Posted by: Gurindam Jiwa | Monday, June 20, 2005

Pantun Hari Ini

Ini dipetik dari siaran radio KLFM pagi tadi, sumbangan Sahabat KLFM:

Pergi Sabah naik basikal,
    Naik basikal pergi Sabah;
Sungguh tidak masuk di akal,
    Naik basikal pergi Sabah.

Responses

  1. pergi ke mekah naik kuda,
        naik kuda pergi ke mekah,
    hanya soalan ringkas yang ku ada!
        basikal tu boleh terbang kah?

    masuk masjid pakai kopiah,
        kopiah pula dilitupi serbang,
    so, jawapan tu tak hairanlah,
        kalau basikal tu boleh terbang.

  2. Pakai kopiah berbalut serbang,
        Basikal kuda usah dikira;
    Bulatkan hati usah di timbang,
        Do’akan bulang jatuh ke riba.

  3. [deleted expletive] awak sume

  4. dua 3 kucing belari,
    4,5 saya bole cari
    itu 6,7,8,9 cari sendiri,
    wa mo balik rumah ambil lori,…..

    mentari merah d ufuk timur,
    mata mu merah d tumbuk timur….
    hahahahaha…….

    Izad dari Subang Jaya yang saya kasihi,

    Yang kurik itu kendi,
        Yang merah itu saga;
    Yang baik itu budi,
        Yang indah itu bahasa.

    Penuh teksi muatan sarat,
        Muda perkasa tongkak kemudi;
    Hina besi kerana karat,
        Hina manusia tidak berbudi.

    Cakap siang pandang pandang,
        Kerana pulut santan binasa;
    Kata tidak boleh didagang,
        Kerana bahasa jiwa bangsa.

  5. pergi sarawak naik kapal
    naik kapal pergi sarawak
    apa pula tak masuk akal
    itu kan basikal awak.

    Langkah bendul tangkap todak,
        Dara sunti menganyam raga;
    Memang betul cakap awak,
        Saya ini memang pelupa.


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Categories

%d bloggers like this: