Kenapa/Why SRAI BBB?

Faktor-Faktor Yang Mendorong Ibu Bapa
Menghantar Anak Mereka
Ke Sekolah Rendah Agama Integrasi

Satu Kajian
Di Sekolah Rendah Agama Integrasi
Bandar Baru Bangi, Selangor.

Oleh
Shahril Anwar Bin Paimin

Sebuah Laporan Projek
bagi memenuhi sebahagian daripada syarat penganugerahan
Ijazah Sarjana Muda Sains serta Pendidikan (Pengajian Islam)

Fakulti Pendidikan
Universiti Teknologi Malaysia
7 Disember 2007

DEDIKASI

بسم الله الرحمن الرحيم

Ya Rabbi
Ampunilah segala dosaku Ya Allah, Dosa kedua ibu bapaku Ya Allah
Dosa ahli keluargaku Ya Allah,
Dosa Guru-Guruku dan dosa seluruh kaum Muslimin Ya Allah,
Semoga usaha ini mendapat keberkatanMu Ya Allah

Ya Rasulullah
Selawat dan salam ke atasmu dan ahli keluargamu
Semoga aku tergolong dalam umatmu yang engkau redhai

Ya Zaujati
Zarinawati Binti Mohd Awang,
Terima kasih atas kasih sayang, Pengorbananmu tak terbilang
Setiap saat akan ku kenang, Dunia akhirat kekal berpanjangan

Ya Ibnati
Lutfatul Hakimah, Mizatul Widad, Saidatun Nabihah dan Raudatul ’Aliyya
Gelak tawamu pengubat diri, Kenakalanmu menghiburkan hati
Kalianlah Mutiara Hati, Semoga sentiasa dirahmati Ilahi
Mudah-mudahan menjadi insan yang berguna, Dunia dan Akhirat

Ya Abi, Ya Ummi
Hj Paimin bin Hj Badar dan Hajjah Siti Rahmah bt Hassan
Hajjah Zaleha binti Hj Musa
Jasa dan pengorbananmu, amat bermakna buatku
Restuilah diri ini, Semoga sentiasa dilimpahi rahmat Allah SWT

Pensyarah-pensyarah yang dihormati
Ilmumu amat berharga, Tidak terbalas atas segalanya
Mudah-mudahan diangkat darjat di sisiNya

Rakan-rakan seperjuanganku
Ucapan Syukran sahaja yang dapat ku beri
Atas persahabatan dan segalanya tersemat dalam sanubari
Semoga kalian mendapat lindungan dan
rahmat dari Allah yang Maha Esa.

Amin Ya Rabbal ’Alamin.

PENGHARGAAN

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang

Alhamdulillah, bersyukur kehadrat Allah SWT kerana dengan izin dan inyah dariNya saya diberikan kekuatan serta semangat untuk melaksanakan kajian ini iaitu Projek Sarjana Muda (PSM), dengan sebaik mungkin. Salawat dan salam buat junjungan besar Nabi Muhammad SAW, ahli keluarga, para sahabat baginda serta kaum muslimin. Setinggi-tinggi penghargaan diucapkan buat isteri tercinta, mak dan abah serta mak mertua juga seluruh ahli keluarga yang tidak jemu-jemu memberikan sokongan dalam membantu menyiapkan PSM ini.

Dirakamkan juga setinggi penghargaan dan terima kasih yang tidak terhingga kepada Ustaz Sayed Mahussain bin Sayed Ahmad selaku penyelia projek ini, di atas bimbingan dan tunjuk ajar yang diberikan sepanjang tempoh menyedia dan menyiapkan projek ini.

Tak lupa juga kepada para ibu bapa yang menjadi responden dan pelajar SRAI yang telah memberikan kerjasama atas kajian ini. Begitu juga diucapkan ribuan terima kasih buat rakan-rakan seperjuangan yang sedikit sebanyak dapat memberikan bantuan juga buat semua yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam membantu saya menyempurnakan penyelidikan ini, semoga usaha ini mendapat keberkatan dari Allah Yang Maha Esa.

Mudah-mudahan dengan hasil kajian ini dapat dimanfaatkan oleh mereka yang memerlukan sebagai bahan rujukan yang ilmiah dan semoga segala perbuatan yang baik itu akan mendapat balasan dengan kebaikan juga hendaknya. Insya Allah.

ABSTRAK

Kajian ini membincangkan tentang faktor-faktor yang mendorong ibu bapa menghantar anak mereka ke Sekolah Rendah Agama Integrasi, Bandar Baru Bangi (SRAI BBB) dan tahap kepuasan terhadap pendidikan anak mereka. Ia dijalankan keatas 90 orang ibu bapa pelajar tahun 6, menggunakan borang soal selidik. Data yang diperolehi dianalisis menggunakan Statistical Package For Social Science (SPSS) version 10.0 untuk memastikan ia menjawab objektif kajian. Nilai kebolehpercayaan soal selidik ialah α=0.925. Daripada analisis, menunjukkan faktor kurikulum mendapat nilai min 4.24, faktor kemudahan dan keselesaan sekolah minnya 3.84, faktor iklim dan budaya sekolah 3.83, faktor pengurusan dan pentadbiran sekolah 3.61 dan tahap kepuasan ibu bapa terhadap pendidikan anak mereka min 3.90. Analisis keseluruhan pada tahap nilai min yang tinggi iaitu 3.90 yang menunjukkan bahawa antara faktor-faktor yang mendorong ibu bapa menghantar anak mereka ke SRAI BBB adalah kerana kurikulum yang digunakan, kemudahan dan keselesaan yang terdapat di sekolah, iklim dan budaya di sekolah berkenaan adalah baik. Tahap kepuasan ibu bapa terhadap pencapaian pendidikan anak mereka di SRAI BBB juga adalah memuaskan.

ABSTRACT

This research is established to provide useful information on factors that influence a parent to register their children to Sekolah Rendah Agama Integrasi, Bandar Baru Bangi (SRAI BBB), and the level of satisfaction towards their children education. A test is conducted on 90 parents of the year 6 student from the school using questionnaire forms. The data collected are analysed by the Statistical Package For Social Science (SPSS) version 10.0 to ensure the objective of this research is achieved. The acceptable value of this questionnaire is α=0.925. Based on the data collected the result shows curriculum factor achieves mean of 4.24. Factors on facilities and satisfaction with mean of 3.84. Factors on climate and school culture resulted in mean of 3.83. Management and administration factor achieved mean of 3.61, and factors on level of parent satisfaction towards their children education achieve mean of 3.90. Overall result from the analysis at the higher mean level of 3.90. In conclusion, the research shows that factors on curriculum, facilities, satisfaction climates, and school culture influence the parent to register their children to SRAI BBB.

BAB I
PENGENALAN

1.1 Pendahuluan

Sebagaimana yang kita sedia maklum bahawa setiap manusia di dunia ini akan menerima pendidikan secara tidak formal seawal usia sejak mereka dilahirkan lagi. Kanak-kanak menerima pendidikan secara formal apabila mereka mula melangkah ke alam persekolahan. Dengan cara pendidikan, seseorang itu akan dapat membentuk tujuannya dengan menyusun cara-caranya sendiri dan sumber-sumbernya. Dengan hal ini akan dapat membentuk dirinya dengan lebih tepat dan menguntungkannya ke arah pendidikan yang ingin dicapai.

Pendidikan adalah satu perkara yang sangat penting dalam kehidupan seseorang individu. Dengan pendidikan juga seseorang itu akan dapat memahami situasi yang sesuai untuk mengharungi kehidupan harian yang penuh dengan pelbagai cabaran. Mereka yang mengerti cara dan kaedah yang betul sahaja akan terselamat daripada segala kepayahan hidup.

Di dalam Islam banyak ayat-ayat yang menyentuh tentang keutamaan pendidikan dan kepentingan ilmu pengetahuan. Allah akan mengangkat darjat orang yang beriman dan berilmu ini ke beberapa darjat berbanding mereka yang jahil. Dengan pendidikan juga akan dapat membentuk akhlak dan keperibadian seseorang itu. Tidak dapat dinafikan bahawa Ibu bapa memainkan peranan yang sangat penting dalam pendidikan anak-anak mereka.

Ayat Al-Quran (Surah Al-Kahfi: 46) berbunyi:

46

Surah al-Kahfi: 46

Maksudnya: Harta dan anak-anak adalah perhiasan kehidupan dunia tetapi amalan-amalan yang kekal lagi saleh adalah lebih baik pahalanya di sisi Tuhanmu serta lebih baik untuk menjadi harapan.

Dalam ayat di atas diterangkan fungsi anak terhadap ibu bapa. Anak adalah anugerah kurniaan Allah yang amat berharga. Kelahiran anak akan mengeratkan lagi hubungan kasih sayang di antara suami dan isteri. Namun kehadiran mereka bukan hanya sebagai penyeri kehidupan sebuah keluarga akan tetapi ianya mempunyai nilai yang mesti diambil perhatian oleh ibu bapa. Tanggungjawab mendidik, memberi penghidupan yang sempurna, memberi nama yang baik adalah satu kewajipan yang mesti dilaksanakan bagi menjamin kehidupan seseorang anak. Mereka juga perlu memastikan anak dibesarkan melalui teknik pendidikan islam yang sempurna agar anak tersebut akan menjadi insan yang seimbang dari segi duniawi dan ukhrawinya.

1.2 Latar Belakang Masaalah

Tidak dapat dinafikan lagi pada masa sekarang ini kebanyakan ibu bapa sangat berminat menghantar anak mereka bersekolah di sekolah yang menggunakan kurikulum pendidikan agama. Minat mereka ini adalah disebabkan saban hari kita mendengar banyak berlakunya kes-kes salah laku remaja di peringkat sekolah sama ada sekolah rendah mahupun menengah yang tersiar di dada-dada akhbar. Untuk mengurangkan kerisauan para ibu bapa dalam masalah inilah maka mereka mengambil jalan berwaspada dengan menghantar anak mereka ke sekolah yang beraliran pendidikan agama. Harapan ibu bapa agar anak mereka yang menerima pendidikan di sekolah agama akan menanamkan nilai-nilai murni, berakhlak mulia dalam diri mereka dan menjadi contoh kepada ahli keluarga yang lain.

Sekolah Rendah Agama Integrasi (SRAI) adalah sebuah sekolah di bawah kelolaan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) di bawah Kerajaan Negeri Selangor. Sebelum penubuhannya ia merupakan sebuah Sekolah Rendah Agama (SRA) yang menggunakan kurikulum pendidikan agama sahaja. Mata pelajaran yang diajar adalah seperti Al-Quran, Tajwid, Sirah, Akhlaq, Tauhid, Feqah, Bahasa Arab, Khat, Imlak sahaja. Setelah Sekolah Integrasi mula ditubuhkan pada awal tahun 2000 maka ia menggabungkan Kurikulum Pendidikan Islam Negeri Selangor dengan Kurikulum KPM yang dilaksanakan oleh Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS). Pada peringkat permulaan ia ditubuhkan sebanyak 10 buah sahaja di seluruh negeri Selangor iaitu:

  1. SRAI Sabak Bernam
  2. SRAI Kuala Selangor
  3. SRAI Batu Belah, Kelang
  4. SRAI Seksyen 19, Shah Alam
  5. SRAI Bandar Baru Bangi
  6. SRAI Pekan Beranang
  7. SRAI Salak Tinggi, Sepang
  8. SRAI Sg. Cinchin, Gombak
  9. SRAI Taman Keramat
  10. SRAI Sg. Manggis, Banting

Sehingga kini terdapat juga cadangan untuk menambah lagi jumlah sekolah SRAI di seluruh negeri Selangor. Walaupun jumlah SRAI masih lagi sedikit akan tetapi terdapat juga sekolah SRAI yang telah mengharumkan nama JAIS di peringkat negeri dan kebangsaan dalam bidang kurikulum dan kokurikulum. Sebagai contoh SRAI BBB (Bandar Baru Bangi) sendiri telah menjuarai kejohanan bola sepak 100Plus®, bawah 12 tahun di peringkat kebangsaan pada tahun 2006 dengan menewaskan keseluruhan Sekolah Kebangsaan yang mewakili negeri masing-masing.

Setelah ditukar menjadi Sekolah Rendah Agama Integrasi Bandar Baru Bangi (SRAI BBB) pada awal tahun 2000 maka banyaklah perubahan dan penambahan telah dibuat terutama daripada sudut sistem pentadbiran, sukatan pelajaran, tenaga pengajar dan keperluan infrastruktur. Sekolah Integrasi di kawasan Bandar Baru Bangi (BBB) ini diwujudkan antara sebabnya ialah untuk menggabungkan Kurikulum Baru Sekolah Rendah (KBSR) KPM dengan Kurikulum JAIS. Ini adalah di atas permintaan penduduk di sini yang menginginkan sebuah sekolah yang menggunakan kedua-dua kurikulum tersebut.

Bandar Baru Bangi juga dikenali sebagai sebuah kawasan penempatan bagi golongan elit iaitu golongan yang taraf pendidikannya sederhana dan tinggi. Sebilangan besar penduduk di sini adalah terdiri daripada tenaga kerja di Institusi Pengajian Tinggi (IPT) kerana banyak terdapatnya IPTA, IPTS, pusat-pusat perindustrian, institut latihan dan sebagainya yang mahukan sistem pendidikan yang berkualiti di kawasan mereka. Oleh sebab yang demikian maka pihak JAIS mengambil inisiatif baru dengan mewujudkan sebuah sekolah SRAI yang menggabungkan pendidikan akademik dan pendidikan agama.

Jika diperhatikan dari sudut kekangan masa, nyatalah mejoriti ibu bapa dan penduduk di sini adalah terdiri daripada mereka yang bekerja. Masa mereka lebih banyak dihabiskan di tempat kerja. Hal ini amat menyukar bagi mereka sebagai ibu bapa untuk menguruskan persekolahan anak-anak. Dengan wujudnya sebuah sekolah yang tempoh masa pembelajaran hariannya panjang iaitu selama 8 jam sehari dan 5 hari untuk seminggu maka akan dapat mengurangkan sedikit masalah pengurusan persekolahan anak-anak mereka. Dengan demikian amat sesuailah pihak Kerajaan Negeri Selangor khususnya JAIS, mewujudkan sebuah sekolah SRAI di kawasan BBB ini.

Di Malaysia, sistem pendidikan yang dijalankan pada peringkat awal adalah berdasarkan kepada Sistem Pendidikan Inggeris. Sejarah pendidikan negara memainkan peranan dalam membentuk Falsafah Pendidikan Negara (FPN). Dalam Akta Pelajaran 1961 yang dilaksanakan berdasarkan Penyata Razak 1956 dan Laporan Rahman Talib 1960 menyatakan “Pendidikan secara formal bermula daripada Tadika sehingga ke Institusi Pengajian Tinggi.” Secara ringkasnya Sistem Pendidikan di Malaysia di bawah Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) boleh dinyatakan seperti berikut:

  • Pendidikan Prasekolah (Tadika/Tabika)
  • Pendidikan Sekolah Rendah
  • Pendidikan Sekolah Menengah Rendah
  • Pendidikan Sekolah Menengah Tinggi
  • Tingkatan Enam
  • Pengajian Tinggi (Kementerian Pengajian Tinggi)
 

(a) Pendidikan Prasekolah (Tadika/Tabika)
Pendidikan Prasekolah ini dalam tempoh selama 2 hingga 3 tahun pada usia 4 hingga 6 tahun. Pendidikan ini diberikan penekanan kurikulum kepada kemahiran dan pengetahuan, di samping menurut ‘graded objectives’ (konsep Mastery Learning) dan ‘activity-based.’

  • Proses pembelajaran secara tidak formal melalui konsep bermain sambil belajar, dengan ini akan membentuk pengalaman, hasil kerja dan kemahiran.
  • Konsep bermain iaitu dengan menjalankan aktiviti secara terancang dan tidak terancang (bebas) mengikut objektif yang disarankan dalam kurikulum.
  • Penekanan kesediaan yang kukuh bagi kemahiran 3M (membaca, menulis, mengira) melalui bermain.
 

(b) Pendidikan Sekolah Rendah
Tempoh pendidikan sekolah rendah adalah antara 5 hingga 7 tahun bagi kanak-kanak dalam usia 7 hingga 12 tahun. Matlamat pendidikan sekolah rendah adalah untuk memastikan perkembangan potensi kanak-kanak secara bersepadu, menyeluruh dan seimbang. Aspek-aspek intelek, rohani, emosi dan jasmani diperkembang ke arah melahirkan insan yang seimbang, harmonis dan berakhlak mulia.

(c) Pendidikan Menengah
Pendidikan di peringkat ini dibahagikan kepada dua tahap iaitu Menengah Rendah dalam tempoh 3 hingga 4 tahun dan Menengah Tinggi dalam tempoh 2 tahun. Matlamat pendidikan menengah adalah untuk memperkembangkan potensi individu secara bersepadu dan menyeluruh dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani ke arah melahirkan insan yang seimbang, berakhlak mulia dan berketrampilan untuk pembangunan negara.

(d) Tingkatan Enam
Pendidikan Tingkatan Enam ini dalam tempoh 2 tahun. Sewaktu pelajar di Tingkatan Enam ini mereka akan mengambil peperiksaan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) dan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM). Pendidikan ini memberi peluang murid-murid mengikuti beberapa jenis kursus agar mereka boleh belajar berdasarkan bakat dan kemampuan serta menentukan bidang pekerjaanyang mereka minati untuk masa depan.

(e) Peringkat Pengajian Tinggi
Pendidikan peringkat ini ialah peringkat pengajian di Institusi-institusi pengajian tinggi sama ada di bawah Kementerian Pengajian Tinggi (Awam) atau Swasta. Pendidikan peringkat ini biasanya di Kolej-Kolej, Maktab, Kolej Universiti, Universiti dan Pusat Pengajian lain yang seumpamanya. Pendidikan jenis ini dapat memberikan peluang kepada pelajar untuk memilih kursus-kursus yang bersesuaian dan memenuhi kehendak dan citarasa sendiri berdasarkan bakat dan kecenderungan mereka. Dengan ini pelajar dapat menentukan bidang pekerjaan pilihan setelah tamat pengajian mereka kelak.

1.2.1 Jenis-Jenis Sekolah Di Malaysia

Terdapat beberapa jenis sekolah di Malaysia di antaranya ialah:

i. Sekolah Bantuan Penuh Kerajaan, seperti:

  1. Sekolah Rendah
    1. Sekolah Kebangsaan
    2. Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC)
    3. Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT)
  2. Sekolah Menengah
    1. Sekolah Berasrama Penuh (SBP)
    2. Sekolah Menengah Teknik (SMT)
    3. Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA)
    4. Sekolah Menengah Harian, Sekolah Premier, Sekolah Seratus Tahun dan Sekolah Kluster
    5. Sekolah dalam persekitaran Putrajaya dan Cyberjaya
    6. Sekolah Model Khas
  3. Sekolah Pendidikan Khas
    1. Sekolah Rendah Pendidikan Khas (SRPK)
    2. Sekolah Menengah Pendidikan Khas (SMPK)
    3. Sekolah Menengah Pendidikan Khas Vokasional (SMPKV)

ii. Sekolah Di Luar Seliaan KPM, iaitu:

  1. Sekolah Antarabangsa
  2. Sekolah Swasta
  3. Sekolah-sekolah di bawah Kerajaan Negeri

iii. Institusi Lepas Menengah

  1. Kolej Matrikulasi
  2. Institut Pendidikan Guru (IPG)

Sistem pendidikan di Malaysia kini, boleh dikatakan sebagai satu sistem pendidikan yang terbaik di dunia. Ini dapat dibuktikan dengan tindakan pihak Bangsa-bangsa Bersatu (UNESCO) mengguna pakai kurikulum pendidikan agama di negara kita bagi tujuan kurikulum baru pendidikan agama untuk digunakan di negara Afghanistan. (Berita Harian, 10 April 2007). Walau bagaimanapun saban hari kita sering mendengar berlakunya gejala sosial dikalangan pelajar di Malaysia. Bermula daripada masalah-masalah yang sebeginilah maka para ibu bapa mencari jalan penyelasaian untuk mengelakkan gejala tersebut dengan menghantar anak mereka ke sekolah-sekolah yang menitikkan beratkan kurikulum pendidikan agama.

Kementerian Pelajaran Malaysia telah melancarkan Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP) oleh Menteri Pelajaran Malaysia Dato’ Seri Hishamuddin Tun Hussein pada ucapan perutusan tahun baru 2007. Di antara penekanan terhadap perlaksanaan tersebut KPM telah mencipta satu dasar pendidikan baru iaitu Pembangunan Modal Insan yang bertujuan memastikan anak bangsa Malaysia mempunyai ilmu pengetahuan serta kepakaran tinggi bagi penyediaan guna tenaga dalam pelbagai jenis pekerjaan.

Di samping itu, pelajar-pelajar ini akan dilengkapi kemahiran, komunikasi berkesan, kebolehan menggunakan teknologi komunikasi maklumat (ICT) dengan baik, berupaya berfikir secara kreatif dan kritis serta mampu bertindak secara rasional, mengamalkan pembelajaran sepanjang hayat, mempunyai nilai tinggi serta berupaya menjadi pemimpin berkesan dalam keluarga dan masyarakat.

1.3 Penyataan Masalah

Kebanyakan ibu bapa yang menghantar anak mereka ke SRAI ini mempunyai masa bekerja yang lebih lama di tempat kerja berbanding masa mereka dengan anak-anak iaitu selama 8 hingga 10 jam sehari. Oleh sebab yang demikian untuk menjimatkan masa dan tenaga, ibu bapa menghantar anak-anak mereka ke SRAI pada waktu yang sama mereka terus ke tempat kerja dan ibu bapa akan mengambil anak pada masa yang sama iaitu waktu mereka pulang daripada tempat kerja. Tempoh waktu pembelajaran pelajar di SRAI iaitu dari jam 7.40 pagi hingga jam 4.00 petang iaitu selama 8 jam 20 minit. Berbanding sekolah Kebangsaan biasa yang hanya 5 jam 30 minit sahaja.

Bagi pelajar yang ingin bersekolah di sini mereka dikehendaki menduduki ujian kelayakan kemasukan tahun satu. Setiap tahun pihak JAIS memperuntukkan hanya seramai 100 orang pelajar sahaja yang diterima untuk kemasukan ke tahun satu. Akan tetapi jumlah yang memohon untuk menduduki ujian tersebut dianggarkan seramai 300 hingga 350 orang setiap tahun. Semenjak kebelakangan ini pihak sekolah telah membuat permohonan kepada pihak Bahagian Pendidikan Islam (BPI) JAIS agar ditambah jumlah penerimaan pelajar. Sehingga tahun 2007, jumlah pelajar di SRAI adalah seramai 1,200 orang. Ini menunjukkan ibu bapa di sini sangat bersetuju urusan persekolahan anak mereka dikendalikan oleh pengurusan SRAI.

Sistem pendidikan di SRAI adalah gabungan kurikulum agama JAIS dengan KBSR. Jumlah pelajaran agama di SRAI juga adalah lebih banyak daripada SK yang biasa. Ibu bapa menginginkan pengetahuan agama yang sempurna dalam diri anak-anak mereka dan dengan ini anak mereka akan diterapkan dengan nilai-nilai murni serta dapat mengawal diri. Ibu bapa mahu pengetahuan agama terhadap anak-anak mereka kerana rasa takut dan bimbang akan terjerumus dengan masalah sosial yang semakin meruncing sekarang ini. Ini adalah di antara sebab mengapa ibu bapa memilih SRAI untuk pendidikan anak mereka.

Bandar Baru Bangi adalah sebuah bandar baru yang sedang berkembang pesat dari sudut kemajuan sain dan teknologi. Di sini juga banyak taerdapat kemudahan terkini yang canggih selari dengan kemajuna teknologi maklumat seperti pertumbunah “cyber cafe” (CC) yang biasa nya menjadi tempat pelajar sekolah melepak atau ponteng sekolah. Mereka menjadikan CC tempat untuk bermain “computer game” dan kadang-kadang untuk melihat gambar-gambar lucah. Hal ini sangat membimbangkan ibu bapa. Dengan masa yang agak lama di sekolah akan mengurangkan rasa kebimbangan ibu bapa terhadap anak-anak mereka.

1.4 Objektif Kajian

Objektif atau tujuan kajian ini secara umumnya ialah:

  • Mengenal pasti faktor-faktor yang mendorong ibu bapa menghantar anak mereka ke Sekolah Rendah Agama Integrasi Bandar Baru Bangi.
  • Mengenal pasti faktor utama yang menjadi pendorong ibu bapa menghantar anak mereka ke SRAI BBB.
  • Mengenal pasti tahap kepuasan ibu bapa terhadap pencapaian pendidikan anak-anak mereka di SRAI BBB.
 

1.5 Persoalan Kajian

Berdasarkan kepada objektif kajian yang dijalankan, penyelidik mengharapkan ianya dapat menjawab beberapa persoalan berikut.

  • Apakah faktor-faktor yang mendorong ibu bapa menghantar anak mereka ke Sekolah Rendah Agama Integrasi?
  • Apakah faktor utama yang menjadi pendorong ibu bapa menghantar anak mereka ke Sekolah Rendah Agama Integrasi?
  • Apakah tahap kepuasan ibu bapa terhadap pendidikan anak-anak mereka di SRAI BBB?
 

1.6 Kepentingan Kajian

Kajian ini dilakukan adalah untuk kepentingan bersama di antara ibu bapa, pihak sekolah dan pihak yang berkenaan. Di antara kepentingan kajian tersebut adalah:

  • Diharapkan dapat membantu ibu bapa untuk memilih sistem persekolahan yang dikehendaki sesuai dengan sistem pendidikan KPM sekarang.
  • Diharapkan juga dengan kajian ini akan dapat membantu pihak Kerajaan Negeri Selangor khususnya Bahagian Pendidikan Islam (BPI) JAIS bagi memantau dan menilai sistem pendidikan yang telah dilaksanakan dari semasa ke semasa agar selari dengan Falsafah Pendidikan Negara (FPN) dan Falsafah Pendidikan Islam JAIS.
  • Diharapkan dengan kajian ini juga akan dapat membantu pihak sekolah melaksanakan sistem pendidikan yang dikehendaki oleh masyarakat.
  • Diharapkan juga dengan kajian ini akan dapat membantu para pengkaji yang akan datang untuk mendapatkan maklumat berkaitan sistem pendidikan SRAI bagi tujuan kajian mereka.
  • Melalui kajian ini juga diharapkan dapat membantu pihak Penggubal Dasar Pendidikan untuk memperolehi maklumat yang diperlukan.
 

1.7 Batasan Kajian

Dalam kajian yang dijalankan ini, telah ditetapkan beberapa garis panduan bagi melicinkan proses mencari maklumat oleh pengkaji, antaranya ialah:

  • Kajian hanya dijalankan di Sekolah Rendah Agama Integrasi Bandar Baru Bangi sahaja.
  • Kajian juga hanya dibataskan kepada ibu bapa atau penjaga pelajar tahun 6 sahaja iaitu seramai 144 orang populasi dan 90 orang yang menjadi responden.
  • Kajian ini dijalankan dengan memberikan beberapa bentuk soalan kaji selidik yang mengandungi 45 soalan mengikut aspek-aspek yang telah ditentukan.
  • Batasan kajian hanya difokuskan kepada faktor yang menjadi penyebab ibu bapa berminat untuk menghantar anak mereka ke SRAI dan tahap kepuasan terhadap pendidikan anak mereka.
 

1.8 Definisi Istilah

Terdapat beberapa istilah penting yang perlu penyelidik terangkan di dalam kajian ini berdasarkan tajuk kajian iaitu Faktor-faktor yang mendorong ibu bapa menghantar anak mereka ke Sekolah Rendah Agama Integrasi. Satu kajian di Sekolah Rendah Agama Integrasi Bandar Baru Bangi, Selangor. Istilah-istilah ini perlu dijelaskan agar dapat menjelaskan maksud yang dikehendaki.

  1. Faktor
    Menurut Kamus Dewan edisi ketiga, perkataan faktor itu membawa maksud unsur atau sebab yang menyumbang kepada sesuatu hasil.
  2. Dorong/Mendorong
    Mendorong pula memberi maksud memberangsangkan, mempengaruhi atau menyebabkan (jadi sesuatu) Kamus Dewan edisi ketiga.
  3. Sekolah Rendah Agama Integrasi
    Sekolah Rendah Agama Integrasi ialah sebuah sekolah di bawah pentadbiran Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS). Sistem persekolahannya yang menggunakan Kurikulum Akademik KPM dan Kurikulum Pendidikan Islam JAIS. Sekolah ini di tadbir sepenuhnya oleh pihak JAIS sama ada tenaga pengajar mahupun infrastrukturnya. Tenaga pengajar di sekolah ini terdiri daripada guru-guru lepasan Kolej tempatan dan Maktab Perguruan tempatan. Sekolah ini di kategorikan sebagai sebuah sekolah swasta oleh KPM walaupun ianya ditadbir oleh sebuah Kerajaan Negeri.

1.9 Kesimpulan

Kajian yang dijalankan ini adalah berkaitan dengan faktor-faktor yang menjadi pendorong ibu bapa di BBB dan sekitarnya, menghantar anak ke SRAI BBB. Ianya hanya dikhususkan kepada ibu bapa pelajar tahun 6 sahaja. Bagi penyelidik kajian ini amat penting dan besar maknanya buat warga guru di SRAI BBB dan BPI JAIS untuk mengetahui betapa besarnya harapan ibu bapa pelajar agar anak mereka boleh menjadi insan yang seimbang di dunia dan di akhirat. Sebagaimana yang terdapat dalam FPN dan Falsafah Pendidikan Islam (FPI) JAIS.

Kajian ini juga akan dapat membantu mengadakan lebih banyak pilihan pendidikan kepada ibu bapa atau penjaga pelajar dan juga dapat meningkatkan keupayaan dan minat pelajar untuk menguasai ilmu pengetahuan dan kemahiran. Ia juga dapat membantu pihak yang merancang menguruskan sukatan pelajaran dan kurikulum agar dapat memantapkan kurikulum, program kokurikulum, program sukan, pembudayaan adab dan budi bahasa serta pengukuhan disiplin pelajar bertepatan dengan Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP) dalam bab Pembangunan Modal Insan yang telah disenaraikan dalam Rancangan Malaysia ke 9 yang disarankan oleh pihak Kerajaan.

BAB II
SOROTAN KAJIAN

2.1 Pendahuluan

Dalam bab ini penyelidik akan menjelaskan beberapa perkara penting yang berkaitan dengan tajuk. Perkara tersebut dibincangkan adalah bertujuan untuk menyokong dan menguatkan lagi bukti yang berkaitan dengan tajuk yang ingin dikaji.

2.2 Falsafah Pendidikan Negara

“Pendidikan di Malaysia adalah satu usaha berterusan ke arah memperkembangkan potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk melahirkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bertujuan untuk melahirkan warganegara Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketrampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara”. (Falsafah Pendidikan Negara).

Kita ketahui bahawa falsafah pendidikan negara yang telah digubal pada akhir tahun 1980an sangat mementingkan pembangunan individu secara bersepadu yang merangkumi pembangunan mental, rohani, fizikal dan psikologi. Apa yang digariskan dalam falsafah ini juga amat berkait rapat dengan perkembangan dunia Islam dan pembangunan negara Malaysia. Namun demikian kita masih lagi mendapati gejala sosial semakin merebak terutama di kalangan remaja Melayu dalam bentuk penyalahgunaan dadah, seks tanpa perkahwinan, pencabulan, liwat, rogol, pembunuhan, lepak, bosia dan lain-lain lagi. Inilah yang membimbangkan ibu bapa terhadap anak-anak mereka. Mohd Sani Hj. Ibrahim. (2000:5). Kegiatan Salah Laku Di Kalangan Pelajar-Pelajar Sekolah Menengah Luar Bandar. Kajian Ilmiah. Institut Perguruan Darul Aman (IPDA).

Menurut Jaafar Abd Rahim (1982), yang dikemukakan oleh Mohd Sani Hj. Ibrahim. (2000:12). Kajian Ilmiah. (IPDA), menyatakan bahawa di antara perkara yang menyebabkan salah laku ialah sikap pelajar itu sendiri yang mudah terpengaruh dan mengambil tindakan singkat, guru yang tidak prihatin, amalan diskriminasi, iklim sekolah, keluarga, rakan sebaya, masyarakat dan persekitaran. Zaini Ujang ( 1988 ) dalam Mohd Sani Hj. Ibrahim. (2000:12). Kajian Ilmiah. (IPDA), pula telah menggariskan sebab-sebab remaja ponteng sekolah ialah banyak waktu dan masa lapang yang terbiar, bosan dengan leteran guru dan ibu bapa serta tidak mendapat perhatian dan kasih sayang guru dan keluarga.

2.3 Budaya Ilmu Dalam Masyarakat Islam

Budaya ilmu juga bermaksud ilmu yang dituntut dengan berbagai-bagai cara seperti pembacaan dan pendengaran atau pengalaman. Walaupun Islam menekankan kebolehan menulis dan membaca tetapi dalam masyarakat Islam dahulu ramai yang buta huruf. Ini tidak bermakna buta ilmu kerana pengajaran kebanyakannya berlaku melalui pendengaran. Malah tidak sedikit jumlah tokoh-tokoh Islam yang lahir seperti Abdullah Ibn Umm Maktum pada zaman Rasulullah S.A.W, At-Tamimi pada zaman pertengahan, sehinggalah kepada Taha Husein pada zaman moden merupakan antara tokoh yang berilmu walaupun ketiga-tiga mereka ini buta. Wan Mohd. Nor Wan Daud. ( 1995:108 ). Penjelasan Budaya Ilmu. Budaya ilmu itu adalah untuk semua manusia tidak kira kaya atau miskin, cacat atau manusia yang sempurna pancainderanya. Di dalam Al-Quran Surah Al-Taubah ayat 122 berbunyi:

122

At-Taubah: 122

Bermaksud: Tidak sepatutnya bagi mukminin itu pergi semuanya (ke medan perang). Mengapa tidak pergi dari tiap-tiap golongan di antara mereka beberapa orang untuk memperdalamkan pengetahuan mereka tentang agama dan untuk memberi peringatan kepada kaumnya apabila mereka telah kembali kepadanya, supaya mereka itu dapat menjaga dirinya. (Al-Taubah:122).

Ayat Al-Quran di atas menjelaskan bahawa, di dalam Islam sangat menekankan kepentingan budaya ilmu. Walaupun pergi ke medan peperangan itu merupakan satu jihad, akan tetapi penganutnya juga digalakkan untuk menuntut ilmu kemudian mengajarkan kepada orang lain kerana menuntut ilmu itu juga merupakan jihad di sisi Allah.

2.4 Mewujudkan Masyarakat Yang Seimbang

Dalam Akta Pelajaran 1961 yang dilaksanakan berdasarkan Penyata Razak 1956 dan Laporan Rahman Talib 1960 ada dinyatakan permulaan kepada Falsafah Pendidikan Negara. Walaupun begitu, ianya tidak luas dan hanya sesuai dengan zaman pembangunan negara kita pada tahun-tahun 1970an dan 1980an. Dasar Pelajaran Kebangsaan lebih menjurus kepada usaha kerajaan menyatupadukan semua kaum. Akan tetapi di dalam Falsafah Pendidikan Negara ada dinyatakan untuk melahirkan insan yang seimbang dari segi intelak, emosi, jasmani dan rohani. Datuk Dr. Syed Othman AlHabshi. (1-2 September 2001). Dasar dan pelaksanaan sistem pendidikan kebangsaan. Kertas kerja Kongres Pendidikan Melayu. PWTC, Kuala Lumpur.

Mohd Kamal Hassan ( 1988 ) dalam bukunya Pendidikan dan Pembangunan: Satu Perspektif Bersepadu. menurut beliau, pengisytiharan Makkah mengenai matlamat pendidikan adalah meliputi “perkembangan yang seimbang dalam keseluruhan peribadi insan melalui latihan rohaniahnya, intelek, rasional, perasaan dan indera.” Sumber kepada pendidikan berkenaan adalah sumber wahyu dan akal. Faktor keseimbangan dan kesepaduan dalam resolusi ini dapat dimanifestasikan dalam Falsafah Pendidikan Negara. Sejarah pendidikan kita juga memainkan peranan dalam membentuk falsafah berkenaan. Rasulullah pernah bersabda dalam Hadisnya yang berbunyi:

اذا مات ابن ءادم انقطع عمله الا من ثلاث صدقة جارية أو علم ينتفع به أو ولد صلح يدعوله. (رواه مسلم)

Bermaksud: “Apabila seseorang itu telah meninggal dunia, maka terputuslah segala amalannya kecuali tiga perkara, sedekah jariah atau ilmu yang dapat diambil manfaat daripadanya dan anak soleh yang mendoakannya.” Hadis riwayat Muslim.

2.5 Pengenalan SRAI JAIS

Kerajaan Negeri Selangor Darul Ehsan melalui Mesyuarat Jawatankuasa Tetap Hal Ehwal Islam (STANCO) dan Mesyuarat Jawatankuasa Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) telah bersetuju melaksanakan Sekolah Rendah Agama Integrasi (SRAI) yang menggabungkan dua kurikulum iaitu Kurikulum Pendidikan Islam JAIS dan kurikulum KBSR Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM). Kedua-duanya digabungkan dan dilaksanakan di Sekolah Rendah Agama dimana pelajar-pelajar akan mula belajar dari jam 7.40 pagi hingga 4.00 petang. Proses pembelajaran akan disepadukan bagi kedua-dua kurikulum tersebut. Jabatan tidak akan membuka darjah satu aliran agama biasa di Sekolah Rendah Agama yang terpilih untuk program SRAI. Ibu bapa hendaklah mendaftarkan anak-anak mereka ke Sekolah Rendah Agama yang lain jika ingin memilih darjah satu aliran agama biasa.

2.6 Tujuan Perlaksanaan SRAI

Di antara tujuan perlaksanaan SRAI ialah:

  1. Memantapkan kurikulum Sekolah Kebangsaan dengan menambah atau memasukkan Kurikulum Sekolah Agama di dalam Pendidikan Kebangsaan. Pelaksanaan ini dapat menyelesaikan masa belajar dan memantapkan proses pengajaran dan pembelajaran dengan lebih berkesan.
  2. Perlaksanaan kurikulum Integrasi ini membolehkan pelajar mendapat pendidikan rendah yang bersepadu dalam sebuah sekolah sahaja.
  3. Peperiksaan daripada KPM seperti Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) juga akan diadakan di SRAI selain daripada peperiksaan JAIS iaitu Penilaian Sekolah Rendah Agama (PSRA).
  4. Untuk melanjutkan pelajaran ke sekolah menengah, pelajar-pelajar SRAI boleh memilih sama ada ingin memasuki Sekolah Menengah KPM atau Sekolah Menengah JAIS.

2.7 Objektif, Misi dan Visi SRAI

Objektif SRAI ialah:

  1. Bagi mengukuhkan pendidikan agama dan matlamat Falsafah Pendidikan Negara.
  2. Memantapkan sistem Pendidikan Agama untuk memenuhi kehendak semasa.
  3. Untuk memenuhi kehendak masyarakat yang berminat tentang pendidikan agama yang lengkap.

Misi SRAI iaitu:

Untuk memenuhi kecemerlangan duniawi dan ukhrawi melalui Al-Quran dan As-Sunnah dan mewujudkan bi’ah pembelajaran yang kondusif dan mempamerkan komitmen yang jitu kepada kualiti.

Visi SRAI pula iaitu:

Bertekad dan berazam menjadi SRAI yang berjanji mentarbiyah Ummah yang mengamalkan ilmu Allah dan nilai-niali murni yang bertunjangkan Al-Quran & As-Sunnah dengan penuh kesungguhan dan memanfaatkan segala sumber yang ada bersesuaian dengan bi’ah dan iklim setempat bagi menjayakan Falsafah Pendidikan Negara dan Falsafah Pendidikan JAIS.

2.8 Kurikulum SRAI

Kurikulum di SRAI merangkumi kedua-dua kurikulum iaitu KBSR, KPM dan kurikulum Pendidikan Islam JAIS. Mata pelajaran akademik yang terdapat di sini adalah sama seperti yang ada di Sekolah Kebangsaan biasa. Buku teks yang digunakan di sekolah ini juga adalah terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka iaitu kurikulum semakan KPM berpandukan KBSR juga buku yang telah diperakui oleh KPM. Manakala buku teks untuk pelajaran agama adalah buku terbitan BPI, JAIS bahagian Jawatankuasa Buku Teks, JAIS sendiri. Mata pelajaran akademik dan pendidikan Islam yang diajarkan adalah seperti butiran dalam jadual di bawah:

Jadual 2.1: Pengkelasan Kurikulum di SRAI

Akademik
Pendidikan Islam
  • Bahasa Melayu (BM)
  • Bahasa Inggeris (BI)
  • MatematikSains
  • Pendidikan Muzik
  • Pendidikan Islam dan Moral
  • Pendidikan Jasmani dan Pendidikan Kesihatan (PJPK)
  • Pendidikan Seni Visual
  • Kemahiran Hidup Bersepadu
  • Al-Quran
  • Hafazan
  • Tauhid
  • Feqah
  • Sirah
  • Akhlaq
  • Khat
  • Imlak
  • Bahasa Arab (BA)
  • Tajwid
 

Selain daripada itu terdapat juga kegiatan kokurikulum yang dijalankan di SRAI. Pelajar-pelajar akan di bahagikan kepada tiga bahagian bagi kegiatan kokurikulum sebagaimana butiran dalam jadual di bawah ini:

Jadual 2.2: Pengkelasan Kegiatan Kokurikulum

Kelab & Persatuan
Unit Beruniform
Sukan & Permainan
  • Persatuan Bahasa
  • Persatuan Sains dan Matematik
  • Kelab Seni Reka Cipta
  • Kelab Seni Khat
  • Kelab Muzik & Kebudayaan dll.
  • Pengakap
  • Persatuan Bulan Sabit Merah (PBSM)
  • Puteri Islam
  • Tunas Puteri
  • Bola Sepak
  • Bola Jaring
  • Sepak Takraw
  • Badminton
  • Bola Tampar
  • Bola Baling
  • Olahraga
  • Karom & Congkak
 

2.9 Faktor Yang Mempengaruhi Minat Ibu Bapa Terhadap SRAI

Di antara faktor-faktor yang mempengaruhi ibu bapa ke atas minat mereka menghantar anak bersekolah di SRAI ini ialah:

2.9.1 Lokasi Terletak Di Kawasan Pusat Ilmu

Kedudukan SRAI BBB pada lokasi yang sesuai menjadi salah satu faktor ianya menjadi pilihan ibu bapa di sini. Disekitar BBB sahaja terdapat lebih daripada 8 buah institusi pengajian tinggi antaranya ialah UKM, UPM, Uniten, KUIS, KLIUC, MFI, IPIS, ILSAS, Yayasan Pelajaran MARA dan sebagainya. Dengan kelebihannya yang terletak di kawasan pusat ilmu ini SRAI BBB amat mudah sekiranya ingin mendapatkan bantuan, bimbingan dan tunjuk ajar daripada golongan profesional yang kebanyakannya merupakan ibu bapa dan ahli PIBG.

2.9.2 Pendekatan Praktikal Solat

Para pelajar di SRAI akan melakukan 2 jenis solat setiap hari sewaktu berada di sekolah iaitu Solat Sunat Dhuha pada setiap pagi mengikut jadual dan Solat Fardhu Zohor secara berjamaah di surau sekolah. Dengan didikan solat ini akan menjadi kebiasaan terhadap diri pelajar dan dapat membentuk ciri-ciri pelajar yang bertaqwa.

2.9.2 Pendekatan Praktikal Solat

Para pelajar di SRAI akan melakukan 2 jenis solat setiap hari sewaktu berada di sekolah iaitu Solat Sunat Dhuha pada setiap pagi mengikut jadual dan Solat Fardhu Zohor secara berjamaah di surau sekolah. Dengan didikan solat ini akan menjadi kebiasaan terhadap diri pelajar dan dapat membentuk ciri-ciri pelajar yang bertaqwa.

Firman Allah Ta‘ala dalam Surah Al-Mu‘minun: 1 & 2 berbunyi:

1 dan 2

al-Mu‘minun: 1 dan 2

Maksudnya: Sesungguhnya berjayalah orang-orang yang beriman, Iaitu mereka yang khusyuk dalam sembahyangnya.

Solat adalah sesuatu yang telah diwajibkan oleh Allah. Sekiranya solat itu dilakukan dengan sempurna syarat dan rukunnya, juga disertai dengan khusyuk ia akan membawa kesan yang baik dalam kehidupan seseorang. Seseorang yang memelihara perintah solat dengan sempurna maka Allah akan memelihara kehidupannya. Begitu juga bagi sebuah keluarga yang menjaga solatnya maka keluarga tersebut akan terselamat daripada gejala sosial yang boleh merosakkan atau krisis yang boleh mengganggu mental dan jiwa dengan mendapat pemeliharaan daripada Allah Ta‘ala.

Dengan sembahyang juga akan dapat membentuk pelajar berperibadi mulia dan berakhlak mulia. Mereka akan sentiasa ingat terhadap kewajipan masing-masing. Tanggungjawab inilah yang cuba diterapkan dalam diri pelajar-pelajar di SRAI BBB melalui pendekatan praktikal solat yang dijalankan setiap hari.

2.9.3 Menjimatkan Kos Perjalanan

Ibu bapa menghantar anak ke sekolah pada masa yang sama mereka juga terus ke tempat kerja. Mereka akan mengambil anak daripada sekolah pada waktu petang apabila mereka pulang daripada bekerja. Dengan ini akan memudahkan lagi urusan menghantar anak ke sekolah juga akan menjimatkan masa dan kos perjalanan. Ini disebabkan tempoh pembelajaran pelajar SRAI adalah panjang iaitu daripada pagi hingga petang. Ibu bapa tidak perlu keluar daripada tempat kerja pada waktu tengahari untuk menghantar mereka ke sekolah agama di sebalah petang sebagaimana yang berlaku terhadap pelajar di SK biasa. Dengan ini akan menjimatkan masa dan kos perjalanan mereka setiap hari.

2.9.4 Jaminan Keselamatan Pelajar

SRAI BBB terletak bersebelahan dengan Balai Polis BBB. Pihak sekolah juga sering berurusan dengan pihak Polis pada perkara-perkara yang melibatkan mereka. Pihak Polis juga sering mengunjungi sekolah untuk bertanyakan masalah disiplin. Dengan ini peratus untuk berlakunya jenayah agak rendah dan dapat menjamin keselamatan pelajar dan sekolah tersebut. Lokasinya yang hampir dengan Balai Polis boleh mengurangkan kebimbangan ibu bapa terhadap keselamatan anak mereka ketika berada di sekolah.

2.9.5 Kemudahan Infrastruktur

Kemudahan infrastruktur di SRAI BBB boleh dikatakan agak memuaskan. Di SRAI ini terdapat dua blok bangunan yang antara satunya mempunyai tiga tingkat. Di sini juga terdapat sebuah surau yang boleh menempatkan seramai 600 orang pelajar dalam satu masa, sebuah makmal komputer yang dilengkapi dengan 25 biji komputer, makmal sains, kantin, bilik rawatan, bilik guru dan sebagainya. Selain daripada itu terdapat juga sebuah padang bola sepak, padang badminton, padang takraw dan sebuah padang bola tampar yang menjadi keperluan untuk kegiatan kokurikulum pelajar-pelajar disini. Dengan kemudahan yang sedemikian SRAI BBB tidak begitu ketinggalan jika dibandingkan dengan SK-SK yang terdapat di sekitar BBB. Selain daripada bantuan Kerajaan Negeri berkenaan infrastruktur ini, pihak PIBG sekolah juga memainkan peranan yang sangat penting dalam kemajuan sekolah.

Menurut Mohd Nuruddin Basha, melalui laman web Portal Pendidikan Utusan Malaysia. Isu semasa. (13 Mac 2007, 2.00pm). Perancangan kurikulum dan pembangunan perisian jauh lebih pantas daripada pembangunan infrastruktur. Sebanyak 1,639 buah sekolah rendah tidak mempunyai bilik sains, dan 42 buah sekolah masih menumpang di sekolah lain. Bagi sekolah menengah, 138 buah tidak mempunyai makmal komputer, 25 buah tiada makmal sains dan 26 buah masih menumpang di sekolah lain. Statistik awal tahun 2000 terdapat 20.6 % sekolah yang tidak mempunyai talian telefon, 86.6 % tidak mempunyai mesin faks, 7.3 % tidak mendapat bekalan elektrik dan 24.78 % tidak menerima bekalan air paip awam. Seperti yang diramalkan, kekurangan infrastruktur akan menyeret sekali ke bawah prestasi pelajar. Secara keseluruhannya, pencapaian Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) pada tahun 2000 jelas menunjukkan prestasi akademik murid luar bandar yang kekurangan infrastruktur lebih rendah di dalam mata pelajaran Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik dan Sains.

2.10 Kajian Lepas

Dalam kajian ini, pengkaji telah menyelidik beberapa hasil kajian yang lepas berkaitan dengan faktor yang mendorong ibu bapa terhadap SRAI.

Mansor Ramli (2002:33). Prosiding Wacana Pendidikan Islam (siri 1) bertajuk Kurikulum Pendidikan Islam Negeri Selangor Darul Ehsan, menyebut bahawa secara umumnya, pihak JAIS telah mempunyai sistem pendidikan yang merangkumi tahap pendidikan yang bermula dari peringkat pra sekolah sehingga ke peringkat pendidikan tinggi dengan kurikulumnya yang tersendiri sedang berjalan di sekolah-sekolah di bawah JAIS. Ini memberikan gambaran bahawa JAIS sendiri memang telah merancang mewujudkan sistem pendidikan sebegini. Berikut jumlah institusi di bawah JAIS sehingga 2002:

i. Taman Asuhan Kanak-Kanak (TAKIS) 09 buah
ii. SRA 190 buah
iii. SRAI 10 buah
iv. Kelas Al-Quran & Fardhu Ain (KAFA) 265 buah
v. Sekolah Agama Menengah (SAM) 21 buah
vi. Maahad Tahfiz Al-Quran Istana Bandar 02 buah
 

Shahrin Awaluddin, Mohd Isa Hamzah dan Nasri Jajuli (2002:67). Prosiding Wacana Pendidikan Islam Siri 1. Dalam kajian mereka mengenai kemudahan asas SRA di Selangor menyatakan kemudahan asas yang terdapat di sekolah amat penting sekali kerana ia akan mempengaruhi proses pengajaran dan pembelajaran. Di antaranya ialah kemudahan dari sudut fizikal, kurikulum dan sumber manusia. Kajian tersebut dilakukan kerana ada rungutan dari pihak tertentu terutama ibu bapa dan guru-guru yang tidak berpuas hati dengan kemudahan yang terdapat di SRA di negeri Selangor yang telah memberi sumbangan pendidikan Islam di Malaysia dan Negeri Selangor khususnya.

Kamaruddin Hj. Husin (1994:63). Pedagogi 3, ada menyebut “kita hidup dalam masyarakat yang berubah-ubah, iaitu pengetahuan baru sentiasa ditemui, sementara pengetahuan lama yang dibuktikan kurang tepat diperkemaskinikan. Masalah pertambahan pengetahuan yang banyak menimbulkan masalah pemilihan apa yang hendak dipelajari serta pertimbangan semula bagaimana pembelajaran harus berlaku”. Dengan menyedari bahawa murid-murid harus disediakan untuk menyesuaikan diri dengan permintaan masyarakat yang cepat berubah, guru-guru dan perancang kurikulum harus menyemak semula apa yang mereka kemukakan kepada murid-murid.

Adnan Yusopp (2002:4) dalam Prosiding Wacana Pendidikan Islam Siri 1 menyebut pengajaran dan pembelajaran (P&P) pendidikan islam dijelmakan berasaskan kepada modul yang dicadangkan yang berteraskan kepada beberapa konsep iaitu aras pembelajaran. Guru mesti memahami tahap prestasi setiap murid di dalam kelas. Tindakan ini akan dapat membantu guru menjalankan P & P dengan berkesan untuk semua tahap prestasi murid.

Mok Soon Sang. (1991). Pendidikan di Malaysia. Siri Pendidikan Perguruan. Kumpulan Budiaman Sdn. Bhd. menyebut “Iklim sekolah yang baik atau buruk bergantung kepada gaya pentadbiran seseorang guru besarnya. Sesungguhnya iklim sekolah adalah berkait rapat dengan disiplin dan peraturan sekolah yang sedia ada serta perasaan kekitaan murid-murid dan kakitangan terhadap sekolah mereka. Iklim sekolah yang dikatakan baik mengandungi 3 ciri utama seperti berikut:

  1. Perhubungan yang saling hormat menghormati di antara kakitangan akademik dengan murid-muridnya;
  2. Kesukarelaan murid-murid menerima aspirasi dan peraturan sekolah yang diaturkan oleh pihak pentadbiran sekolah; dan
  3. Perasaan kekitaan yang timbul di antara murid-murid dan guru-guru dengan menerima sekolahnya sebagai sebuah keluarga yang mesra dan bahagia.”

2.11 Kesimpulan

Dalam bab ini terdapat beberapa ulasan dan pandangan penulis buku dan pengkaji yang lain. Juga diselitkan pendapat ilmuan yang berkaitan dengan kajian ini. Daripada ulasan dan tulisan tersebut kita dapati bahawa ianya dapat membantu menjelaskan beberapa faktor berkaitan kajian ini. Semoga dengannya akan dapat memberikan manfa‘at terhadap yang memerlukan dan akan dapat menjamin kemajuan pendidikan di negara kita pada masa akan datang.

BAB III
METODOLOGI PENGKAJIAN

3.1 Pendahuluan

Untuk mencapai sesuatu objektif yang telah ditetapkan maka hendaklah menjalankan penyelidikan. Di dalam bab ini akan membincangkan tentang kaedah penyelidikan yang dijalankan. Kaedah penyelidikan yang digunakan haruslah merujuk kepada bagaimana sesuatu maklumat itu diperolehi. Dengan perancangan yang bersistematik akan dapat membantu memudahkan segala data dan maklumat dikumpulkan, dianalisis dan dinilai. Aspek-aspek yang akan diberi penekanan dan dibincangkan ialah berkaitan dengan Reka Bentuk Kajian, Skop Kajian, Populasi dan Sampel Kajian, Instrumen Kajian, Kajian Rintis, Prosedur Kajian, Analisis Data, Jangka Masa Kajian dan Kesimpulan.

3.2 Reka Bentuk Kajian

Kajian ini berbentuk deskriptif kerana ianya menjelaskan sesuatu kenyataan itu dengan menganlisis sesuatu data itu daripada soal selidik yang dijalankan. Satu tinjauan telah dibuat terhadap ibu bapa dan penjaga pelajar mengenai minat mereka untuk menghantar anak bersekolah di SRAI. Segala pandangan dan data yang diperolehi daripada mereka akan diklasifikasikan mengikut aspek yang telah ditentukan dan kemudian akan dianalisis secara kuantitatif untuk memperolehi maklumat yang sebenarnya.

3.3 Skop Kajian

Skop kajian yang dijalankan ini adalah tertumpu kepada ibu bapa dan penjaga pelajar tahun 6 di SRAI Bandar Baru Bangi sahaja. Tumpuan kepada ibu bapa tersebut kerana mereka mempunyai pengalaman tentang perkembangan pendidikan anak mereka sejak daripada tahun 1 lagi hingga sekarang. Kajian ini dilaksanakan bagi mengetahui faktor yang mempengaruhi ibu bapa terhadap pendidikan anak mereka di SRAI dan kepuasan terhadap pendidikan anak mereka di SRAI BBB.

3.4 Populasi Dan Sampel Kajian

Populasi menentukan bidang masalah yang perlu dikaji. Populasi menentukan sejauhmana dan sebanyakmana data dan maklumat itu perlu dikumpulkan serta dianalisis (Mohd. Majid Konting, 2005:57). Persampelan ini dipilih secara rawak bertujuan satu pendekatan yang menunjukkan setiap ahli dalam satu kumpulan itu berpeluang untuk dipilih (Mohd Najib Abd Ghafar (1999:39). Penyelidikan Pendidikan. UTM. Di dalam kajian ini sampel terdiri daripada 90 orang ibu bapa atau penjaga pelajar tahun 6. sampel dibuat secara rawak terpilih. Jumlah keseluruhan populasi adalah seramai 144 orang.

3.5 Instrument Kajian / Alat

Instrumen Kajian akan menentukan jenis data yang diperolehi dan ianya akan mempengaruhi jenis analisis penyelidik. Penyelidik boleh menggunakan instrumen yang telah sedia ada iaitu yang telah dibina oleh orang lain atau membina instrumen sendiri (Mohd Najib Abd Ghafar, 1999:40). Penyelidikan Pendidikan. UTM.

Kajian yang dijalankan ini menggunakan satu set soalan kaji selidik bertujuan untuk mendapatkan maklumat dan data. Soal selidik selalu digunakan untuk mengetahui sikap seseorang dengan menggunakan soalan bebas jawab (terbuka), senarai semak atau skala kadar. Pengkaji menggunakan soal selidik kerana:

  1. Penyelidik berpendapat segala maklumat yang akan diperolehi adalah tepat.
  2. Responden juga akan dapat memberikan maklum balas dengan yakin kerana terdapat pilihan skala pilihan jawapan.
  3. Dapat menjimatkan kos dan masa sekaligus boleh menghasilkan item yang boleh dipercayai.

Soal selidik ini megandungi 45 soalan yang terdiri daripada 3 bahagian iaitu bahagian A (demografi responden), bahagian B (faktor yang mendorong ibu bapa terhadap SRAI) dan bahagian C (tahap kepuasan mereka).

3.5.1 Bahagian A

Bahagian ini penyelidik mengemukakan beberapa soal selidik yang mengandungi butir-butir latar belakang peribadi responden seperti jarak sekolah dari rumah, umur, jantina, pekerjaan, pendapatan bulanan, taraf pendidikan dan latar belakang pendidikan.

3.5.2 Bahagian B

Dalam bahagian ini penyelidik menyediakan soalan yang berkaitan dengan faktor-faktor yang mendorong minat mereka terhadap sekolah tersebut. Ianya merangkumi aspek kurikulum, kemudahan dan keselesaan, iklim dan budaya sekolah tersebut dan pengurusan dan pentadbiran sekolah berdasarkan Skala Likert yang mempunyai lima maklum balas. Lima maklum balas yang dinyatakan adalah:

  1. Sangat Tidak Setuju (STS)
  2. Tidak Setuju (TS)
  3. Tidak Pasti (TP)
  4. Setuju (S)
  5. Sangat Setuju (SS)
Jadual 3.1: Pengkelasan Skala Likert

Peringkat
Sangat Tidak Setuju (STS)
Tidak Setuju (TS) Tidak Pasti (TP) Setuju (S) Sangat Setuju (SS)
Skala
1
2
3
4
5
( Mohd Najib, 1999 : 98 ). Penyelidikan Pendidikan. UTM
 

3.5.3 Bahagian C

Dalam bahagian ini ibu bapa diminta menjawab 8 soalan sahaja. Bahagaian ini juga memerlukan responden memilih jawapan mengikut skala Likert yang ditetapkan. Soalan-soalan yang dikemukakan adalah menjurus kepada tahap kepuasan ibu bapa terhadap pendidikan anak mereka di SRAI. Soalan-soalan adalah berkaitan penerapan nilai murni dalam diri, hubungan sesama manusia, tanggungjawab sebagai seorang muslim, ketaatan terhadap kewajipan agama, kerajinan melakukan amalan sunat dan pencapaian terhadap pendidikan anak mereka.

Jadual 3.2: Pengkelasan Instrumen Kajian

Bil
Klasifikasi
Item
1.
Latar belakang maklumat ibu bapa yang menjadi responden kajian
Bahagian A
1 hingga 7
2.
Faktor-faktor yang mendorong ibu bapa menghantar anak mereka ke SRAI
Bahagian B
1 hingga 30
3.
Tahap kepuasan ibu bapa terhadap pencapaian pendidikan anak mereka
Bahagian C
1 hingga 8
 

3.6 Prosedur Kajian / Tatacara Kajian

Penyelidik telah membina item-item set soal selidik berdasarkan objektif kajian. Kajian dilakukan setelah disemak dan mendapat kebenaran daripada pihak Pusat Pengajian Islam dan Pembangunan Sosial, Universiti Teknologi Malaysia. (PPIPS, UTM). Hasil daripada kajian rintis, item-item yang tidak memenuhi piawai telah diubah suai bagi memastikan tahap kebolehpercayaan soalan ditahap yang sesuai. Kemudian kajian yang sebenar dijalankan sehingga ke peringkat analisis data dan laporan lengkap penulisan.

3.6.1 Kajian Rintis

Kajian rintis adalah kajian awal yang dijalankan sebelum menjalankan ujian sebenar. Tujuannya adalah untuk menguji tahap kesahan dan kebolehpercayaan item-item soal selidik. Untuk tujuan ini penyelidik telah mengambil item-item dari kajian lepas yang telah sah kebolehpercayaannya dan diubah mengikut kesesuaian tajuk kajian penyelidik. Ianya telah dijalankan ke atas 10 orang ibu bapa pelajar. Setelah proses kajian rintis selesai dan keputusan nilai alpha adalah (0.8369) diperolehi. Ini menunjukkan nilai yang sangat kuat. Setelah itu penyelidik menjalankan kajian sebenar. Menurut pandangan Devis (1971) dalam kajian ilmiah Mohd. Zolkifli (1999:57), beliau mengkategorikan seperti berikut:

0.70 dan ke atas
=
Sangat kuat
0.50 hingga 0.69
=
Kuat
0.30 hingga 0.49
=
Sederhana kuat
0.01 hingga 0.29
=
Kaitannya boleh diabaikan
 

3.6.2 Kajian Sebenar

Kajian sebenar dijalankan mengikut masa yang telah ditetapkan setelah item soalan dalam soal selidik diperbaiki dan diluluskan oleh Penyelia Projek. Rajah 3.1 di bawah merupakan rajah kerja ringkas keseluruhan kajian:

Rajah 3.1: Rangka Kerja Keseluruhan Kajian

Penetapan Tajuk Kajian, Objektif Dan Persoalan Kajian
Pembinaan Item-Item Soal Selidik
Menjalankan Kajian Rintis
Analisis Maklumat Diri Kajian Rintis Dan Perbaiki Item
Kajian Sebenar (Borang Kaji Selidik Diedarkan)
Terima Dan Analisis Data & Maklumat Soal Selidik
Pembentangan Dan Penjilidan
 

3.7 Analisis Data

Data-data yang diperolehi daripada responden diproses untuk mendapatkan peratus dan min bagi setiap item. Perisian Statistical Package For Social Science (SPSS) Version 10.0 digunakan. Hasil dapatan analisis dinyatakan dengan menggunakan jadual berdasarkan min kekerapan dan peratusan. Keputusan kajian dibincangkan melalui data yang diperolehi mengikut item yang berpandukan kepada persoalan kajian yang telah dinyatakan dalam BAB I.

Mohd Majid Konting (1993:43) menyatakan bahawa pemprosesan data merupakan teknik untuk mengumpul, mengolah, menganalisa, penyimpanan dan pengeluaran data. Matlamatnya adalah untuk mendapatkan maklumat yang berguna dan bermakna bagi mencapai objektif tertentu.

Rajah 3.3: Pengiraan Sela Diantara Min
Rajah 3.3

Rajah 3.3

Sumber : Jawatankuasa Pembangunan Diri Pelajar UTM (1999/2000), dalam kajian Siti Razinah bt. Elias. (2005). Pelaksanaan Kurikulum Baru Sekolah Agama (KBSA): Kajian Di Sekolah Agama Taman Dahlia, Johor Bahru. UTM. Projek Sarjana Muda.

Data mentah daripada bahagian A dianalisis untuk mengetahui latar belakang sampel. Kekerapan dan peratusan digunakan bagi mendapatkan maklumat. Manakala data mentah bahagian B dan C dianalisis dalam bentuk peratusan, kekerapan dan min berdasarkan pengiraan min seperti dalam jadual 3.3 di atas.

Jadual 3.3 menunjukkan cara-cara pembahagian skala Likert lima mata kepada skala tahap min. Skala Likert lima mata terdiri daripada 1 hingga 5. Untuk mengira perbezaan sela bagi mendapatkan min, maka 5 ditolak dengan 1 dan dibahagi dengan 3. Oleh itu, sela bagi setiap min adalah diantara 1.33. Tahap min yang rendah berada pada 1.00 hingga 2.33, tahap min sederhana berada pada 2.34 hingga 3.67 manakala tahap min tinggi pula berada pada 3.67 hingga 5.00 seperti dalam jadual 3.4 di bawah.

Rajah 3.4: Skala Nilai Min

Min
Skala
1.00 hingga 2.33
Rendah
2.34 hingga 3.67
Sederhana
3.68 hingga 5.00
Tinggi
 

3.8 Jangka Masa Kajian

Kajian ini dijalankan selama 9 bulan bermuda pada bulan Febuari 2007 dan tamat pada bulan November 2007. Setelah tajuk yang dipilih dipersetujui dan diluluskan oleh Penyelia Projek, penyelidik mula membuat perancangan menjalankan kajian dengan mengumpul segala bahan-bahan yang berkaitan dan mengenalpasti mereka yang boleh dirujuk bagi memudahkan dapatan yang berkaitan dengan kajian dapat diperolehi. Apabila maklumat diperolehi, penulisan dimulakan dengan bab I hingga bab III dan selesai hingga akhir Mei 2007. Seterusnya item soal selidik dibentuk. Setelah semua item-item soalan disahkan kebolehpercayaannya, kajian sebenar dijalankan pada bulan Ogos 2007. Setelah selesai pengumpulan soal selidik, analisis data dilakukan dalam bab IV dan bab V. Pada 26 dan 27 November 2007 sesi pembentangan projek dijalankan. Setelah itu, pengemaskinian terakhir dan penyempurnaan projek dilakukan.

3.9 Kesimpulan

Metodologi kajian ini iaitu penyelidik telah mengatur beberapa langkah ketika melakukan kajian. Metodologi kajian ini juga memberi satu garis panduan dan tatacara kajian yang ingin dilakukan. Pengkaji telah menentukan rekabentuk kajian yang ingin dijalankan. Dalam bahagian ini perkara utama yang diberi tumpuan oleh pengkaji ialah menentukan sampel kajian dan instrumentasi. Di dalam kajian ini juga pengkaji telah memilih ibu bapa pelajar tahun 6 sahaja. Jumlah keseluruhan ibu bapa pelajar tahun 6 ialah seramai 144 orang. Borang soal selidik yang telah diedarkan sebanyak 120 set dan borang yang dikembalikan sebanyak 90 borang sahaja. Penyelidik menggunakan pendekatan deskriptif dan telah menggunakan kaedah kuantitatif untuk memperolehi data. Penyelidik menggunakan soal selidik sebagai instrumen atau alat untuk mengumpul data sepanjang kajian.

BAB IV
ANALISIS DATA

4.1 Pendahuluan

Bab ini membincangkan hasil yang diperolehi daripada kajian yang telah dijalankan melalui soal selidik tentang faktor-faktor yang mendorong ibu bapa menghantar anak ke Sekolah Rendah Agama Integrasi Bandar Baru Bangi. Sebanyak 120 set soal selidik telah diedarkan daripada jumlah populasi seramai 144 orang. Hanya 90 set soal selidik sahaja yang dapat dikembalikan dan dianalisis oleh pengkaji.

Analisis kajian ini dibahagikan kepada tiga bahagian. Bahagian pertama iaitu bahagian A membincangkan dapatan kajian mengenai maklumat diri responden menggunakan kaedah kekerapan dan peratusan. Dalam bahagian kedua pula kajian menumpukan kepada faktor-faktor yang mendorong ibu bapa menghantar anak mereka ke sekolah tersebut. Analisis mengenai faktor-faktor daripada aspek kurikulum, kemudahan dan keselesaan, iklim dan budaya sekolah serta pengurusan dan pentadbiran sekolah. Penilaian responden tentang kurikulum yang digunakan kepentingan terhadap kemudahan dan prasarana yang ada di sekolah, penerimaan mengenai iklim dan budaya sekolah. Kesemua data dalam bahagian ini dianalisis menggunakan kaedah min, peratus sisihan piawai, dan kekerapan. Kesemua huraian ini adalah berpandukan kepada hasil dapatan yang diperolehi melalui soal selidik pada bahagian B.

Seterusnya, bahagian ketiga adalah analisis kajian yang membincangkan mengenai tahap kepuasan ibu bapa terhadap penerapan nilai murni, peningkatan sahsiah dan pencapaian pendidikan dalam diri anak mereka. Data ini dianalisis oleh pengkaji secara kuantitatif berdasarkan dapatan dari bahagian C soal selidik. Hasil dapatan tersebut telah dianalisis secara kuantitatif dengan menggunakan perisian Stastitical Package For Social Science (SPSS) Version 10.0 (SPSS) versi 10.0.

4.2 Bahagian A: Analisis Data Bahagian Demografi Responden

Item-item maklumat diri responden yang dianalisis di bahagian ini diperolehi daripada bahagian A soal selidik iaitu merangkumi jarak rumah dari sekolah, jantina, umur, pekerjaan, pendapatan bulanan, taraf pendidikan dan latar belakang pendidikan.

4.2.1 Jarak Rumah Dari Sekolah

Jadual 4.1: Taburan Responden Mengikut Jarak Rumah

Jarak
Kekerapan (N)
Peratus (%)
1 – 10 kilometer
65
72.2
11 – 20 kilometer
22
24.4
21 – 20 kilometer
3
3.3
Jumlah
90
100
 

Jadual 4.1 menunjukkan taburan kekerapan dan peratusan jarak rumah dari sekolah. Seramai 65 orang (72.2 %) daripada 90 orang responden tinggal dalam jarak antara 1 hingga 10 kilometer, seramai 22 orang (24.4 %) adalah responden yang tinggal dalam jarak antara 11 hingga 20 kilometer dari rumah ke sekolah dan hanya terdiri daripada 3 orang sahaja (3.3 %) yang jarak rumah mereka antara 21 hingga 30 kilometer. Peratus tertinggi adalah 72.2 % iaitu responden yang jarak rumah dari sekolah antara 1 kilometer hingga 10 kilometer.

4.2.2 Jantina

Jadual 4.2: Taburan Responden Mengikut Jantina

Jantina
Kekerapan (N)
Peratus (%)
Lelaki
46
51.1
Perempuan
44
48.9
Jumlah
90
100
 

Jadual 4.2 menunjukkan taburan responden mengikut jantina. Keseluruhan responden adalah seramai 90 orang. Seramai 46 orang (51.1 %) daripada 90 orang responden adalah lelaki dan seramai 44 orang (48.9 %) adalah responden yang terdiri daripada perempuan.

4.2.3 Umur

Jadual 4.3: Taburan Responden Mengikut Umur

Jantina
Kekerapan (N)
Peratus (%)
25 – 34 tahun
2
2.2
35 – 44 tahun
69
76.7
45 – 54 tahun
18
20
55 tahun ke atas
1
1.1
Jumlah
90
100
 

Jadual 4.3 menunjukkan taburan responden mengikut umur. Seramai 2 orang sahaja (2.2 %) daripada 90 orang responden adalah berusia antara 25 – 34 tahun, seramai 69 orang (76.7 %) berusia antara 35-44 tahun, 18 orang (20 %) berusia antara 45-55 tahun dan hanya seorang sahaja (1.1 %) adalah responden yang berusia 55 tahun ke atas.

4.2.4 Pekerjaan

Jadual 4.4: Taburan Responden Mengikut Pekerjaan

Pekerjaan
Kekerapan (N)
Peratus (%)
Kerajaan
45
50
Swasta
28
31.1
Berniaga
5
5.6
Bekerja sendiri
9
10
Lain-lain
3
3.3
Jumlah
90
100
 

Jadual 4.4 menunjukkan taburan responden mengikut item pekerjaan. Seramai 45 orang (50 %) daripada 90 orang responden bekerja dalam sektor kerajaan, 28 orang (31.1 %) bekerja dalam sektor swasta, seramai 5 orang (5.6 %) adalah terdiri daripada responden yang berniaga, 9 orang (10 %) adalah responden yang bekerja sendiri dan seramai 3 orang adalah bekerja selain daripada yang di senaraikan di dalam borang kaji selidik.

4.2.5 Pendapatan Bulanan

Jadual 4.5: Taburan Responden Mengikut Item Pendapatan Bulanan
Pendapatan
Kekerapan (N)
Peratus (%)
< RM 1,000
6
6.7
RM 1,000 – RM 2,500
28
31.1
RM 1,000 – RM 2,500
25
27.8
> RM 4,000
31
34.4
Jumlah
90
100
 

Jadual 4.5 menunjukkan bahawa seramai 6 orang (6.7%) responden berpendapatan bersih kurang daripada RM 1,000 sebulan. Seramai 28 orang (31.1%) orang responden berpendapatan bersih sebanyak RM 1,000 – RM 2,500 sebulan, seramai 25 orang (27.8%) berpendapatan sebanyak RM 2,500 – RM 4,000 sebulan dan seramai 31 orang (34.4.%) orang responden berpendapatan melebihi RM 4,000 sebulan.

4.2.6 Taraf Pendidikan

Jadual 4.6: Taburan Responden Mengikut Item Taraf Pendidikan
Pendididkan
Kekerapan (N)
Peratus (%)
SPM
16
17.8
STPM
11
12.2
Diploma
14
15.6
Ijazah
49
54.4
Jumlah
90
100
 

Jadual 4.6 menunjukkan bahawa seramai 16 orang (17.8 %) responden berpendidikan SPM. Seramai 11 orang (12.2 %) orang responden berpendidikan STPM, seramai 14 orang (15.6 %) berkelulusan Diploma dan seramai 49 orang (54.4%) orang responden berkelulusan Ijazah.

4.2.7 Latar Belakang Pendidikan

Bagi taburan latar belakang pendidikan responden pula akan ditunjukkan dalam jadual 4.7 di bawah. Latar belakang pendidikan responden iaitu seramai 23 orang (25.6 %) berlatar belakangkan pendidikan Aliran Agama manakala seramai 66 orang (73.3%) orang responden latar belakang pendidikannya adalan Aliran Kebangsaan.

Jadual 4.7: Taburan Responden Mengikut Item Latar Belakang Pendidikan
Latar Belakang Pendididkan
Kekerapan (N)
Peratus (%)
Aliran Agama
23
25.6
Aliran Kebangsaan
66
73.3
Jumlah
90
100
 

4.3 Bahagian B: Analisis Data Mengikut Kategori

Pengkaji telah membahagikan item-item soalan soal selidik kepada dua bahagian iaitu bahagian B dan bahagian C. Bahagian B terdiri daripada soalan-soalan yang menjurus kepada faktor-faktor dari aspek kurikulum yang digunakan di SRAI, kemudahan dan keselesaan yang ada, iklim dan budaya sekolah tersebut, pengurusan dan pentadbiran yang dijalankan di sekolah tersebut. Manakala bahagian C pula terdiri daripada soalan untuk mengetahui sejauh mana tahap kepuasan ibu bapa terhadap pendidikan anak mereka. Pembahagian ini dibuat adalah bagi memudahkan untuk mencapai objektif kajian yang ditentukan.

Bahagian ini akan menganalisis keseluruhan dapatan kajian dalam setiap aspek berdasarkan objektif kajian. Tahap keberkesanan soalan dilihat berdasarkan min untuk mengetahui sesuatu min itu tinggi, sederhana atau rendah, ianya diukur berdasarkan skala nilai min dalam jadual 4.8 di bawah. Sumber yang diperolehi bagi mendapatkan skala nilai min ini adalah daripada Jawatankuasa Pembangunan Diri Pelajar UTM, (1999 / 2000).

Jadual 4.8: Skala Nilai Min
Min
Skala
1.00 hingga 2.33
Rendah
2.34 hingga 3.67
Sederhana
3.68 hingga 5.00
Tinggi
 

4.3.1 Faktor-Faktor Mengenai Aspek Kurikulum

Persoalan kajian dalam bahagian ini adalah untuk mendapatkan maklumat tentang faktor yang mendorong ibu bapa daripada aspek kurikulum. Pengkaji telah menyediakan 8 item soalan. Berikut adalah item soalan yang telah dibahagikan mengikut jadual masing-masing untuk menjelaskan taburan kekerapan, peratusan dan min untuk setiap item soalan.

Jadual 4.9: Saya sangat berminat kerana sekolah ini menggabungkan kurikulum akademik dan agama
Skala
Kekerapan
Peratus (%)
Min
Sangat Tidak Setuju
-
-
-
Tidak Setuju
-
-
-
Tidak Pasti
-
-
4.76
Setuju
22
24.4
-
Sangat Setuju
68
75.6
-
Jumlah
90
100
-
N : 90
 

Berdasarkan jadual 4.9 di atas menunjukkan seramai 22 orang responden (24.4 %) mengatakan setuju dan seramai 68 orang responden (75.6 %) mengatakan sangat setuju dengan gabungan kurikulum yang digunakan di sekolah tersebut. Min bagi soalan ini berada pada tahap yang tinggi iaitu 4.76.

Jadual 4.10: Saya sangat berminat kerana di sekolah ini juga ada menjalankan aktiviti kokurikulum
Skala
Kekerapan
Peratus (%)
Min
Sangat Tidak Setuju
-
-
-
Tidak Setuju
2
2.2
-
Tidak Pasti
4
4.4
4.34
Setuju
45
50
-
Sangat Setuju
39
4.3
-
Jumlah
90
100
-
N : 90
 

Berdasarkan jadual 4.10 di atas menunjukkan seramai 39 (43.3 %) orang responden mengatakan sangat setuju yang sekolah tersebut menjalankan kokurikulum, 45 (50 %) orang setuju, 4 (4.4 %) orang tidak pasti dan seramai 2 (2.2%) orang responden sahaja mengatakan tidak setuju. Min bagi soalan ini berada pada tahap yang tinggi iaitu 4.34.

Jadual 4.11: Saya sangat berminat kerana sekolah ini menggunakan kurikulum akademik Kementerian Pelajaran Malaysia
Skala
Kekerapan
Peratus (%)
Min
Sangat Tidak Setuju
-
-
-
Tidak Setuju
1
1.1
-
Tidak Pasti
6
6.7
4.41
Setuju
38
42.2
-
Sangat Setuju
45
50
-
Jumlah
90
100
-
N : 90
 

Berdasarkan jadual 4.11 di atas menunjukkan seramai 45 (50 %) orang responden mengatakan sangat setuju kurikulum akademik KPM digunakan, 38 (42.2%) orang setuju, 6 (6.7 %) orang tidak pasti dan seramai 1 (1.1 %) orang responden sahaja mengatakan tidak setuju. Min bagi soalan ini pula adalah 4.41 juga berada pada tahap yang tinggi.

Jadual 4.12: Saya sangat berminat kerana pelajaran agama yang diajar di sekolah ini meliputi bidang Tauhid, Feqah, Sirah, Akhlaq, Tajwid, Bahasa Arab dan Al-Quran
Skala
Kekerapan
Peratus (%)
Min
Sangat Tidak Setuju
-
-
-
Tidak Setuju
-
-
-
Tidak Pasti
-
-
4.76
Setuju
22
24.4
-
Sangat Setuju
68
75.6
-
Jumlah
90
100
-
N : 90
 

Berdasarkan jadual 4.12 di atas menunjukkan seramai 68 (75.6 %) orang responden mengatakan sangat setuju dengan mata pelajaran yang diajar dan seramai 22 (24.4 %) orang responden mengatakan setuju. Min bagi soalan ini pula adalah 4.76 juga pada tahap yang tinggi.

Jadual 4.13: Saya sangat berminat kerana Sukatan Pelajaran di sekolah ini adalah terkini dan sering dipantau oleh pihak JAIS
Skala
Kekerapan
Peratus (%)
Min
Sangat Tidak Setuju
-
-
-
Tidak Setuju
2
2.2
-
Tidak Pasti
12
13.3
4.26
Setuju
37
41.1
-
Sangat Setuju
39
43.3
-
Jumlah
90
100
-
N : 90
 

Berdasarkan jadual 4.13 di atas menunjukkan seramai 39 (43.3 %) orang responden mengatakan sangat setuju sukatan pelajaran adalah terkini, 37 (41.1 %) orang setuju, 12 (13.3 %) orang tidak pasti dan seramai 2 (2.2 %) orang responden sahaja mengatakan tidak setuju. Min bagi soalan ini juga pada tahap tinggi iaitu 4.26.

Jadual 4.14 : Saya suka kerana buku latihan untuk pelajar di sekolah ini adalah bermutu tinggi
Skala
Kekerapan
Peratus (%)
Min
Sangat Tidak Setuju
2
2.2
-
Tidak Setuju
4
4.4
-
Tidak Pasti
34
37.8
3.66
Setuju
33
36.7
-
Sangat Setuju
17
18.9
-
Jumlah
90
100
-
N : 90
 

Berdasarkan jadual 4.14 di atas menunjukkan seramai 17 (18.9 %) orang responden mengatakan sangat setuju yang buku latihan di sekolah ini adalah bermutu tinggi, 33 (36.7 %) orang setuju, 34 (37.8 %) orang tidak pasti, 4 (4.4 %) orang tidak setuju dan seramai 2 (2.2 %) orang responden sahaja mengatakan sangat tidak setuju. Min bagi soalan ini pula adalah 3.66 iaitu pada tahap sederhana.

Jadual 4.15 : Saya suka kerana buku rujukan guru di sekolah ini juga sesuai dan berkualiti
Skala
Kekerapan
Peratus (%)
Min
Sangat Tidak Setuju
1
1.1
-
Tidak Setuju
3
3.3
-
Tidak Pasti
34
37.8
3.66
Setuju
37
41.1
-
Sangat Setuju
15
16.7
-
Jumlah
90
100
-
N : 90
 

Berdasarkan jadual 4.15 di atas menunjukkan seramai 15 (16.7 %) orang responden mengatakan sangat setuju yang buku rujukan guru adalah sesuai, 37 (41.1%) orang setuju, 34 (37.8 %) orang tidak pasti, 3 (3.3 %) orang tidak setuju dan seramai 1 (1.1 %) orang responden sahaja mengatakan sangat tidak setuju. Min bagi soalan ini pula adalah 3.69 iaitu pada tahap yang tinggi.

Jadual 4.16: Saya sangat berminat kerana dengan kurikulum yang digunakan di sekolah ini dapat melahirkan pelajar yang cemerlang dari aspek akademik
Skala
Kekerapan
Peratus (%)
Min
Sangat Tidak Setuju
-
-
-
Tidak Setuju
2
2.2
-
Tidak Pasti
17
18.9
4.07
Setuju
44
48.9
-
Sangat Setuju
27
30
-
Jumlah
90
100
-
N : 90
 

Berdasarkan jadual 4.16 di atas menunjukkan seramai 27 (30 %) orang responden mengatakan sangat setuju bahawa dengan kurikulum tersebut akan melahirkan pelajar cemerlang, 44 (48.9 %) orang setuju, 17 (18.9 %) orang tidak pasti dan 2 (2.2 %) orang tidak setuju. Min bagi soalan ini pula adalah 4.07 iaitu dalam tahap yang tinggi.

Jadual 4.17: Min Keseluruhan Mengenai Aspek Kurikulum
Jadual ( Bahagian B )
Min
Taburan Skor Soalan 1
4.76
Taburan Skor Soalan 2
4.34
Taburan Skor Soalan 3
4.41
Taburan Skor Soalan 4
4.76
Taburan Skor Soalan 5
4.26
Taburan Skor Soalan 6
3.66
Taburan Skor Soalan 7
3.69
Taburan Skor Soalan 8
4.07
Purata Min Keseluruhan
4.24
 

Berdasarkan jadual 4.17 di atas menunjukkan keseluruhan min bagi soalan mengikut aspek kurikulum. Analisis data skor soalan 1 iaitu (4.76), soalan 2 (4.34), soalan 3 (4.41), soalan 4 (4.76), soalan 5 (4.26), soalan 6 (3.66), soalan 7 (3.69) dan soalan 8 (4.07). Manakala purata min keseluruhannya berada pada tahap yang tinggi iaitu 4.24. Dapatan kajian mendapati mejoriti responden adalah bersetuju dengan kurikulum yang diguna pakai di SRAI.

Walaubagaimanapun terdapat juga sebilangan kecil ibu bapa yang tidak pasti mengenai buku latihan anak mereka berkualiti, kurikulum yang digunakan adalah kurikulum oleh KPM dan ada juga sebilangan kecil ibu bapa yang tidak pasti sukatan pelajarannya adalah yang terkini dan sering dipantau oleh pihak BPI, JAIS.

4.3.2. Faktor-Faktor Mengenai Aspek Kemudahan dan Keselesaan

Persoalan kajian dalam bahagian ini adalah untuk mendapatkan maklumat tentang faktor yang mendorong ibu bapa daripada aspek kemudahan dan keselesaan di SRAI. Berikut adalah item soalan mengikut jadual masing-masing untuk menjelaskan taburan kekerapan, peratusan dan min untuk setiap soalan.

Jadual 4.18: Saya sangat berminat kerana lokasi sekolah yang berhampiran dengan tempat tinggal saya
Skala
Kekerapan
Peratus (%)
Min
Sangat Tidak Setuju
4
4.4
-
Tidak Setuju
17
18.9
-
Tidak Pasti
3
3.3
37.8
Setuju
37
41.1
-
Sangat Setuju
29
32.2
-
Jumlah
90
100
-
N : 90
 

Berdasarkan jadual 4.18 di atas menunjukkan seramai 37 (41.1 %) orang responden mengatakan setuju, 29 (32.2 %) orang sangat setuju, 17 (18.9 %) orang tidak setuju, 4 (4.4 %) orang sangat tidak setuju dan 3 (3.3 %) menyatakan tidak pasti. Min bagi soalan ini pula adalah 3.78 iaitu pada tahap tinggi.

Jadual 4.19: Saya sangat berminat kerana kedudukan sekolah yang berhampir dengan tempat saya bekerja
Skala
Kekerapan
Peratus (%)
Min
Sangat Tidak Setuju
3
3.3
-
Tidak Setuju
24
26.7
-
Tidak Pasti
5
5.6
37.8
Setuju
3.57
38.9
-
Sangat Setuju
23
25.6
-
Jumlah
90
100
-
N : 90
 

Berdasarkan jadual 4.19 di atas menunjukkan seramai 35 (38.9 %) orang responden mengatakan setuju, 23 (25.6 %) orang sangat setuju, 24 (26.7 %) orang tidak setuju, 3 (3.3 %) orang sangat tidak setuju dan 5 (5.6 %) menyatakan tidak pasti. Min bagi soalan ini pula adalah 3.57 iaitu pada tahap sederhana.

Jadual 4.20: Saya sangat berminat kerana tidak perlu mengambil anak pada waktu tengahari
Skala
Kekerapan
Peratus (%)
Min
Sangat Tidak Setuju
5
5.6
-
Tidak Setuju
4
4.4
-
Tidak Pasti
1
1.1
4.23
Setuju
35
39
-
Sangat Setuju
45
50
-
Jumlah
90
100
-
N : 90
 

Berdasarkan jadual 4.20 di atas menunjukkan seramai 45 (50 %) orang responden mengatakan sangat setuju, 35 (38.9 %) orang setuju, 1 (1.1 %) orang tidak pasti, 5 (5.6 %) sangat tidak setuju dan 4 (4.4 %) orang tidak setuju. Min bagi soalan ini pula adalah 4.23 pada tahap yang tinggi.

Jadual 4.21: Saya sangat sukakan sekolah ini kerana dapat menjimatkan masa dan tidak perlu menghantar anak ke sekolah agama di sebelah petang
Skala
Kekerapan
Peratus (%)
Min
Sangat Tidak Setuju
5
5.6
-
Tidak Setuju
-
-
-
Tidak Pasti
1
1.1
4.44
Setuju
33
36.7
-
Sangat Setuju
51
56.7
-
Jumlah
90
100
-
N : 90
 

Berdasarkan jadual 4.21 di atas menunjukkan seramai 51 (56.7 %) orang responden mengatakan sangat setuju, 33 (36.7 %) orang setuju, 1 (11.1 %) orang tidak pasti dan 5 (5.6 %) orang sangat tidak setuju. Min bagi soalan ini pula adalah 4.44, pada tahap yang tinggi.

Jadual 4.22: Saya sangat suka kerana menjimatkan kos perjalanan dengan hanya menghantar dan mengambil anak sekali sahaja untuk sehari
Skala
Kekerapan
Peratus (%)
Min
Sangat Tidak Setuju
2
2.2
-
Tidak Setuju
10
11.1
-
Tidak Pasti
5
5.6
4.17
Setuju
27
30.0
-
Sangat Setuju
46
51.1
-
Jumlah
90
100
-
N : 90
 

Berdasarkan jadual 4.22 di atas menunjukkan seramai 46 (51.1%) orang responden mengatakan sangat setuju, 27 (30.0 %) orang setuju, 5 (5.6 %) orang tidak pasti, 10 (11.1%) orang tidak setuju dan sangat tidak setuju 2 (2.2%). Min bagi soalan ini pula adalah 4.17 juga pada tahap yang tinggi.

Jadual 4.23: Saya sangat berminat kerana masa pembelajaran murid lebih panjang di sekolah ini
Skala
Kekerapan
Peratus (%)
Min
Sangat Tidak Setuju
2
2.2
-
Tidak Setuju
12
13.3
-
Tidak Pasti
11
12.2
3.81
Setuju
41
45.6
-
Sangat Setuju
24
26.7
-
Jumlah
90
100
-
N : 90
 

Berdasarkan jadual 4.23 di atas menunjukkan seramai 24 (26.7 %) orang responden mengatakan sangat setuju, 41 (45.6 %) orang setuju, 11 (12.2 %) orang tidak pasti, 12 (13.3 %) orang tidak setuju dan 2 (2.2%) orang sangat tidak setuju. Min bagi soalan ini pula adalah 3.81 juga pada tahap yang tinggi.

Jadual 4.24: Saya sangat berminat kerana sekolah ini mempunyai kelengkapan prasarana yang bersesuaian
Skala
Kekerapan
Peratus (%)
Min
Sangat Tidak Setuju
2
2.2
-
Tidak Setuju
16
17.8
-
Tidak Pasti
24
26.7
3.40
Setuju
40
44.4
-
Sangat Setuju
8
8.9
-
Jumlah
90
100
-
N : 90
 

Berdasarkan jadual 4.24 di atas menunjukkan seramai 8 (8.9 %) orang responden mengatakan sangat setuju, 40 (44.4 %) orang setuju, 24 (26.7 %) orang tidak pasti, 16 (17.8 %) orang tidak setuju dan 2 (2.2%) orang sangat tidak setuju. Min bagi soalan ini pula adalah 3.40 juga pada tahap yang tinggi.

Jadual 4.25: Saya sangat berminat kerana di sekolah ini terdapat alatan sukan dan padang yang mencukupi untuk aktiviti kokurikulum
Skala
Kekerapan
Peratus (%)
Min
Sangat Tidak Setuju
1
1.1
-
Tidak Setuju
15
16.7
-
Tidak Pasti
29
32.2
3.39
Setuju
38
42.2
-
Sangat Setuju
7
7.8
-
Jumlah
90
100
-
N : 90
 

Berdasarkan jadual 4.25 di atas menunjukkan seramai 7 (7.8 %) orang responden mengatakan sangat setuju, 38 (42,2 %) orang setuju, 29 (32.2 %) orang tidak pasti, 15 (16.7 %) orang tidak setuju dan 1 (1.1%) orang sangat tidak setuju. Min bagi soalan ini pula adalah 3.39 juga pada tahap yang tinggi.

Jadual 4.26: Min Keseluruhan Mengenai Kemudahan dan Keselesaan
Jadual ( Bahagian B )
Min
Taburan Skor Soalan 9
3.78
Taburan Skor Soalan 10
3.57
Taburan Skor Soalan 11
4.23
Taburan Skor Soalan 12
4.44
Taburan Skor Soalan 13
4.17
Taburan Skor Soalan 14
3.18
Taburan Skor Soalan 15
3.40
Taburan Skor Soalan 16
3.39
Purata Min Keseluruhan
3.83
 

Berdasarkan jadual 4.26 di atas menunjukkan keseluruhan min bagi soalan mengikut aspek kemudahan dan keselesaan. Analisis data skor soalan 9 iaitu (3.78), soalan 10 (3.57), soalan 11 (4.23), soalan 12 (4.44), soalan 13 (4.17), soalan 14 (3.81), soalan 15 (3.40) dan soalan 16 (3.39). Manakala purata min keseluruhannya berada pada tahap yang tinggi iaitu 3.83. Dapatan Kajian mendapati responden juga secara keseluruhannya adalah bersetuju dengan kemudahan dan keselesaan yang terdapat di SRAI. Walaupun pada soalan 10 persoalan berkenaan kedudukan sekolah hampir dengan tempat kerja, soalan 15 berkenaan kelengkapan prasarana sekolah yang sesuai dan soalan 16 iaitu berkenaan alatan dan padang untuk aktiviti kokurikulum nilai min yang diperolehi adalah pada tahap sederhana akan tetapi purata min keseluruhannya adalah ditahap yang tinggi iaitu 3.83.

4.3.3 Faktor-Faktor Mengenai Aspek Iklim dan Budaya Sekolah

Persoalan kajian dalam bahagian ini adalah untuk mendapatkan maklumat tentang faktor yang mendorong ibu bapa dari aspek Iklim dan Budaya Sekolah. Pengkaji juga telah menyediakan 8 item soalan. Berikut adalah item soalan yang telah dibahagikan mengikut jadual masing-masing untuk menjelaskan taburan kekerapan, peratusan dan min untuk setiap item soalan bagi faktor Iklim dan budaya sekolah.

Jadual 4.27: Saya sukakan sekolah ini kerana mempunyai guru yang mahir dalam proses pengajaran & pembelajaran
Skala
Kekerapan
Peratus (%)
Min
Sangat Tidak Setuju
2
2.22
-
Tidak Setuju
8
8.9
-
Tidak Pasti
22
24.4
3.61
Setuju
49
54.4
-
Sangat Setuju
9
10.0
-
Jumlah
90
100
-
N : 90
 

Aspek iklim dan budaya sekolah adalah merujuk kepada soalan 17 hingga 24 dalam borang kaji selidik. Bagi soalan 17 terdapat seramai 9 (10.0 %) orang responden mengatakan sangat setuju, 49 (54.4 %) orang setuju, 22 (24.4 %) orang tidak pasti, 8 (8.9 %) orang tidak setuju dan 2 (2.2 %) sangat tidak setuju. Min bagi soalan ini pula adalah 3.61 sebagaimana yanga ditunjukkan dalam jadual 4.27 di atas.

Jadual 4.28: Saya sangat sukakan sekolah ini kerana mempunyai kakitangan yang ceria dan mesra pelanggan
Skala
Kekerapan
Peratus (%)
Min
Sangat Tidak Setuju
1
1.11
-
Tidak Setuju
12
13.3
-
Tidak Pasti
29
32.2
3.40
Setuju
46
51.1
-
Sangat Setuju
2
2.2
-
Jumlah
90
100
-
N : 90
 

Berdasarkan jadual 4.28 di atas menunjukkan seramai 2 (2.2%) orang responden mengatakan sangat setuju, 46 (51.1 %) orang setuju, 29 (32.2 %) orang tidak pasti, 12 (13.3 %) orang tidak setuju dan 1 (1.1 %) orang sangat tidak setuju. Min bagi soalan ini pula adalah 3.40 iaitu pada tahap sederhana. Ini menunjukkan sebanyak 51.1 % sahaja ibu bapa bersetuju SRAI mempunyai warga yang ceria dan mesra pelanggan.

Merujuk kepada soalan yang berhubung dengan terjalinnya hubungan baik antara pihak sekolah dengan ibu bapa di sekolah ini pula menunjukkan seramai 11 (12.2%) orang memilih sangat setuju, 62 (68.9%) orang memilih setuju, 15 (16.7 %) orang tidak pasti, 2 (2.2 %) orang tidak setuju dan 0 (0 %) orang sangat tidak setuju. Min bagi soalan ini pula adalah 3.91 iaitu pada tahap yang tinggi sebagaimana yang ditunjukkan dalam jadual 4.29 di bawah ini.

Jadual 4.29: Saya dapati terjalinnya hubungan baik antara pihak sekolah dan ibu bapa pelajar di sekolah ini
Skala
Kekerapan
Peratus (%)
Min
Sangat Tidak Setuju
1
1.11
-
Tidak Setuju
12
13.3
-
Tidak Pasti
29
32.2
3.40
Setuju
46
51.1
-
Sangat Setuju
2
2.2
-
Jumlah
90
100
-
N : 90
 

Peratus tertinggi dalam item soalan ini adalah 68.9% orang yang memilih setuju bahawa terjalin hubungan baik antara warga sekolah dengan ibu bapa pelajar. Hubungan baik ini amat diperlukan untuk melahirkan sebuah sekolah yang cemerlang.

Jadual 4.30: Saya sangat berminat kerana sikap warga sekolah yang prihatin dan komitmen dalam tugas
Skala
Kekerapan
Peratus (%)
Min
Sangat Tidak Setuju
1
1.1
-
Tidak Setuju
3
3.3
-
Tidak Pasti
16
17.8
3.83
Setuju
60
66.7
-
Sangat Setuju
10
11.1
-
Jumlah
90
100
-
N : 90
 

Berdasarkan jadual 4.30 di atas menunjukkan seramai 10 (11.1 %) orang responden mengatakan sangat setuju, 60 (66.7 %) orang setuju, 16 (17.8 %) orang tidak pasti, 3 (3.3 %) orang tidak setuju dan 1 (1.1 %) orang sangat tidak setuju. Min bagi soalan ini pula adalah 3.83 juga berada pada tahap yang tinggi.

Jadual 4.31: Saya sangat berminat kerana pelajar sekolah ini diterapkan dengan budaya menghormati orang yang lebih tua
Skala
Kekerapan
Peratus (%)
Min
Sangat Tidak Setuju
-
-
-
Tidak Setuju
2
2.2
-
Tidak Pasti
10
11.1
4.14
Setuju
51
56.7
-
Sangat Setuju
27
30.0
-
Jumlah
90
100
-
N : 90
 

Berdasarkan jadual 4.31 di atas menunjukkan seramai 27 (30.0 %) orang responden mengatakan sangat setuju, 51 (56.7 %) orang setuju, 10 (11.1 %) orang tidak pasti, 2 (2.2 %) orang tidak setuju dan 0 (0 %) orang sangat tidak setuju. Min bagi soalan ini pula adalah 4.14 juga berada pada tahap yang tinggi.

Jadual 4.32: Saya sangat berminat kerana di sekolah ini terdapat penekanan terhadap ibadat sunat seperti Solat Dhuha dan Bacaan Yasin
Skala
Kekerapan
Peratus (%)
Min
Sangat Tidak Setuju
-
-
-
Tidak Setuju
-
-
-
Tidak Pasti
4
4.4
4.49
Setuju
38
42.2
-
Sangat Setuju
48
53.3
-
Jumlah
90
100
-
N : 90
 

Berdasarkan jadual 4.32 di atas menunjukkan seramai 48 (53.3 %) orang responden mengatakan sangat setuju, 38 (42.2 %) orang setuju, 4 (4.4 %) orang tidak pasti, 0 (0 %) orang tidak setuju dan 0 (0 %) orang sangat tidak setuju. Min bagi soalan ini pula adalah 4.49 juga berada pada tahap yang tinggi.

Jadual 4.33: Saya sangat berminat kerana lokasi sekolah ini yang strategik dapat menimbulkan suasana pembelajaran yang selesa
Skala
Kekerapan
Peratus (%)
Min
Sangat Tidak Setuju
1
1.1
-
Tidak Setuju
9
10.0
-
Tidak Pasti
19
21.1
3.68
Setuju
50
55.6
-
Sangat Setuju
11
12.2
-
Jumlah
90
100
-
N : 90
 

Berdasarkan jadual 4.33 di atas menunjukkan seramai 11 (12.2 %) orang responden mengatakan sangat setuju, 50 (55.6 %) orang setuju, 19 (21.1 %) orang tidak pasti, 9 (10.0 %) orang tidak setuju dan 1 (1.1 %) orang sangat tidak setuju. Min bagi soalan ini pula adalah 3.68 juga berada pada tahap yang tinggi.

Jadual 4.34: Saya sangat berminat dengan sekolah ini kerana persekitarannya yang kondusif dan selamat
Skala
Kekerapan
Peratus (%)
Min
Sangat Tidak Setuju
1
1.1
-
Tidak Setuju
9
10.0
-
Tidak Pasti
22
24.4
3.64
Setuju
47
52.2
-
Sangat Setuju
11
12.2
-
Jumlah
90
100
-
N : 90
 

Berdasarkan jadual 4.34 di atas menunjukkan seramai 11 (12.2 %) orang responden mengatakan sangat setuju, 47 (52.2 %) orang setuju, 2 (24.4 %) orang tidak pasti, 9 (10.0 %) orang tidak setuju dan 1 (1.1 %) orang sangat tidak setuju. Min bagi soalan ini pula adalah 3.64 iaitu berada pada tahap sederhana.

Purata min keseluruhan soalan bagi aspek iklim dan budaya sekolah adalah tinggi iaitu 3.83. Ini menunjukkan bahawa ibu bapa di SRAI adalah berminat dan bersetuju dengan iklim dan budaya yang terdapat di SRAI. Terdapat juga min sederhana iaitu pada soalan 17, 18 dan 24 iaitu berkenaan kemahiran guru dalam pengajaran dan pembelajaran, kakitangan sekolah yang ceria dan mesra pelanggan serta persekitaran yang kondusif dan selamat. Walaubagaimanapun purata min keseluruhannya adalah tinggi iaitu 3.83. Oleh sebab yang demikian menunjukkan faktor iklim dan budaya sekolah juga menjadi faktor utama ibu bapa menghantar anak mereka ke SRAI. Ini dapat dijelaskan lagi melalui jadual 4.35 di bawah ini.

Jadual 4.35: Min Keseluruhan Mengenai Iklim Dan Budaya Sekolah
Jadual ( Bahagian B )
Min
Taburan Skor Soalan 17
3.61
Taburan Skor Soalan 18
3.40
Taburan Skor Soalan 19
3.91
Taburan Skor Soalan 20
3.83
Taburan Skor Soalan 21
4.14
Taburan Skor Soalan 22
4.49
Taburan Skor Soalan 23
3.68
Taburan Skor Soalan 24
3.64
Purata Min Keseluruhan
3.83
 

4.3.4 Faktor-Faktor Mengenai Aspek Pengurusan dan Pentadbiran Sekolah

Persoalan kajian dalam bahagian ini adalah untuk mendapatkan maklumat tentang faktor yang mendorong ibu bapa dari aspek Pengurusan dan Pentadbiran sekolah. Pengkaji telah menyediakan 6 item soalan. Berikut adalah item soalan yang telah dibahagikan mengikut jadual masing-masing untuk menjelaskan taburan kekerapan, peratusan dan min untuk setiap item soalan bagi faktor Iklim dan budaya sekolah.

Jadual 4.36: Saya sangat setuju PIBG sekolah ini banyak memberi sumbangan dalam kemajuan sekolah
Skala
Kekerapan
Peratus (%)
Min
Sangat Tidak Setuju
-
-
-
Tidak Setuju
3
3.3
-
Tidak Pasti
16
17.8
3.97
Setuju
52
57.8
-
Sangat Setuju
19
21.1
-
Jumlah
90
100
-
N : 90
 

Berdasarkan jadual 4.36 di atas menunjukkan seramai 19 (21.1 %) orang responden mengatakan sangat setuju, 52 (57.8 %) orang setuju, 16 (17.8 %) orang tidak pasti, 3 (3.3 %) orang tidak setuju dan 0 (0 %) orang sangat tidak setuju. Min bagi soalan ini pula adalah 3.97 iaitu berada pada tahap yang tinggi.

Jadual 4.37: Saya sangat setuju bahawa pengurusan pentadbiran sekolah ini cekap dan sistematik
Skala
Kekerapan
Peratus (%)
Min
Sangat Tidak Setuju
1
1.1
-
Tidak Setuju
9
10.0
-
Tidak Pasti
34
37.8
3.50
Setuju
36
40.0
-
Sangat Setuju
10
11.1
-
Jumlah
90
100
-

N : 90

 

Berdasarkan jadual 4.37 di atas menunjukkan seramai 10 (11.1 %) orang responden mengatakan sangat setuju, 36 (40.0 %) orang setuju, 34 (37.8 %) orang tidak pasti, 9 (10.0 %) orang tidak setuju dan 1 (1.1 %) orang sangat tidak setuju. Min bagi soalan ini pula adalah 3.50 iaitu berada pada tahap sederhana.

Jadual 4.38: Saya sangat setuju ibu bapa amat mudah untuk berurusan dengan pihak pentadbiran di sekolah ini
Skala
Kekerapan
Peratus (%)
Min
Sangat Tidak Setuju
-
-
-
Tidak Setuju
5
5.6
-
Tidak Pasti
17
18.9
3.81
Setuju
58
64.4
-
Sangat Setuju
10
11.1
-
Jumlah
90
100
-
N : 90
 

Berdasarkan jadual 4.38 di atas menunjukkan seramai 10 (11.1 %) orang responden mengatakan sangat setuju, 58 (64.4 %) orang setuju, 17 (18.9 %) orang tidak pasti, 5 (5.6 %) orang tidak setuju dan 0 (0 %) orang sangat tidak setuju. Min bagi soalan ini pula adalah 3.81 iaitu berada pada tahap yang tinggi.

Jadual 4.39: Saya sangat setuju sistem kutipan yuran di sekolah ini mudah dan teratur
Skala
Kekerapan
Peratus (%)
Min
Sangat Tidak Setuju
1
1.11
-
Tidak Setuju
8
8.9
-
Tidak Pasti
14
15.6
3.72
Setuju
59
65.5
-
Sangat Setuju
8
8.9
-
Jumlah
90
100
-
N : 90
 

Berdasarkan jadual 4.39 di atas menunjukkan seramai 8 (8.9 %) orang responden mengatakan sangat setuju, 59 (65.6 %) orang setuju, 14 (15.6 %) orang tidak pasti, 8 (8.9) orang tidak setuju dan 1 (1.1 %) orang sangat tidak setuju. Min bagi soalan ini pula adalah 3.72 juga berada pada tahap yang tinggi.

Jadual 4.40: Saya sangat setuju bahawa sumber kewangan sekolah ini adalah kukuh & mencukupi
Skala
Kekerapan
Peratus (%)
Min
Sangat Tidak Setuju
7
7.8
-
Tidak Setuju
21
23.3
-
Tidak Pasti
38
42.2
2.90
Setuju
22
24.4
-
Sangat Setuju
2
2.2
-
Jumlah
90
100
-
N : 90
 

Berdasarkan jadual 4.40 di atas menunjukkan seramai 2 (2.2 %) orang responden mengatakan sangat setuju, 22 (24.4 %) orang setuju, 38 (42.2 %) orang tidak pasti, 38 (42.2 %) orang tidak setuju dan 7 (7.8 %) orang sangat tidak setuju. Min bagi soalan ini pula adalah 2.90 iaitu pada tahap sederhana.

Jadual 4.41: Saya setuju bahawa kerjasama PIBG dengan pihak sekolah adalah sangat memuaskan
Skala
Kekerapan
Peratus (%)
Min
Sangat Tidak Setuju
1
1.11
-
Tidak Setuju
3
3.3
-
Tidak Pasti
22
24.4
3.77
Setuju
54
60.0
-
Sangat Setuju
10
11.1
-
Jumlah
90
100
-
N : 90
 

Berdasarkan jadual 4.41 di atas menunjukkan seramai 10 (11.1 %) orang responden mengatakan sangat setuju, 54 (60.0 %) orang setuju, 2 (24.4 %) orang tidak pasti, 3 (3.3 %) orang tidak setuju dan 1 (1.1 %) orang sangat tidak setuju. Min bagi soalan ini pula adalah 3.77 juga berada pada tahap yang tinggi.

Jadual 4.42: Min Keseluruhan Mengenai Pengurusan Dan Pentadbiran Sekolah
Jadual ( Bahagian B )
Min
Taburan Skor Soalan 25
3.97
Taburan Skor Soalan 26
3.50
Taburan Skor Soalan 27
3.81
Taburan Skor Soalan 28
3.72
Taburan Skor Soalan 29
2.90
Taburan Skor Soalan 30
3.77
Purata Min Keseluruhan
3.61
 

4.4 Bahagian C: Analisis Data Mengenai Tahap Kepuasan Ibu Bapa Terhadap Pendidikan Anak Mereka

Persoalan kajian dalam bahagian ini adalah untuk mendapatkan maklumat tentang tahap kepuasan ibu bapa terhadap pendidikan anak mereka. Pengkaji telah menyediakan 8 item soalan. Berikut adalah item soalan yang telah dibahagikan mengikut jadual masing-masing untuk menjelaskan taburan kekerapan, peratusan dan min untuk setiap item soalan.

4.4.1 Tahap Kepuasan Ibu Bapa Terhadap Pendidikan Anak Mereka

Jadual 4.43: Saya sangat gembira kerana anak saya yang bersekolah di sini pandai menghormati ibu bapa
Skala
Kekerapan
Peratus (%)
Min
Sangat Tidak Setuju
-
-
-
Tidak Setuju
2
2.2
-
Tidak Pasti
8
8.9
4.11
Setuju
58
64.4
-
Sangat Setuju
22
24.4
-
Jumlah
90
100
-
N : 90
 

Berdasarkan jadual 4.43 di atas menunjukkan seramai 22 (24.4 %) orang responden mengatakan sangat setuju, 58 (64.4 %) orang setuju, 8 (8.9 %) orang tidak pasti, 2 (2.2 %) orang tidak setuju dan 0 (0 %) orang sangat tidak setuju. Min bagi soalan ini pula adalah 4.11 iaitu berada pada tahap yang tinggi.

Jadual 4.44: Saya gembira kerana hubungan anak saya dengan adik beradik sangat baik
Skala
Kekerapan
Peratus (%)
Min
Sangat Tidak Setuju
-
-
-
Tidak Setuju
4
4.4
-
Tidak Pasti
10
11.1
4.02
Setuju
56
62.2
-
Sangat Setuju
20
22.2
-
Jumlah
90
100
-
N : 90
 

Berdasarkan jadual 4.44 di atas menunjukkan seramai 20 (22.2 %) orang responden mengatakan sangat setuju, 56 (62.2 %) orang setuju, 10 (11.1 %) orang tidak pasti, 4 (4.4 %) orang tidak setuju dan 0 (0 %) orang sangat tidak setuju. Min bagi soalan ini pula adalah 4.02 iaitu berada pada tahap yang tinggi.

Jadual 4.45: Saya sangat gembira kerana anak saya di sekolah ini mesra dengan rakan-rakan dan jiran tetangga
Skala
Kekerapan
Peratus (%)
Min
Sangat Tidak Setuju
-
-
-
Tidak Setuju
6
6.7

-

Tidak Pasti
13
14.4
3.91
Setuju
54
60.0
-
Sangat Setuju
17
18.9
-
Jumlah
90
100
-
N : 90
 

Berdasarkan jadual 4.45 di atas menunjukkan seramai 17 (18.9 %) orang responden mengatakan sangat setuju, 54 (60.0 %) orang setuju, 13 (14.4 %) orang tidak pasti, 6 (6.7 %) orang tidak setuju dan 0 (0 %) orang sangat tidak setuju. Min bagi soalan ini pula adalah 3.91 juga berada pada tahap yang tinggi.

Jadual 4.46: Saya sangat bangga kerana anak saya rajin mengerjakan solat di rumah
Skala
Kekerapan
Peratus (%)
Min
Sangat Tidak Setuju
-
-
-
Tidak Setuju
11
12.2
-
Tidak Pasti
14
15.6
3.76
Setuju
51
56.7
-
Sangat Setuju
14
15.6
-
Jumlah
90
100
-
N : 90
 

Berdasarkan jadual 4.46 di atas menunjukkan seramai 14 (15.6 %) orang responden mengatakan sangat setuju, 51 (56.7 %) orang setuju, 14 (15.6 %) orang tidak pasti, 11 (12.2 %) orang tidak setuju dan 0 ( 0 % ) orang sangat tidak setuju. Min bagi soalan ini pula adalah 3.76 juga berada pada tahap yang tinggi.

Jadual 4.47: Saya bangga kerana anak saya sangat rajin mengerjakan ibadah sunat
Skala
Kekerapan
Peratus (%)
Min
Sangat Tidak Setuju
1
1.1
-
Tidak Setuju
15
16.7
-
Tidak Pasti
22
24.4
3.47
Setuju
45
50.0
-
Sangat Setuju
7
7.8
-
Jumlah
90
100
-
N : 90
 

Berdasarkan jadual 4.47 di atas menunjukkan seramai 7 (7.8 %) orang responden mengatakan sangat setuju, 45 (50.0 %) orang setuju, 22 (24.4 %) orang tidak pasti, 15 (16.7 %) orang tidak setuju dan 1 (1.1 %) orang sangat tidak setuju. Min bagi soalan ini pula adalah 3.47 iaitu berada pada tahap sederhana.

Jadual 4.48: Saya sangat bangga kerana anak saya rajin membaca Al-Quran di rumah
Skala
Kekerapan
Peratus (%)
Min
Sangat Tidak Setuju
-
-
-
Tidak Setuju
7
7.8
-
Tidak Pasti
19
21.1
3.82
Setuju
47
52.2
-
Sangat Setuju
17
18.9
-
Jumlah
90
100
-
N : 90
 

Berdasarkan jadual 4.48 di atas menunjukkan seramai 17 (18.9 %) orang responden mengatakan sangat setuju, 47 (52.2 %) orang setuju, 19 (21.1 %) orang tidak pasti, 7 (7.8 %) orang tidak setuju dan 0 (0 %) orang sangat tidak setuju. Min bagi soalan ini pula adalah 3.82 juga berada pada tahap yang tinggi.

Jadual 4.49: Saya sangat bangga kerana tahap penguasaan bacaan Al-Quran anak saya meningkat
Skala
Kekerapan
Peratus (%)
Min
Sangat Tidak Setuju
-
-
-
Tidak Setuju
-
-
-
Tidak Pasti
9
10.0
4.17
Setuju
57
63.3
-
Sangat Setuju
24
26.7
-
Jumlah
90
100
-
N : 90
 

Berdasarkan jadual 4.49 di atas menunjukkan seramai 24 (26.7 %) orang responden mengatakan sangat setuju, 57 (63.3 %) orang setuju, 9 (10.0 %) orang tidak pasti, 0 (0 %) orang tidak setuju dan 0 (0 %) orang sangat tidak setuju. Min bagi soalan ini pula adalah 4.17 juga berada pada tahap yang tinggi.

Jadual 4.50: Saya sangat bangga kerana tahap pencapaian akademik anak saya meningkat dari semasa ke semasa
Skala
Kekerapan
Peratus (%)
Min
Sangat Tidak Setuju
-
-
-
Tidak Setuju
5
5.6
-
Tidak Pasti
14
15.6
3.97
Setuju
50
55.6
-
Sangat Setuju
21
23.3
-
Jumlah
90
100
-
N : 90
 

Berdasarkan jadual 4.50 di atas menunjukkan seramai 21 (23.3 %) orang responden mengatakan sangat setuju, 50 (55.6 %) orang setuju, 14 (15.6 %) orang tidak pasti, 5 (5.6 %) orang tidak setuju dan 0 (0 %) orang sangat tidak setuju. Min bagi soalan ini pula adalah 3.97 juga berada pada tahap yang tinggi.

Jadual 4.51: Min Keseluruhan Mengenai Tahap Kepuasan Ibu Bapa Terhadap Pendidikan Anak Mereka
Jadual ( Bahagian B )
Min
Taburan Skor Soalan 1
4.11
Taburan Skor Soalan 2
4.02
Taburan Skor Soalan 3
3.91
Taburan Skor Soalan 4
3.76
Taburan Skor Soalan 5
3.47
Taburan Skor Soalan 6
3.82
Taburan Skor Soalan 7
4.17
Taburan Skor Soalan 8
3.97
Purata Min Keseluruhan
3.90
 

Purata min keseluruhan soalan bagi aspek tahap kepuasan ibu bapa terhadap pendidikan anak mereka adalah tinggi iaitu 3.90. Ini menunjukkan bahawa ibu bapa di SRAI BBB adalah sangat berpuas hati dengan pencapaian pendidikan anak mereka di SRAI BBB.

Terdapat juga min sederhana iaitu 3.47 pada soalan 5 bahagian ini berkenaan dengan persoalan tentang kerajinan anak mereka mengerjakan ibadat sunat. Daripada data yang diperolehi melalui soalan ini terdapat 24.4 % tidak pasti, 16.7 % tidak setuju dan 1.1 % sangat tidak setuju. Pilihan jawapan daripada ibu bapa pada ketiga-tiga skala inilah yang menjadikan min soalan ini pada tahap yang sederhana iaitu 3.47.

Walaubagaimanapun purata min keseluruhannya adalah tinggi iaitu 3.90. Oleh sebab yang demikian menunjukkan tahap kepuasan ibu bapa terhadap pendidikan anak mereka di SRAI juga adalah tinggi. Sebagaimana yang telah dijelaskan dalam jadual 4.51 di atas.

4.5 Analisis Min Keseluruhan Item Soal Selidik

Bagi mengetahui dapatan keseluruhan item, penyelidik akan mengemukakan analisis keseluruhan dapatan yang diperolehi melalui soal selidik yang telah diedarkan kepada responden dan nilai minnya masing-masing. Daripada rumusan taburan keseluruhan dapatan soal selidik yang dibuat, ini akan memudahkan lagi untuk mengetahui peratus setiap skala yang dipilih dan mudah untuk membezakan min keseluruhan dapatan mengikut aspek yang telah ditentukan.

Jadual 4.52, 4.53, 4.54 dan jadual 4.55 di bawah merupakan taburan analisis keseluruhan soal selidik mengenai faktor-faktor pendorong ibu bapa berminat menghantar anak mereka bersekolah di SRAI BBB. Manakala jadual 4.56 di bawah pula adalah taburan analisis mengenai tahap kepuasan ibu bapa terhadap pencapaian pendidikan dan peningkatan sahsiah dalam diri anak mereka.

Skala asal pilihan jawapan adalah lima pilihan iaitu sangat tidak setuju, tidak setuju, tidak pasti, setuju dan sangat tidak setuju. Pengkaji telah menjadikan tiga skala jawapan sahaja iaitu tidak setuju, tidak pasti dan setuju sebagai rumusan untuk menjelaskan dapatan kajian.

Rumusan dapatan kajian tersebut adalah bagi semua faktor-faktor yang telah disenaraikan iaitu menerusi aspek kurikulum, kemudahan dan keselesaan sekolah, iklim dan budaya sekolah, pengurusan dan pentadbiran sekolah dan juga tahap kepuasan ibu bapa terhadap pencapaian pendidikan dan peningkatan sahsiah dalam diri anak mereka di SRAI BBB.

Jadual 4.52: Rumusan Dapatan Kajian Faktor-Faktor Yang Mendorong Ibu Bapa Menghantar Anak Mereka Ke SRAI BBB Daripada Aspek Kurikulum
Bil
Nama Soalan
TS
%
TP
%
S
%
Min
1.
Saya sangat berminat kerana sekolah ini menggabungkan kurikulum akademik dan agama
-
-
100
4.76
2.
Saya sangat berminat kerana di sekolah ini juga ada menjalankan aktiviti kokurikulum
2.2
4.4
93.4
4.34
3.
Saya sangat berminat kerana sekolah ini menggunakan kurikulum akademik Kementerian Pelajaran Malaysia
1.1
6.7
92.2
4.41
4.
Saya sangat berminat kerana pelajaran agama yang diajar di sekolah ini meliputi bidang Tauhid, Feqah,Sirah, Akhlaq, Tajwid, Bahasa Arab dan Al-Quran
-
-
100
4.76
5.
Saya sangat berminat kerana Sukatan Pelajaran di sekolah ini adalah terkini dan sering dipantau oleh pihak JAIS
2.2
13.3
84.5
4.26
6.
Saya suka kerana buku latihan untuk pelajar di sekolah ini adalah bermutu tinggi
6.6
37.8
55.6
3.66
7.
Saya suka kerana buku rujukan guru di sekolah ini juga sesuai dan berkualiti
4.4
37.8
57.8
3.69
8.
Saya sangat berminat kerana dengan kurikulum yang digunakan di sekolah ini dapat melahirkan pelajar yang cemerlang dari aspek akademik
2.2
18.9
78.9
4.07
Purata Min Keseluruhan
4.24
 
Jadual 4.53: Rumusan Dapatan Kajian Faktor-Faktor Yang Mendorong Ibu Bapa Menghantar Anak Ke SRAI BBB Daripada Aspek Kemudahan & Keselesaan
Bil
Nama Soalan
TS
%
TP
%
S
%
Min
1.
Saya sangat berminat kerana lokasi sekolah yang berhampiran dengan tempat tinggal saya
23.3
3.3
73.4
3.78
2.
Saya sangat berminat kerana kedudukan sekolah yang berhampir dengan tempat saya bekerja
30.0
5.6
64.4
3.57
3.
Saya sangat berminat kerana tidak perlu mengambil anak pada waktu tengahari
10.0
1.1
88.9
4.23
4.
Saya sangat sukakan sekolah ini kerana dapat menjimatkan masa dan tidak perlu menghantar anak ke sekolah agama di sebelah petang
5.6
1.1
93.3
4.44
5.
Saya sangat suka kerana menjimatkan kos perjalanan dengan hanya menghantar dan mengambil anak sekali sahaja untuk sehari
13.3
5.6
81.1
4.17
6.
Saya sangat berminat kerana masa pembelajaran murid lebih panjang di sekolah ini
15.5
12.2
72.3
3.81
7.
Saya sangat berminat kerana sekolah ini mempunyai kelengkapan prasarana yang bersesuaian
20
26.7
53.3
3.40
8.
Saya sangat berminat kerana di sekolah ini terdapat alatan sukan dan padang yang mencukupi untuk aktiviti kokurikulum
17.8
32.2
50
3.39
Purata Min Keseluruhan
3.84
 
Jadual 4.54: Rumusan Dapatan Kajian Faktor-Faktor Yang Mendorong Ibu Bapa Menghantar Anak Ke Sekolah SRAI Dari Aspek Iklim Dan Budaya Sekolah
Bil
Nama Soalan
TS
%
TP
%
S
%
Min
1.
Saya sukakan sekolah ini kerana mempunyai guru yang mahir dalam proses pengajaran & pembelajaran
11.1
24.4
64.5
3.61
2.
Saya sangat sukakan sekolah ini kerana mempunyai kakitangan yang ceria dan mesra pelanggan
14.4
32.2
53.5
3.40
3.
Saya dapati terjalinnya hubungan baik antara pihak sekolah dan ibu bapa pelajar di sekolah ini
2.2
16.7
81.1
3.91
4.
Saya sangat berminat kerana sikap warga sekolah yang prihatin dan komitmen dalam tugas
4.4
17.6
78.0
3.83
5.
Saya sangat berminat kerana pelajar sekolah ini diterapkan dengan budaya menghormati orang yang lebih tua
2.2
11.1
86.7
4.34
6.
Saya sangat berminat kerana di sekolah ini terdapat penekanan terhadap ibadat sunat seperti Solat Dhuha dan Bacaan Yasin
-
4.4
95.6
4.49
7.
Saya sangat berminat kerana lokasi sekolah ini yang strategik dapat menimbulkan suasana pembelajaran yang selesa
11.1
21.1
67.8
3.68
8.
Saya sangat berminat dengan sekolah ini kerana persekitarannya yang kondusif dan selamat
11.1
24.4
64.5
3.64
Purata Min Keseluruhan
3.83
 
Jadual 4.55: Rumusan Dapatan Kajian Faktor-Faktor Yang Mendorong Ibu Bapa Menghantar Anak Ke SRAI BBB Daripada Aspek Pengurusan Dan Pentadbiran Sekolah
Bil
Nama Soalan
TS
%
TP
%
S
%
Min
1.
Saya sangat setuju PIBG sekolah ini banyak memberi sumbangan dalam kemajuan sekolah
3.3
17.8
78.9
3.97
2.
Saya sangat setuju bahawa pengurusan pentadbiran sekolah ini cekap dan sistematik
11.1
37.8
51.1
3.50
3.
Saya sangat setuju ibu bapa amat mudah untuk berurusan dengan pihak pentadbiran di sekolah ini
5.6
18.9
75.5
3.81
4.
Saya sangat setuju sistem kutipan yuran di sekolah ini mudah dan teratur
10
15.6
74.4
3.72
5.
Saya sangat setuju bahawa sumber kewangan sekolah ini adalah kukuh & mencukupi
31.1
42.2
26.7
2.90
6.
Saya setuju bahawa kerjasama PIBG dengan pihak sekolah adalah sangat memuaskan
4.4
24.4
71.2
3.77
Purata Min Keseluruhan
3.61
 

Daripada keempat-empat jadual di atas, menunjukkan aspek kurikulum pada min keseluruhan yang tinggi iaitu 4.24, aspek kemudahan dan keselesaan pula pada min keseluruhan yang tinggi juga iaitu 3.84, aspek iklim dan budaya pula pada min keseluruhan yang tinggi juga iaitu 3.83 manakala aspek pengurusan dan pentadbiran sekolah pula berada pada min keseluruhan yang sederhana iaitu 3.61.

Bagi rumusan dapatan kajian mengikut aspek tahap kepuasan ibu bapa terhadap pencapaian pendidikan dan peningkatan sahsiah dalam diri anak mereka di SRAI BBB pula ditunjukkan dalam jadual 4.56 di bawah.

Jadual 4.56: Rumusan Dapatan Kajian Mengenai Tahap Kepuasan Ibu Bapa Terhadap Pendidikan Anak Mereka/strong>
Bil
Nama Soalan
TS
%
TP
%
S
%
Min
1.
Saya sangat gembira kerana anak saya yang bersekolah di sini pandai menghormati ibu bapa
2.2
8.9
88.9
4.11
2.
Saya sangat gembira kerana hubungan anak saya dengan adik beradik yang lain sangat baik
4.4
11.1
84.5
4.02
3.
Saya sangat gembira kerana anak saya di sekolah ini mesra dengan rakan-rakan dan jiran tetangga
6.7
14.4
78.9
3.91
4.
Saya sangat bangga kerana anak saya rajin mengerjakan solat di rumah
12.2
15.6
72.2
3.76
5.
Saya bangga kerana anak saya sangat rajin mengerjakan ibadah sunat
17.8
24.4
57.8
3.47
6.
Saya sangat bangga kerana anak saya rajin membaca Al-Quran di rumah
7.8
21.1
71.1
3.82
7.
Saya sangat bangga kerana penguasaan bacaan Al-Quran anak saya meningkat
-
10.0
90.0
4.17
8.
Saya sangat bangga kerana tahap pencapaian akademik anak saya meningkat dari masa ke semasa
5.6
15.6
78.8
3.97
Purata Min Keseluruhan
3.90
 

Min keseluruhan item yang diperolehi menerusi aspek kurikulum adalah 4.24 iaitu pada tahap yang tinggi. Ini menunjukkan ibu bapa bersetuju dengan kurikulum yang di gunakan di SRAI. Min keseluruhan item menerusi aspek kemudahan dan keselesaan pula adalah 3.84. Min ini juga pada tahap yang tinggi. Ini juga menunjukkan ibu bapa bersetuju dengan kemudahan dan keselesaan yang ada di SRAI.

Min keseluruhan item menerusi aspek iklim dan budaya sekolah pula adalah 3.83. Min pada tahap ini juga adalah tinggi. Ini juga menunjukkan ibu bapa juga bersetuju bahawa iklim dan budaya sekolah adalah baik. Bagi ketiga-tiga aspek yang disebutkan tadi mempunyai min yang tinggi maka dengan ini ianya menjadi faktor utama ibu bapa menghantar anak mereka ke SRAI.

Bagi min keseluruhan menerusi aspek pengurusan dan pentadbiran sekolah pula ia berada di tahap yang sederhana iaitu sebanyak 3.61. Ini menunjukkan terdapat jumlah yang kecil daripada ibu bapa yang tidak bersetuju dengan pengurusan dan pentadbiran sekolah. Akan tetapi jika diperhatikan min keseluruhan untuk bahagian B adalah 3.90 iaitu pada tahap yang tinggi dan min keseluruhan untuk bahagian C juga adalah 3.90 iaitu juga pada tahap yang tinggi. Rumusannya min keseluruhannya data adalah pada tahap yang tinggi iaitu 3.90.

4.6 Kesimpulan

Dalam Bab IV ini, dikemukakan tentang dapatan kajian yang telah dilakukan. Hasil kajian dianalisis mengikut bahagian-bahagian tertentu berdasarkan objektif yang dibentuk.

Setiap bahagian yang dikaji, dianalisis mengikut min, peratus dan kekerapan. Jadual dibina untuk memudahkan analisis keseluruhan kajian. Hasil dapatan analisis yang dilakukan akan membantu pengkaji untuk membuat rumusan, kesimpulan dan cadangan pada bab yang seterusnya iaitu Bab V.

BAB V
PERBINCANGAN, RUMUSAN DAN CADANGAN

5.1 Pendahuluan

Bab ini secara keseluruhannya membincangkan dapatan kajian yang berhubungan dengan tajuk iaitu faktor-faktor yang mendorong ibu bapa menghantar anak mereka ke Sekolah Rendah Agama Integrasi, Bandar Baru Bangi (SRAI BBB). Fokus kajian adalah faktor-faktor pendorong tersebut dari aspek kurikulum yang digunakan, kemudahan dan keselesaan yang ada di sekolah tersebut, iklim dan budaya di sekolah tersebut, corak pentadbiran dan pengurusan pihak sekolah dan juga tahap kepuasan ibu bapa terhadap pencapaian pendidikan anak-anak mereka. Dapatan kajian diperolehi adalah hasil latar belakang masalah dan objektif yang tertera di dalam bab I. Keseluruhan huraian dalam bab ini berdasarkan dapatan dan soal selidik yang terdapat dalam bab IV seterusnya terdapat cadangan kajian lanjutan bagi pihak yang ingin menjalankan kajian selanjutnya dalam bab ini.

5.2 Perbincangan

Perbincangan dalam bab ini adalah berkisarkan analisis data yang terdapat dalam bab IV iaitu merangkumi 3 persoalan kajian sebagaimana dalam bab I. Persoalan tersebut adalah:

  1. Apakah faktor-faktor yang mendorong ibu bapa menghantar anak mereka ke Sekolah Rendah Agama Integrasi SRAI.
  2. Apakah faktor utama yang menjadi pendorong ibu bapa menghantar anak mereka ke SRAI.
  3. Sejauhmanakah tahap kepuasan ibu bapa terhadap pencapaian pendidikan dan peningkatan sahsiah dalam diri anak-anak mereka.

5.3 Bahagian A: Latar Belakang Responden

Daripada data yang diperolehi bilangan responden adalah seramai 90 orang dan jumlah populasi seramai 144 orang. Responden adalah terdiri daripada ibu bapa pelajar tahun 6 sahaja. Analisis data yang telah dibuat menunjukkan seramai 46 orang adalah responden lelaki dan 44 orang responden adalah perempuan. Maklumat tersebut sebagaimana yang ditunjukkan dalam jadual 5.1 dan carta bar 5.1 di bawah.

Jadual 5.1: Taburan Responden Mengikut Jantina
Kekerapan
Peratus
Lelaki
46
51.1
Perempuan
44
48.9
Jumlah
90
100
 
Carta Bar 5.1
 

Dalam soal selidik pengkaji ada memasukkan anggaran jarak sekolah dari rumah. Ini adalah bertujuan untuk mengetahui peratusan pelajar yang jaraknya sama ada jauh atau dekat. Pengkaji juga memikirkan adakah dengan perbezaan jarak tersebut menjadi faktor yang penting bagi ibu bapa memilih SRAI. Jarak rumah diantara 1 hingga 10 kilometer adalah peratus yang tertinggi iaitu 72.2 % berbanding jarak 11 kilometer hingga 21 kilometer iaitu 24.4 % dan jarak 21 hingga 30 kilometer pula adalah 3.3 % sahaja. Oleh sebab yang demikian menunjukkan faktor jarak yang hampir dengan sekolah adalah salah satu sebab ibu bapa berminat menghantar anak mereka ke SRAI.

Bagi soalan 3 iaitu faktor umur pula, peratus yang tertinggi adalah ibu bapa yang berumur diantara 34 hingga 44 tahun iaitu sebanyak 76.7 %. Umur 45 hingga 55 tahun 20.0 % sahaja yang menjadi responden. Dengan ini menunjukkan ibu bapa pelajar tahun 6 di SRAI ini adalah mereka yang dalam usia sederhana yang kebanyakan dalam usia begini adalah bagi mereka yang masih bekerja. Ini boleh dijadikan faktor usia yang masih bekerja ini menyebabkan ibu bapa menghantar anak ke SRAI dengan sebab waktu belajar di sini adalah lebih panjang dan memudahkan ibu bapa untuk menjemput dan mengambil anak daripada sekolah.

Mejoriti ibu bapa yang menjadi responden adalah mereka yang bekerja dengan kerajaan iaitu 50 %, diikuti swasta 31.1 %, bekerja sendiri 10 %, berniaga 5.6 % dan lain-lain 3.3 % sahaja. Bagi soalan item pendapatan bulanan pula peratus tertinggi adalah mereka yang berpendapatan RM 4000 ke atas iaitu 34.4 % berbanding 31.1 % perpendapatan RM 1000 hingga RM 2500, 27.8 % mereka yang berpendapatan RM 2500 hingga RM 4000. Mereka yang berpendapatan dibawah RM 1000 adalah sedikit iaitu hanya 6.7 % sahaja. Ini menunjukkan bahawa kebanyakan ibu bapa pelajar adalah berpendapatan timggi. Pelajar di SRAI ini tidak boleh menjadikan alasan miskin atau serba kekurangan untuk mereka maju dalam menuntut ilmu.

Untuk item taraf pendidikan pula sebanyak 54.4 % ibu bapa yang berkelulusan ijazah iaitu peratus yang tertinggi berbanding kelulusan diploma 15.6 %, SPM 17.8 % dan STPM 12.2 %. Dengan data ini menunjukkan ibu bapa pelajar tahun 6 di SRAI ini adalah mereka yang berpendidikan tinggi. Dengan sebab demikianlah mereka juga akan menginginkan anak mereka berpendidikan tinggi. SRAI juga adalah merupakan sekolah pilihan ibu bapa di sini kerana bagi pelajar yang ingin belajat di sekolah ini akan ditapis iaitu di kehendaki lulus ujian kemasukan terlebih dahulu.

Ibu bapa pelajar tahun 6 di SRAI juga kebanyakannya berlatar belakang kan pendidikan aliran Kebangsaan iaitu 73.3 % berbanding 25.6 % yang berpendidikan aliran agama. Oleh sebab itu mereka berminat untuk pendidikan anak mereka yang menggabungkan kurikulum akademik dan kurikulum agama.

5.4 Bahagian B: Faktor-Faktor Yang Mendorong Ibu Bapa Menghantar Anak Mereka Ke Sekolah Rendah Agama Integrasi

Bagi katogeri ini faktor kurikulum menunjukkan responden memberikan maklumbalas yang positif. Daripada analisis soal selidik pada bahagian B didapati sebahagian besar responden memberikan jawapan yang positif bagi soalan 1 hingga 4. Jumlah peratus yang tertinggi dengan pilihan sangat setuju adalah bagi soalan 1 dan 4 iaitu (75.6 %) yang berkaitan dengan faktor gabungan kurikulum yang digunakan dan juga mata pelajaran agama yang di pelajari di sekolah tersebut. Walau sebaik mana pun kurikulum yang digunakan, pengurusan kurikulum itu hendaklah di jadikan agenda utama oleh pengetua dan guru besar dalam aktiviti harian di sekolah.

Dapatan Ini bertepatan dengan pendapat Alimuddin Md Dom, Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia (Bahagian Sekolah) dalam Portal Pendidikan Utusan Malaysia melalui laman web http://www.tutor.com.my bertajuk Pengurusan Kurikulum Berkesan (8 September 2007: 11.00 pagi) ada menyebut “Pengurusan kurikulum yang baik dan teratur akan dapat membantu guru-guru melaksanakan tugas pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah dengan lebih berkesan. Keperluan mendapatkan maklumat peningkatan pencapaian akademik pelajar dan aktiviti pemantauan kepada pengajaran guru perlu diberi keutamaan oleh pengetua dan guru besar dalam melaksanakan tugasan hariannya. Dengan adanya maklumat dan data yang lengkap akan memudahkan pengetua dan guru besar merancang, melaksana dan menilai program serta aktiviti yang dilakukan oleh guru dan pelajar.”

Bagi soalan ke 5 responden bersetuju dengan sukatan pelajaran terkini JAIS iaitu sebanyak 43.3 % yang memilih sangat setuju dan 41.1 % memilih setuju berbanding peratus yang rendah bagi pilihan jawapan tidak setuju dan tidak pasti. Nilai min bagi soalan ini adalah sebanyak 4.26. Bagi soalan 6 pula peratus jawapan responden yang tertinggi adalah pada jawapan tidak pasti iaitu sebanyak 37.8 %. Ini menunjukkan responden lebih ramai yang tidak mengetahui tentang buku latihan yang digunakan oleh pelajar di sekolah tersebut. Diikuti 36.7 % responden yang bersetuju dengan buku latihan yang digunakan adalah bermutu tinggi. Nilai min bagi soalan ini pulan adalah 3.66.

Bagi soalan ke 7 dan ke 8 pula responden memilih jawapan setuju adalah peratus tertinggi iaitu 41.1% dengan nilai min 3.69 bersetuju dengan buku rujukan guru adalah berkualiti manakala 48.9 % dan nilai min 4.07 bersetuju dengan kurikulum yang digunakan dapat melahirkan pelajar yang cemerlang akademiknya. Penggunaan kurikulum yang baik akan dapat melahirkan pelajar yang cemerlang. Dapatan ini adalah menyokong pendapat Kamaruddin Haji Hussin, (1994) yang menyatakan bahawa kurikulum atau pun skop kandungan sesuatu pelajaran adalah asas penting dalam sistem pendidikan sesebuah negara. Sebagai sebuah negara yang sedang pesat membangun, Malaysia memerlukan suatu kurikulum yang kemas dan sesuai untuk mewujudkan sistem pendidikan yang dinamik serta selaras dengan cita-cita dan kehendak negara.

Dalam faktor Kemudahan dan Keselesaan, soalan 11, 12 dan 13 adalah item soalan yang memperolehi peratus yang tertinggi bagi jawapan responden memilih sangat setuju. Peratus bagi soalan ini adalah mencecah 50 % ke atas berbanding soalan yang lain. Ini menunjukkan responden sangat bersetuju bahawa mereka sangat berminat dengan SRAI kerana tidak perlu menjemput anak pada waktu tengahari untuk menghantar ke sekolah agama di sebelah petang. Ibu bapa juga sangat setuju dengan yang demikian akan menjimatkan masa dan kos perjalanan mereka sebagaimana yang dikehendaki oleh soalan 12 dan 13.

Bagi soalan 11, didapati sebanyak 50 % dengan nilai min 4.23 responden yang sangat bersetuju dengan faktor tidak perlu mengambil anak pada waktu tengahari. Bagi soalan 12 pula sebanyak 56.7 % dan nilai min 4.44 responden yang sangat bersetuju ianya akan dapat menjimatkan masa kerana tidak perlu mengambil anak pada waktu tengahari. Bagi soalan 13 pula sebanyak 51.1 % dengan nilai min 4.17 juga sangat bersetuju ianya akan dapat menjimatkan kos perjalanan harian ibu bapa. Aspek kemudahan dan keselesaan inilah yang merupakan kehendak masyarakat. Sesuatu pendidikan itu akan berterusan adalah dengan memastikan matlamat dan kehendak masyarakat itu dipenuhi atau sebaliknya. Hilda Taba (1962 : 24) menyatakan:

“It is not an easy task to establish what demands society makes on education and what contribution education can or should make to culture, especially in a complex society in which vast and rapid changes are occuring.”

Penilaian atau kajian berterusan adalah diperlukan untuk memastikan matlamat dan kehendak masyarakat terhadap pendidikan benar-benar terlaksana. Misalnya dalam masyarakat industri, pendidikan harus mempunyai strategi terhadap ciri-ciri ekonomi, politik, sosial dan budaya masyarakat tersebut. Dalam masyarakat pertanian pula, ciri-ciri kurikulumnya adalah berbeza. Pendapat inilah yang membantu menguatkan faktor kemudahan dan keselasaan sekolah yang menjadi kehendak masyarakat.

Bagi soalan 15 iaitu mengenai kelengkapan prasarana sekolah dan soalan 16 mengenai peralatan dan tempat untuk kokurikulum pula menunjukkan jumlah min yang sederhana iaitu 3.40 bagi soalan 15 dan 3.39 bagi soalan 16. Ini menunjukkan ibu bapa di SRAI memahami akan prasarana, kelengkapan dan kekurangan di SRAI. Sekolah yang tidak lengkap prasarana adalah sekolah yang mundur di zaman kemajuan teknologi kini. Sistem pendidikan sekarang hendaklah seiring dengan perkembangan kemajuan sain dan teknologi. Ibu bapa disarankan agar membantu pihak sekolah supaya tidak ketinggalan daripada kemajuan teknologi kini.

Kenyataan di atas jelas menyokong pendapat oleh Ee Ah Meng (1995) bahawa perkembangan teknologi telah membawa perubahan yang pesat pada kehidupan manusia di muka bumi ini. Oleh itu perkembangan pendidikan haruslah sejajar dengan pembangunan negara dan perkembangan dunia. Kandungan kurikulum pendidikan perlu menitikberatkan mata pelajaran sains dan kemahiran teknik atau vokasional kerana tenaga kerja yang mahir diperlukan dalam zaman yang berteknologi dan canggih ini.

Bagi Faktor Iklim dan Budaya Sekolah pula mejoriti responden bersetuju dengan iklim dan budaya sekolah yang baik. Ini dapat dilihat daripada peratus yang memilih setuju adalah melebihi 50 % kesemua soalan yang mengandungi 8 item. Soalan 17, sebanyak 54.4 % dengan nilai min 3.61 responden menjawab setuju bahawa guru di SRAI adalah mahir dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Bagi soalan 18 pula sebanyak 51.1 % dengan nilai min 3.40 sukakan sekolah ini kerana kakitangan yang ceria dan mesra pelanggan. Bagi soalan 19 pula ianya mendapat peratus yang tertinggi diantara soalan-soalan yang lain iaitu sebanyak 68.9 % dengan nilai min 3.91. Ini menunjukkan responden setuju bahawa terjalinnya hubungan baik diantara warga sekolah dengan ibu bapa pelajar. Bagi soalan 20 responden setuju bahawa sikap warga sekolah adalah prihatin dan penuh komitmen dalam tugas mereka. Ini dapat diketahui dengan melihat peratus bagi soalan ini iaitu sebanyak 66.7 % dengan nilai minnya 3.83.

Bagi soalan 25 hingga 30 iaitu untuk soalan PIBG banyak memberi sumbangan kepada sekolah sebanyak 57.8 % memilih bersetuju, iaitu peratus tertinggi, bersetuju bahawa min iaitu 3.97. Bagi soalan kakitangan SRAI yang ceria dan mesra pelangga sebanyak 40 % memilih setuju dengan nilai min 3.50. Terdapat juga ibu bapa yang kurang peka dengan memilih jawapan tidak pasti dengan peratusnya sebanyak 37.8 % berkenaan soalan kaki tangan SRAI yang ceria dan mesra pelanggan.

Sebanyak 64.4 % ibu bapa pelajar tahun 6 SRAI bersetuju bahawa hubungan baik pihak warga sekolah dengan ibu bapa pelajar. Ini adalah peratus yang tertinggi berbanding peratus lain yang semuanya di bawah 19.0 % untuk pilihan jawapan yang selainnya.

5.5 Faktor-Faktor Pendorong Yang Menjadi Faktor Utama

Merujuk kepada semua faktor-faktor yang telah disebutkan tadi terdapat beberapa faktor-faktor yang memperolehi purata min keseluruhan yang di tahap tinggi. Faktor-faktor tersebut adalah faktor kuirkulum, faktor kemudahan dan keselesaan dan faktor iklim dan budaya sekolah. Purata min yang diperolehi adalah seperti berikut 4.24 untuk faktor kurikulum, 3.84 untuk faktor kemudahan dan keselesaam dan 3.83 untuk faktor iklim dan budaya sekolah. Faktor-faktor yang purata minnya tinggi inilah yang menjadi faktor utama ibu bapa menghantar anak mereka ke SRAI. Bagi faktor pengurusan dan pentadbiran sekolah pula memperolehi purata min yang sederhana iaitu 3.61. Min keseluruhan faktor-faktor tersebut adalah pada tahap yang tinggi iaitu 3.90.

5.6 Tahap Kepuasan Ibu Bapa Terhadap Pencapaian Pendidikan Dan Peningkatan Sahsiah Dalam Diri Anak-Anak Mereka.

Merujuk kepada analisis data bagi aspek tahap kepuasan ibu bapa terhadap pendidikan anak mereka, sebanyak 64.4 % memilih bersetuju, 24.4 % sangat setuju, 8.9 % tidak pasti dan 2.2 % tidak setuju bahawa mereka gembira yang anak mereka pandai menghormati ibu bapa. Bagi soalan hubungan anak mereka baik dengan adik beradik lain pula sebanyak 62.2 % memilih setuju, 22.2 % sangat setuju, 11.1 % tidak pasti dan 4.4 % tidak setuju. Soalan 3 dalam bahagian ini pula iaitu berkenaan hubungan mesra dan baik anak mereka dengan rakan-rakan dan jiran sebanyak 60.0 % memilih setuju berbanding 18.9 % bagi yang sangat setuju, 14.4 % yang tidak pasti dan sebqanyak 6.7 % memilih tidak setuju.

Jika dilihat daripada ketiga-tiga soalan tersebut yang menjurus kepada persoalan tentang hubungan baik anak mereka dengan ibu bapa, adik beradik, rakan-rakan dan jiran tetangga adalah menunjukkan peratus yang tinggi iaitu melebihi 50.0 % menjawab setuju. Oleh sebab yang demikian itu dapatlah di ambil kesimpulan bahawa ibu bapa bersetuju dengan pendidikan agama dan penerapan nilai-nilai murni yang ada dipelajari di SRAI. Dapatan ini menyokong pendapat Mohammad Nor (1990); Kamaruddin Hj. Husin (1994) yang menyatakan negara telah mewujudkan Falsafah Pendidikan Negara yang bertujuan memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang harmonis dan seimbang dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani.. Dengan itu perkembangan kurikulum harus sejajar dengan perubahan sosial agar nilai-nilai murni dalam diri individu tidak pupus ditelan arus pembangunan.

Bagi soalan 4, 5 dan 6 pula adalah soalan-soalan yang lebih menjurus kepada ingin melihat sikap rajin anak mereka seperti rajin mengerjakan solat, rajin mengerjakan ibadat sunat dan rajin membaca Al-Quran. Daripada analisis data yang diperolehi mendapati bahawa ketiga-tiga soalan ini memperolehi peratus yang agak tinggi iaitu 56.7 %, 50.0 % dan 52.2 % bagi pilihan jawapan ibu bapa yang setuju dengan kerajinan dalam diri anak mereka. Peratus ini amat berbeza sekali dengan pilihan jawapan lain yang keseluruhannya tidak terdapat peratus yang mencecah 25.0 %. Dengan ini dapat diambil kesimpulan bahawa tahap kepuasan ibu bapa agak tinggi dalam aspek kerajinan anak mereka kepada melakukan ibadat-ibadat. Dapatan ini bertepatan sekali dengan ayat Al-Quran (Surah Al- Ankabut: 45) berbunyi:

45

al Ankabut: 45

Maksudnya: Bacalah serta Ikutlah (Wahai Muhammad) akan apa Yang diwahyukan kepadamu dari Al-Quran, dan dirikanlah sembahyang (dengan tekun); Sesungguhnya sembahyang itu mencegah dari perbuatan yang keji dan mungkar; dan Sesungguhnya mengingati Allah adalah lebih besar (faedahnya dan kesannya; dan (ingatlah) Allah mengetahui akan apa yang kamu kerjakan.

Dalam ayat di atas menyebut sembahyang itu akan mencegah daripada perbuatan keji dan mungkar. Dengan sembahyang juga adalah lebih besar faedah dan kesannya. Oleh sebab demikianlah terdapatnya pendekatan ibadat diterapkan untuk pelajar-pelajar SRAI terutamanya ibadat-ibadat fardhu seperti sembahyang berjamaah. Daripada analisis yang diperolehi ternyata ibu bapa sangat bersetuju tentang kerajinan anak mereka melakukan solat walaupun terdapat juga sebahagian kecil ibu bapa yang tidak pasti anak mereka rajin melakukan ibadat sunat.

Seterusnya bagi soalan 7 dan 8 bagi aspek kepuasan ibu bapa ini peratus yang diperolehi adalah tinggi juga iaitu melebihi 50.0 %. Soalan 7 mengenai penguasaan bacaan Al-Quran anak mereka manakala soalan 8 adalah berkenaan tahap pencapaian akademik anak meraka. Peratus bagi kedua-dua soalan ini adalah 63.3 % dan 55.6 % yang memilih setuju berbanding dengan peratus yang memilih jawapan lain hanya dibawah 26.6 % sahaja. Oleh sebab yang demikian ini dapat di ambil kesimpulan bahawa ibu bapa pelajar tahun 6 di SRAI ini berpuas hati dengan tahap pencapaian akademik dan sahsiah diri anak mereka diikuti 26.7 % sangat setuju penguasaan bacaan Al-Quran anak mereka meningkat serta 23.3 % sangat setuju pencapaian akademik anak mereka juga meningkat.

5.7 Rumusan

Berdasarkan dapatan dan perbincangan di atas, dapat diambil kesimpulan bahawa:

  1. Kebanyakan ibu bapa bersetuju kurikulum yang digunakan di SRAI ini adalah menepati kehendak dan citarasa pendidikan yang mereka ingini. Ibu bapa juga berminat kerana sekolah ini menggabungkan kurikulum agama dan akademik. Mereka inginkan anak mereka tidak ketinggalan daripada kedua-dua aliran ini.
  2. Dari sudut kemudahan dan keselesaan sekolah pula ramai ibu bapa yang bersetuju di sebabkan lokasi sekolah yang berhampiran dengan tempat tinggal dan tempat mereka. Selain itu waktu pengajian pelajar lebih panjang. Dengan ini memudahkan menghantar dan menjimatkan masa mereka yang kebanyakan adalah ibu bapa yang bekerja.
  3. Iklim dan budaya sekolah pula adalah baik dan memuaskan dari sudut sikap warga sekolahnya, suasana persekitarannya dan hubungan baik antara guru denagn ibu bapa. Dengan iklim yang menggalakkan ini akan dapat membantu meningkatkan kemajuan sekolah dan dapat melahirkan pelajar yang menjadi idaman semua ibu bapa di sekolah ini.
  4. Tahap kepuasan ibu bapa juga menunjukkan min yang tinggi. Ini menunjukkan ibu bapa pelajar tahun 6 di SRAI adalah berpuas hati dengan pendidikan yang di jalankan oleh pihak sekolah terhadap anak-anak mereka. Hanya sedikit sahaja yang menunjukkan min yang sederhana iaitu ibu bapa masih tidak setuju dan ada yang tidak pasti bahawa anak mereka rajin mengerjakan ibadat sunat.

5.8 Cadangan

Berdasarkan kepada hasil perbincangan dan rumusan kajian yang telah dinyatakan, penyelidik ingin mengemukakan beberapa cadangan yang difikirkan sesuai untuk diambil tindakan oleh pihak tertentu. Semoga ianya dapat membantu ibu bapa, pihak pentadbiran sekolah dan yang berkenaan khususnya pihak BPI JAIS untuk memastikan bahawa sistem pendidikan di negara kita ini adalah antara yang terbaik di dunia dan kita bukanlah dikategorikan ketinggalan kemajuan teknologi terkini sekiranya menggabungkan pendidikan akademik dan pendidikan agama.

5.8.1 Bahagian Pendidikan Islam, Jabatan Agama Islam Selangor

Berikut merupakan cadangan-cadangan yang diutarakan oleh penyelidik kepada BPI JAIS iaitu:

  1. Pihak BPI JAIS hendaklah sentiasa peka dengan kekurangan yang terdapat di SRAI sama ada daripada sudut kelengkapan prasarana dan juga tenaga pengajar.
  2. BPI JAIS juga khususnya Unit Kurikulum, disarankan agar sentiasa memantau kurikulum, sukatan pelajaran, kokurikulum dan hal ehwal murid di SRAI agar tidak ketinggalan dalam bidang pendidikan selaras dengan yang di sarankan oleh KPM.

5.8.2 Guru-Guru SRAI

Berikut adalah merupakan cadangan yang diutarakan kepada guru-guru SRAI BBB iaitu:

  1. Guru-guru di SRAI disarankan agar dapat meningkatkan lagi mutu kerja mereka. Dengan mutu kerja yang berkualiti akan dapat melahirkan pelajar yang berkualiti juga.
  2. Guru-guru SRAI juga disarankan agar turut memberikan kerjasama dengan pihak pentadbiran sekolah untuk menangani apa juga masalah yang timbul dan bersama meningkatkan kauliti pendidikan agar dapat melahirkan insan yang seimbang daripada sudut jasmani, emosi, rohani dan intelek.

5.8.3 Sokongan Ibu Bapa

Berikut adalah merupakan cadangan yang diutarakan kepada ibu bapa pelajar SRAI BBB iaitu:

  1. Ibu bapa juga disarankan agar sentiasa bersama membantu guru mengambil berat tentang pendidikan anak mereka. Ibu bapa tidak boleh bersikap lepas tangan dan menyerahkan keseluruhan urusan persekolahan anak mereka kepada guru.
  2. Ibu bapa juga diharapkan dapat memberikan sokongan dan bantuan kepada pihak sekolah sekiranya diperlukan sama ada berupa tenaga mahupun wang ringgit.

5.8.4 Pihak Pengurusan dan Pentadbiran SRAI

Berikut adalah merupakan cadangan yang diutarakan kepada pihak pengurusan dan pentadbiran SRAI BBB iaitu:

  1. Pihak pengurusan sekolah hendaklah bersikap terbuka dengan segala teguran yang diterima dan bijak menangani segala masalah yang timbul.
  2. Pihak pengurusan sekolah juga hendaklah sentiasa prihatin dengan kekangan masa, peralatan, keperluan, kelengkapan dan sebagainya yang dihadapi oleh guru dalam melaksanakan sesuatu kerja yang arahkan.
  3. Pihak pengurusan sekolah juga hendaklah peka dengan kebajikan pelajar dan lebih-lebih lagi kebajikan guru. Kerana kita sedia maklum bahawa terdapat juga pelajar yang datang daripada keluarga yang sederhana. Guru pula terdiri daripada empat kategori iaitu guru DGA 29, DB 27, Guru Sandaran dan Guru Fardhu Ain.
  4. Pihak pengurusan juga disarankan agar peka dengan kemajuan teknologi kini agar pendidikan yang disampaikan itu tidak ketinggalan dengan kemajuan teknologi. Dalam pengajaran dan pembelajaran juga hendaklah menggunakan pendekatan sains dan teknologi walaupun sedikit agar dapat seiring dengan kemajuannya.

5.9 Cadangan Kajian Lanjutan

Tujuan kajian ini dijalankan adalah bagi memastikan apakah faktor yang mendorong ibu bapa menghantar anak mereka ke SRAI dan sejauhmana kepuasan mereka terhadap pendidikan anak mereka. Berikut merupakan cadangan yang dikemukakan oleh pengkaji sebagai panduan untuk masa akan datang iaitu:

  1. Bilangan sampel hendaklah dibesarkan dan menyeluruh agar hasil kajian mempunyai kesahan dan kebolehpercayaan yang tinggi.
  2. Menambah item soalan soal selidik seperti daripada aspek syarat kemasukan ke sekolah ini, mempelbagaikan lagi kaedah pengajaran dan pembelajaran yang bersesuaian dengan teknologi kini.
  3. Mempelbagaikan lagi kaedah penyelidikan seperti pemerhatian, temubual atau kajian kes yang lebih spesifik.

5.10 Penutup

Faktor ibu bapa memilih menghantar anak mereka ke SRAI ini banyak tertumpu kepada kemudahan dan keselesaan bagi semua pihak. Tidak hanya kepada ibu bapa sahaja malah guru dan pelajar juga adalah berperanan amat penting. Mereka haruslah bersama berganding tangan untuk kemajuan sistem pendidikan di Negara kita. Walaupun ibu bapa mempunyai hak ke atas pendidikan anak mereka kerana mereka berkuasa untuk memindahkan sekolah anak mereka atau memilih sekolah mana yang mereka kehendaki, akan tetapi itu bukanlah cara yang terbaik untuk kemajuan pendidikan anak-anak bangsa kita.

RUJUKAN

Al-Quran al-Karim.

Adnan Yusopp. (2002). Kurikulum Baru Pendidikan Islam Kementerian Pendidikan Malaysia Menghadapi Era Globalisasi. Prosiding Wacana Pendidikan Islam Siri 1. Fakulti Pendidikan UKM.

Arjuna @ Mohd Noor Yunus. (1992). Siri Nota Lengkap Pelang. Sejarah Islam STPM. Johor Bahru: Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd.

Boon Pong Ying dan Ragbir Kaur. (1998). Psikologi II (semester II). Shah Alam: Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd.

Datuk Dr. Syed Othman Alhabshi. (1-2 September 2001). Dasar Dan Pelaksanaan Sistem Pendidikan Kebangsaan. Kertas Kerja Kongres Pendidikan Melayu. PWTC, Kuala Lumpur.

Dr. Hanafi Ismail. (2003). 7 Cabaran Menjadi Pelajar Cemerlang. Kuala Lumpur: Al-Hidayah Publishers.

Haji Abd Majid b. Haji Omar. (2002). Persiapan Menghadapi Persekolahan. Koleksi Khutbah Jumaat Jilid 6. (Jabatan Mufti Negeri Selangor). Terbitan Bahagian Pengurusan Masjid, Jabatan Agama Islam Selangor Darul Ehsan.

Haji Abd Majid b. Haji Omar. (2002). Pendidikan Rohani, Jasmani yang Berterusan dan Seimbang. Koleksi Khutbah Jumaat Jilid 6. (Jabatan Mufti Negeri Selangor). Terbitan Bahagian Pengurusan Masjid, Jabatan Agama Islam Selangor Darul Ehsan.

Hussein Mahmud. (1992). Kepimpinan Dan Keberkesanan Sekolah. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Kamaruddin Hj Husin. (1989). Pedagogi 3. Kuala Lumpur: Longman Malaysia.

Mansor Ramli. (2002). Kurikulum Pendidikan Islam Negeri Selangor Darul Ehsan. Prosiding Wacana Pendidikan Islam Siri 1. Fakulti Pendidikan UKM.

Mazanah Muhamad dan Carter, G.L. (2000). Perinsip Pembelajaran Orang Dewasa. Kuala Lumpur: Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd.

Mizan Adiliah Ahmad Ibrahim. (2001). Pengurusan Perkhidmatan Personalia Murid. Shah Alam: Cerdik Publications Sdn. Bhd.

Mohamad Najib Abdul Ghafar. (1999). Penyelidikan Pendidikan. Skudai: Universiti Teknologi Malaysia.

Mohd Majid Konting. (1993). Kaedah Penyelidikan Pendidikan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Mohd Sani Hj. Ibrahim. (2000). Kegiatan Salah Laku Di Kalangan Pelajar-Pelajar Sekolah Menengah Luar Bandar. Tinjauan Di Sekolah Menengah Dato’ Idris, Pantai Remis, Perak. Kursus Sijil Perguruan Khas 1 Tahun. Institut Perguruan Darul Aman (IPDA). Kajian Ilmiah.

Mok Soon Sang. (1991). Pendidikan di Malaysia. Siri Pendidikan Perguruan. Kuala Lumpur: Kumpulan Budiaman Sdn. Bhd.

Noresah Baharom. (Ed.) (2002). Kamus Dewan Edisi Ketiga. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa Dan Pustaka.

Norinah binti Abdul Rahman (2007). Sensitiviti Masyarakat Islam Terhadap Pemilihan Makanan Halal Dalam Kehidupan Harian. Universiti Teknologi Malaysia. Projek Sarjana Muda.

Shahrin Awaluddin, Mohd Isa Hamzah dan Nasri Jajuli. (2002). Kemudahan Asas Sekolah Rendah Agama Negeri Selangor: Satu Tinjauan Di Daerah Kelang. Prosiding Wacana Pendidikan Islam Siri 1. Fakulti Pendidikan UKM.

Siti Razinah binti Elias. (2005). Pelaksanaan Kurikulum Baru Sekolah Agama (KBSA): Kajian Di Sekolah Agama Taman Dahlia, Johor Bahru. Universiti Teknologi Malaysia. Projek Sarjana Muda.

Sufean Hussein. (1993). Pendidikan di Malaysia: Sejarah, Sistem dan Falsafah. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Taba. Hilda. (1962). Curriculum Development — Theory & Practise. New York: Harcourt, Brace and World.

http//www.emoe.gov.my/

http://www.jais.net/

http://www.tutor.com.my/

Responses

  1. […] Kenapa SRAI BBB Posted by: Gurindam Jiwa | July 27, 2008 […]

  2. satu kajian yang baik dan amat berguna bagi ibu bapa yang ingin menghantar anak bersekolah di SRAI BBB. TERIMAKASIH.

  3. pada tarikh ini saya berjaya membaca satu kajian yang membantu saya memahami SRAI. Alhamdulillah..smoga Allah membalas jasa baik kalian ..

    Syukran jazilan.

  4. semoga kajian ini memberi impak yg amat berguna untuk semua pihak


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 646 other followers

%d bloggers like this: