Posted by: Gurindam Jiwa | Wednesday, April 4, 2007

Borang Ujian Kelayakan Masuk Tahun 1 SRAI BBB 2008

Sekolah Rendah Agama Integrasi
Bandar Baru Bangi
Negeri Selangor

Borang Ujian Kelayakan Masuk Tahun 1 Sessi Persekolahan 2008 &
Maklumat-Maklumat Persekolahan

Maklumat Pengambilan Murid
Sek. Ren. Agama Integrasi
Negeri Selangor

  1. Borang Ujian Kelayakan Masuk Sek. Ren. Agama Integrasi Negeri Selangor bagi sessi persekolahan tahun 2007 mula dibuka pada 23 April 2007–30 April 2007 dan boleh didapati di pejabat sekolah.
  2. Borang tersebut hanya layak diisi oleh calon yang lahir pada tahun 2001.
  3. Borang yang telah lengkap diisi hendaklah dikembalikan sebelum atau pada 30 April 2007 ke pejabat sekolah. Borang yang tidak lengkap dan dihantar lewat dari tarikh tersebut tidak akan diterima.
  4. Ujian Kelayakan Masuk akan diadakan pada 26 Mei 2006 (Sabtu) dari jam 8:30 hingga 10:30 pagi.
  5. Soalan-soalan Ujian Kelayakan Masuk diadakan secara bertulis meliputi asas bagi mata pelajaran Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Bahasa Arab, Jawi, dan Matematik.
  6. Keputusan Ujian bagi yang berjaya dan gagal akan dipamerkan di papan kenyataan pada 4 Jun 2007. Keputusan adalah muktamad.
  7. Calon-calon yang berjaya dalam ujian kelayakan hendaklah membuat pengesahan pendaftaran mulai 15 Jun–30 Jun 2007 di pejabat sekolah dengan membawa Surat Tawaran.
  8. Sekiranya tuan/puan gagal membuat pengesahan pendaftaran dalam tempoh tersebut tanpa sebarang maklumat, pendaftaran dianggap batal.
  9. Calon yang layak wajib mengambil Pakej Makan Tengahari dan tiada sebarang pengecualian melainkan surat daripada doktor.
  10. Calon-calon yang tidak layak menduduki Ujian Kelayakan Masuk Tahun Satu Sessi Persekolahan Tahun 2008 adalah seperti berikut:
    • Tiada mengisi Borang Ujian Kelayakan Masuk.
    • Menghantar borang lewat dari tarikh yang ditetapkan.
    • Borang yang dihantar tidak lengkap.
    • Masalah kecuaian, lalai, lupa, dan sebagainya.
    • Calon yang lahir bukan pada tahun 2001.
  11. Sila pastikan tuan/puan mendapat Resit Daftar Masuk Ujian sewaktu memulangkan Borang Ujian Kelayakan Masuk dan sila bawa bersama resit tersebut semasa mengikuti ujian dan serahkan kepada Pengawas Peperiksaan. Alatulis dan pensil warna hendaklah dibawa bersama ketika mengikuti ujian.

Proses Pendaftaran Kemasukan Murid Tahun 1 SRAI, Negeri Selangor

Borang Ujian Kelayakan masuk dikeluarkan dan dikembalikan.
2-30 April 2007

Ujian Kelayakan Masuk
26 Mei 2007

Keputusan Ujian Kelayakan
4 Jun 2007

Pengesahan Pendaftaran Murid
15–30 Jun 2007

——————————————————
Harga Borang: rm4.00
Nombor Siri Borang: 118
Nombor Resit Rasmi: B21220
Nombor Resit Daftar Masuk Ujian: 170


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Categories

%d bloggers like this: