabat sekolah untuk membuat permohonan dan ajukan apa-apa soalan.

  15. salam,

    bagaimanakah caranya utk memasukkan anak (thn 6 & thn 3/2011) ke SRAI?

    masih adakah lagi tempat?

    berapa jaraknya dari kg dato’ abu bakar baginda?

    Pergilah ke pejabat sekolah untuk maklumat lebih terpeinci.

    Kg Dato’ Abu Bakar Bginda itu TIDAK jauh, tapi saya tak pernah ukur jaraknya.

    Ada juga jawapan berkaitan di sini.

  16. Assalamualaikum. Saya mempunyai 2 orang anak, yg sulung 6 tahun dan yg ke-2, 5 tahun. Sekarang mereka sekolah di Tadika PASTI. Bolehkah saya mendaftarkan kedua-dua anak saya dalam darjah 1 untuk tahun 2012? Bilakah tarikh pendaftaran darjah 1 bagi tahun 2012? Terima Kasih

    Tarikh pendaftaran untuk Tahun 1 2012 sudah bermula. Sila ke Pejabat Sekolah dengan segera. Pendaftaran ditutup bulan ini juga. Untuk umur 5 tahun nak daftar masuk darjah 1 tahun 2012 tu saya tak boleh jawab. Tanyalah di Pejabat Sekolah. Terima kasih.

    UPDATE 25 March: Maaf, tarikh pendaftaran untuk kemasukan Tahun 1 2012 ialah 1 hingga 30 April 2011. Terima kasih.

    Sila lihat sini.

  17. Assalamualaikum… sy ade anak berusia 5thn dan kini sudah bersekolah di tadika swasta… untuk masuk ke SRAI, perlukah anak sy bersekolah di Tadika Islam seperti PASTI??? jika perlu sy terpaksa mendaftarkan anak sy ke sekolah Tadika Agama pada thn depan… boleh pihak tuan terangkan?

    Terima kasih…

    Tak perlu. Yg perlu ialah tunggu pembukaan tawaran mengambil Borang Permohonan Kemasukan SRAI yg biasanya dibuka pd April. Ujian Kelayakan biasanya pd bulan Ogos. SRAI setakat ini hanya menerima kurang dari 200 pelajar sahaja, itulah sebab diadakan Ujian Kelayakan tersebut.

    Boleh juga rujuk perbincangan di sini.

  18. Assalamualaikum,

    Apakah pengetahuan bahasa arab yang diperlukan untuk ujian kelayakan? My son kenal tulisan arab (ie alif ba ta) tapi has no exposure in Arabic jadi saya ingin tahu what should he know. Numbers? Bahagian badan? tq.

    Wa’alaikumussalaam Puan,

    Cuba lihat jawapan saya di atas. Jawapannya sekarang pun lebih kurang sama lah. Mungkin naik taraf sikit…

  19. Apakah syarat kelayakan bagi murid tahun 3 jika ingin memasuki SRAI untuk tahun 4?

    Untuk kemasukan selain dari Tahun 1, Puan haruslah ke Ibu Pejabat Bahagian Pendidikan Islam JAIS di Shah Alam.

    Ada saya jawab di sini. Namun laman sesawang Bahagian Pendidikan JAIS itu kini tidak beroperasi.


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Categories

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 645 other followers

%d bloggers like this: