Posted by: Gurindam Jiwa | Wednesday, June 27, 2007

SRAI BBB School Locker Project

Sekolah Rendah Agama (Integrasi), Bandar Baru Bangi, Selangor Darul Ehsan has begun installing the lockers for its students. Introduction and Agreement letters were issued to parents via the students today.


 

Projek Loker Sekolah
PIBG Sekolah Rendah Agama Integrasi
Bandar Baru Bangi
Selangor Darul Ehsan

Objektif

  • Dapat mengurangkan kadar kes kecurian yang sering berlaku i.e. pelajar boleh menyimpan barang berharga mereka di dalam loker ketika hendak solat, bersukan, dll..
  • Dapat menyediakan ruang yang lebih kepada pelajar selain dari meja sekolah sahaja i.e. dapat menyimpan barang seperti alatan lukisan, alatulis, buku, dll..
  • Ada ruang/tempat yang selamat untuk anak menyimpan kasut sekolah sekiranya musim hujan atau untuk bersolat—elak dari kecurian kasut sekolah. Selipar boleh digunakan untuk balik pada waktu musim hujan dan kasut disimpan (bungkus dengan plastik) di dalam loker jadi kasut lebih bersih.
  • Dapat mengurangkan bebanan pelajar yang mempunyai beban buku yang banyak.
  • Dapat mendidik para pelajar menguruskan/mengendalikan barangan peribadi dengan lebih berdisiplin.
  • Dapat meningkatkan rasa tanggungjawab (self-belonging) di kalangan pelajar terhadap harta benda yang telah diamanahkan oleh ibubapa—jaga loker dengan baik.
  • Dapat mengurangkan masalah kehilangan buku teks atau buku tulis di kalangan pelajar.
  • Dapat mewujudkan satu suasana yang lebih teratur dan tersusun serta lebih kondusif di dalam bilik darjah—dapat meningkatkan mood dan kreativiti pelajar dan guru.
 

Penyelenggaraan Loker

  • Setiap pelajar dikenakan caj sebanyak rm40.00 seunit—sekali bayar sahaja.
  • Pelajar baru pula akan diminta membayar sejumlah rm40.00 juga bagi tujuan penyelenggaraan.
  • Setiap loker didatangkan dengan 2 unit kunci. Pihak sekolah akan membuat satu salinan tambahan sebagai langkah berjaga-jaga. Kunci diuruskan dengan:
     

    3 Kunci

    • 1 diserahkan kepada pelajar,
    • 1 diserahkan untuk simpanan di pejabat sekolah, dan
    • 1 diserahkan untuk simpanan PIBG.
     

    Tahun 1 & 2

    • Semua kunci disimpan di sekolah.
    • Kunci diambil waktu pagi dan dipulangkan semula pada waktu balik.
     

    Tahun 3 – 6

    • Setiap pelajar akan menyimpan 1 unit kunci dan bertanggungjawab sepenuhnya ke atas kunci tersebut.
    • Sebarang kehilangan kunci akan dikenakan denda sebanyak rm5.00.
    • Sekiranya terdapat kehilangan kunci yang berulang, denda berganda akan dikenakan.
 

Surat Akuan Penyerahan Loker

Saya …… (Nama Ibubapa/Penjaga) No. Kad Pengenalan: …… (baru/lama) bagi pihak anak di bawah jagaan saya yang bernama: ……, kelas: ……; dengan ini memahami dan akur dengan syarat dan perjanjian yang telah ditetapkan di dalam melaksanakan tanggungjawab yang telah diamanahkan kepada saya untuk memastikan bahawa anak saya/anak di bawah jagaan saya menjaga dan menyelenggara loker yang telah ditetapkan dengan sebaik-baiknya.

Yang benar,

……
Nama:
Tarikh:
(Tandatangan Ibubapa/Penjaga)

Disaksikan oleh:

……
Nama:
No. K/P:
Tarikh:


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Categories

%d bloggers like this: