Posted by: Gurindam Jiwa | Friday, April 7, 2006

Borang Ujian Kelayakan Masuk Tahun 1 SRAI BBB 2007

Sekolah Rendah Agama Integrasi
Bandar Baru Bangi
Negeri Selangor

Borang Ujian Kelayakan Masuk Tahun 1 Sessi Persekolahan 2007 &
Maklumat-Maklumat Persekolahan

Maklumat Pengambilan Murid
Sek. Ren. Agama Integrasi
Negeri Selangor

  1. Borang Ujian Kelayakan Masuk Sek. Ren. Agama Integrasi Negeri Selangor bagi sessi persekolahan tahun 2007 mula dibuka pada 3 April 2006–26 April 2006 dan boleh didapati di pejabat sekolah.
  2. Borang tersebut hanya layak diisi oleh calon yang lahir pada tahun 2000.
  3. Borang yang telah lengkap diisi hendaklah dikembalikan sebelum atau pada 28 April 2006 ke pejabat sekolah. Borang yang tidak lengkap dan dihantar lewat dari tarikh tersebut tidak akan diterima.
  4. Ujian Kelayakan Masuk akan diadakan pada 20 Mei 2006 (Sabtu) dari jam 8:30 hingga 10:30 pagi.
  5. Soalan-soalan Ujian Kelayakan Masuk diadakan secara bertulis meliputi asas bagi mata pelajaran Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Bahasa Arab, Jawi, dan Matematik.
  6. Keputusan Ujian bagi yang berjaya dan gagal akan dipamerkan di papan kenyataan pada 29 Mei 2006. Keputusan adalah muktamad.
  7. Calon-calon yang berjaya dalam ujian kelayakan hendaklah membuat pengesahan pendaftaran mulai 1 Ogos–30 Ogos 2006 di pejabat sekolah dengan membawa Surat Beranak Asal.
  8. Sekiranya tuan/puan gagal membuat pengesahan pendaftaran dalam tempoh tersebut tanpa sebarang maklumat, pendaftaran dianggap batal.
  9. Calon yang layak wajib mengambil Pakej Makan Tengahari dan tiada sebarang pengecualian melainkan surat daripada doktor.
  10. Calon-calon yang tidak layak menduduki Ujian Kelayakan Masuk Tahun Satu Sessi Persekolahan Tahun 2007 adalah seperti berikut:
    • Tiada mengisi Borang Ujian Kelayakan Masuk.
    • Menghantar borang lewat dari tarikh yang ditetapkan.
    • Borang yang dihantar tidak lengkap.
    • Masalah kecuaian, lalai, lupa, dan sebagainya.
    • Calon yang lahir bukan pada tahun 2000.
  11. Sila pastikan tuan/puan mendapat Resit Daftar Masuk Ujian sewaktu memulangkan Borang Ujian Kelayakan Masuk dan sila bawa bersama resit tersebut semasa mengikuti ujian dan serahkan kepada Pengawas Peperiksaan. Alatulis dan pensil warna hendaklah dibawa bersama ketika mengikuti ujian.

Proses Pendaftaran Kemasukan Murid Tahun 1 SRAI, Negeri Selangor
3–28 April 2006
Borang Ujian Kelayakan masuk dikeluarkan dan dikembalikan.
20 Mei 2006
Ujian Kelayakan Masuk
29 Mei 2006
Keputusan Ujian Kelayakan diumumkan
1–30 Ogos 2006
Pengesahan Pendaftaran Murid
1–28 Julai 2006
Rayuan Kemasukan
28 Disember 2006
Persekolahan 2007
2 Jan. 2007 (tertakluk kepada pindaan)

Pengenalan
Sek. Ren. Agama Integrasi (SRAI) JAIS

Kerajaan Negeri Selangor Darul Ehsan melalui Mesyuarat Jawatankuasa Tetap Hal Ehwal Islam (STANCO) dan mesyuarat Jawatankuasa Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) telah bersetuju melaksanakan Sek. Ren. Agama Integrasi (SRAI) yang menggabungkan dua kurikulum KBSR Kementerian Pendidikan Malaysia.

Kedua-duanya digabungkan dan dilaksanakan di Sek. Ren. Agama di mana pelajar-pelajar akan mula belajar dari jam 7:40 pagi hingga 4:00 petang. Proses pembelajaran akan disepadukan bagi kedua-dua kurikulum tersebut.

Jabatan tidak akan membuka darjah satu aliran agama biasa di Sek. Ren. Agama yang dipilih untuk program SRAI. Ibubapa hendaklah mendaftarkan anak-anak mereka ke Sek. Ren. Agama yang lain jika ingin memilih darjah satu aliran agama biasa.

Perlaksanaan
Sek. Ren. Agama Integrasi (SRAI) JAIS

  1. Memantapkan Kurikulum Sek. Kebangsaan dengan menambah atau memasukan Kurikulum Sek. Agama di dalam Pendidikan kebangsaan. Perlaksanaan ini dapat menyelesaikan masa belajar dan memantapkan proses pengajaran dan pembelajaran dengan lebih berkesan.
  2. Perlaksanaan Kurikulum Integrasi ini membolehkan pelajar mendapat pendidikan rendah yang bersepadu dalam sebuah [sekolah] sahaja.
  3. Peperiksaan dari Kementerian Pendidikan seperti UPSR juga akan diadakan di SRAI. Selain dari peperiksaan JAIS-PSRA.
  4. Untuk melanjutkan pelajaran ke sekolah menengah, pelajar-pelajar SRAI boleh memilih samada ingin memasuki Sek. Men. Kementerian Pendidikan atau Sek. Men. JAIS.

Pendaftaran

  1. Pendaftaran bagi kemasukan murid ke SRAI JAIS boelh dibuat apabila murid tersebut telah berumur 6 tahun (bagi kemasukan tahun 2007, murid yang lahir pada 2000).
  2. Kemasukan murid ke SRAI adalah melalui ujian kelayakan dan borang untuk memasuki ujian tersebut boleh didapati di kaunter Pejabar Sekolah mulai 3 April hingga 28 April 2006 mengikut waktu pejabat hari bekerja dan pengambilan murid adalah terhad.
  3. Setiap murid yang diterima belajar di SRAI diwajibkan mengikuti Pakej Makan Tengahari dengan kadar bayaran rm50.00 sebulan (Isnin hingga Jumaat).
  4. Waktu belajar murid pada hari Isnin hingga Jumaat dari jam 7:40 pagi hingga 4:00 petang.

Tenaga Pengajar

Terdiri daripada guru-guru terlatih, berpengalaman, dan berkelulusan tinggi di antaranya:

  1. Maktab-Maktab Perguruan di Malaysia
  2. Diploma Pendidikan Kolej Universiti Islam Selangor (KUIS)
  3. Ijazah Pendidikan dari Universiti-Universiti Tempatan
  4. Diploma Institut-Institut Pengajian Tinggi Awam di Malaysia
  5. Guru-guru berkelayakan yang mendapat kursus dan perlantikan terus dari JAIS.

Objektif
Sek. Ren. Agama Integrasi JAIS
(SRAI Bandar Baru Bangi)

  1. Bagi mengukuhkan Pendidikan Agama dan matlamat Falsafah Pendidikan negara.
  2. Memantapkan sistem Pendidikan Agama untuk memenuhi kehendak semasa.
  3. Untuk memenuhi kehendak masyarakat yang berminat tentang Pendidikan Agama yang lengkap.

Misi

Memberi perkhidmatan pendidikan yang berkesan dengan mewujudkan prasarana dengan kemudahan yang kundusif.

Visi

Melahirkan individu Muslim yang berilmu, berakhlak mulia, berketrampilan dinamik, dan mendapat keredhaan Allah s.w.t..

Moto

Murid Cemerlang
Guru Gemilang
Sekolah Terbilang

——————————————————
Harga Borang: rm4.00
Nombor Siri Borang: 232
Nombor Resit Rasmi: A18411


Responses

  1. mekom..saya ingin memasuki u ini

    Mekom? Ini bukan u.

  2. Assalamualaikum
    Saya berminat untuk mengetahui lebih lanjut tentang kemasukan ke SRAI Seksyen 7 Shah Alam. Bagaimanakah boleh saya menghubungi sekolah tersebut kerana sekarang ini saya berada di luar negara.

    Wa’alaikumussalaam,
    Saya tak pastilah, puan. Mungkin Puan kena tulis surat kot… 😉
    Cuba layari muka ini: http://tinyurl.com/yfgl762

  3. Assalamualaikum Tuan / Puan,

    Anak saya sekarang bersekolah di Sekolah Rendah Islam ABIM (Seri ABIM), Sg Ramal, Kajang dan bakal memasuki Tahun 2 pada 2011.

    Saya berminat untuk menghantar anak saya ke Sekolah Rendah Agama Integrasi Bandar Baru Bangi. Bagaimanakah saya boleh berbuat demikian?

    Sekian, terima kasih.

    Wa’alaikumussalaam.

    Puan harus pergi ke Ibu Pejabat Bahagian Pendidikan Islam JAIS di Shah Alam SEKARANG [di Tingkat 2 & 3, Menara Utara, Bangunan Sultan Idris Shah, No 2. Persiaran Masjid, Bukit SUK Seksyen 5, 40676 Shah Alam, Selangor Darul Ehsan. Tel: 03-5514 3600, Faks : 03-5510 5053 / 03– 5512 3035]. Di laman sesawangnya ada dicatatkan: “Pertukaran dari luar ke SRAI: Pertukaran murid dari Sekolah Kebangsaan, Sekolah Rendah Islam atau mana-mana sekolah swasta ke mana-mana SRAI Negeri Selangor hanya diproses pada bulan Mei dan Disember setiap tahun.” Perlu isi borang, bawa beberapa dokumen penting (Sijil Kelahiran, Keputusan Peperiksaan di sekolah sekarang, dsbnya). Kemasukan bergantung kepada ketersediaan tempat (availability of space).

  4. salam, ada contoh soalan utk kemasukan darjah 1? terima kasih

    وعليکم السلام

    Tiada. Maaf.

    Sebenarnya soalan²nya tidaklah susah sangat, apatah lagi kalau anak² tu dah pernah masuk tadika.

    Tujuan utama Ujian Kelayakan ini sebenarnya ialah untuk menghadkan kemasukan kepada lebih kurang 200 murid sahaja. BUKAN untuk memilih yang terpandai atau murid² elite. SRAI BBB BUKAN sebuah sekolah elite. Ianya hanya sekadar sebuah sekolah agama berkurikulum integrasi di bawah kelolaan JAIS.

    Oleh itu kehebatan sekolah ini banyak juga bergantung kepada kehebatan JAIS.

    Kalau berminat dengan sekolah rendah yang agak elite di Bandar Baru Bangi, bolehlah mencuba sekolah² seperti SRI ABIM, SRI al-AMIN, SRI Ayesha, dan lain².

    Harap pembaca tidak terkeliru. Saya sendiri pun dulu sudah terkeliru…

    Terima kasih.

  5. Assalamualaikum Tuan / Puan,

    Anak saya sekarang bersekolah di Sekolah Rendah kebangsaan padang jawa memasuki Tahun 2 pada 2012.

    Saya berminat untuk menghantar anak saya ke Sekolah Rendah Agama Integrasi sek 7. Bagaimanakah saya boleh berbuat demikian?

    Sekian, terima kasih.

    وعليکم السلام

    Soalan bermaksud sebegini pernah diutarakan dan telah pun dijawab di atas sahaja.

    Saya ulanglah ye:

    Puan harus pergi ke Ibu Pejabat Bahagian Pendidikan Islam JAIS di Shah Alam [di Tingkat 2 & 3, Menara Utara, Bangunan Sultan Idris Shah, No 2. Persiaran Masjid, Bukit SUK Seksyen 5, 40676 Shah Alam, Selangor Darul Ehsan. Tel: 03-5514 3600, Faks : 03-5510 5053 / 03– 5512 3035].

    Di laman sesawangnya ada dicatatkan: “Pertukaran dari luar ke SRAI: Pertukaran murid dari Sekolah Kebangsaan, Sekolah Rendah Islam atau mana-mana sekolah swasta ke mana-mana SRAI Negeri Selangor hanya diproses pada bulan Mei dan Disember setiap tahun.”

    Perlu isi borang, bawa beberapa dokumen penting (Sijil Kelahiran, Keputusan Peperiksaan di sekolah sekarang, dsbnya). Kemasukan bergantung kepada ketersediaan tempat (availability of space).

  6. Salam,

    Boleh saya tahu yuran sebenar SRAI tak? kami bukanlah dari golongan berpendapatan tinggi..teringin nak masukan anak ke sekolah ini cuma perlu tahu yuran. buku-buku teks juga diberi pinjaman ke? bagaimana dengan buku-buku agama? juga diberi pinjaman?

    Sila rujuk capaian² berikut untuk kadar yuran SRAI BBB tahun 2008, 2009, & 2010. Untuk tahun 2011 & sekarang 2012, kadarnya lebih kurang sama, cuma saya dah malas nak taip.

    Dan, ye, buat masa ini SEMUA buku² teks DAN buku kerja/aktiviti (KBSR DAN agama) diberi pinjaman untuk semua pelajar.

  7. Salam…sebenarnya sy xtahu bla pendftaran tuk thn 1 dbuka.tgk rsnya da terlewat,sy berminat sgt nk hntar ank ke SRAI seks 7,msh blh mohon atau tdk??

    Setiap tahun, permohonan HANYA dibuka pada bulan April. Ujian Kelayakan biasanya pada bulan Ogos. Walau bagaimanapun puan boleh cuba mengemukakan rayuan kepada Guru Besar, ataupun bawa perkara ini terus ke pihak Jabatan Pendidikan JAIS.

  8. salam…nk tnye ketika ujian tu adakah guru akan membacakan soalan utk murid2 atau semua kne buat sendiri

    Sebelum ni soalan TIDAK dibacakan.

  9. Assalamualaikum.. sy ingin bertanya, anak saya telah gagal dalam ujian kemasukan SRAI tempohari, so bagaimana caranya untuk saya membuat rayuan..

    Rayuan boleh dibuat kepada Pengetua/Guru Besar atau terus kepada Jabatan Pendidikan JAIS.


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Categories

%d bloggers like this: