Posted by: Gurindam Jiwa | Sunday, September 23, 2007

Organic Chicken Farming

On the subject of organic chicken, these compilations were collected from various sources.

Dr Mohamad Zainol labur RM1 juta bagi membina ladang, cipta makanan ternakan sendiri

Organic Chicken Banner @ AjismanTEKADNYA menceburi perniagaan ternakan ayam kampung organik adalah bagi memenuhi tuntutan fardu kifayah untuk menyediakan makanan halal bermutu untuk umat Islam di negara ini.Berikutan itu, Dr Mohamad Zainol Ahmad Haja, seorang doktor perubatan, tidak teragak-agak melabur RM1 juta bagi membina ladang ternakan ayam di atas tanah wakaf seluas dua hektar di Sungai Lui, Ulu Langat.

Di ladang itu beliau menternak 40,000 ayam kampung yang diberikan makanan herba berkhasiat dan bermutu tinggi bagi memastikan dagingnya benar-benar bebas daripada sebarang campuran bahan kimia.Makanan yang diberikan adalah hasil ciptaan beliau sendiri selepas melakukan penyelidikan selama setahun.

Ia daripada ejen pemangkin pertumbuhan yang banyak digunakan dalam industri penternakan untuk mempercepatkan proses tumbesaran ayam.

Pengarah Urusan Mumtaz Meat & Marine Foods Sdn Bhd (Al-Mumtaz) itu berkata, hasrat utama menceburi ternakan kampung organik tanpa sebarang campuran bahan kimia terlarang bagi menyahut tuntutan agama dan kerajaan yang menggalakkan orang Islam di negara ini terbabit dalam industri makanan halal.

“Saya terpanggil untuk menceburi ternakan ayam kampung organik ini adanya pelbagai laporan kebelakangan ini mengenai daging yang disuntik dengan pelbagai bahan yang tidak halal ditambah lagi dengan cara sembelihan meragukan umat Islam.

“Hasil daripada pengamatan saya mendapati makanan yang diberikan kepada ayam untuk tujuan pembesaran dan tempoh sebenar ayam untuk membesar tidak mengikuti kaedah yang betul menyebabkan pengguna berdepan risiko ditimpa pelbagai penyakit seperti kanser dan jantung,” katanya ketika ditemui di pejabatnya di Ampang, Selangor, baru-baru ini.

Beliau menubuhkan Al-Mumtaz tahun lalu dengan harapan dapat menyediakan kemudahan makanan halal kepada umat Islam di negara ini dan juga di luar negara.

“Langkah kerajaan menjadikan Malaysia sebagai hab makanan halal dunia tepat pada masanya kerana orang Islam perlu menghasilkan makanan yang halal dan bermutu tinggi seperti yang dituntut agama.

“Penyediaan makanan halal itu turut termasuk proses penyembelihan, makanan yang diberikan kepada binatang yang diternak dan pengedaran produk berkenaan,” katanya.

Dr Mohamad Zainol yang mendapat pendidikan perubatan di Amerika Syarikat, pernah bekerja dengan beberapa syarikat antarabangsa seperti Pfizer serta menjawat beberapa jawatan kanan di syarikat antarabangsa berkenaan.

Beliau menubuhkan klinik Medi Sina di Ampang khusus untuk perkhidmatan kesihatan sejak sepuluh tahun lalu sebelum menceburi penternakan ayam sejak setahun.

“Saya memulakan perniagaan pada 2005 dengan mengimport daging dari luar negara. Selepas mempelajari selok belok perniagaan ini, tahun lalu membuka perniagaan menternak ayam kampung organik,” katanya.

Ayam yang diternak secara organik itu diberi makan ekstrak herba yang kaya dengan bahan antioksida dan antikanser seperti halia, kunyit, pandan, habbatus sauda dan limau purut.

Tanpa penggunaan antibiotik, tidak menggunakan hormon, beta agonist dan salbutamol.

Pemakanan berkhasiat yang memanfaatkan penggunaan pelbagai bahan organik dan herba dapat meningkatkan daya tahan ayam berkenaan daripada serangan penyakit dan proses penuaan.

Ayam kampung organik yang diternaknya dibiarkan bebas kerana menerusi cara itu ia mampu menghasilkan daging yang memiliki protein tinggi.

Dr Mohamad Zainol berkata, perniagaan yang diusahakan ini tidak pernah mendapat bantuan kerajaan atau pinjaman daripada mana-mana bank.

“Saya menggunakan duit simpanan yang ada untuk membangunkan perniagaan menternak ayam daging organik, tambahan pula amat sukar bagi mereka yang terbabit dalam bidang pertanian untuk memohon pinjaman daripada bank,” katanya.

Beliau berkata, sambutan pengguna terhadap ayam yang diternaknya adalah amat menggalakkan selepas menyedari ayam kampung organik tidak menggunakan bahan pemangkin pertumbuhan seperti beta agonist serta lemak dan enzim babi.

Beliau berkata, kesedaran orang ramai terhadap makanan berkhasiat dan menggunakan bahan organic semakin meningkat di negara ini.

“Sejak mula memasuki pasaran sebulan yang lalu, saya sudah menjual lebih 9,000 ekor ayam kampung organik.

“Saya berhasrat mengembangkan perniagaan ini menerusi sistem francais kepada mana-mana individu yang berminat iaitu membabitkan pembukaan kedai untuk menjual ayam kampung organik yang sudah siap diproses,” katanya.

Beliau berkata, ayam kampung organik yang diternak itu kini dibekalkan ke hotel di Kuala Lumpur dan Selangor antaranya rangkaian hotel De Palma serta restoran Sari Ratu dan Wong Solo.

Katanya, beliau berhasrat untuk menjadikan perusahaan penternakan ayam kampung organik ini sebagai satu perniagaan yang bersifat ‘niche’ yang mana mereka yang hendak menikmati keenakan ayam kampung segar, sudah siap diproses serta menggunakan bahan halal sebagai makanan haiwan ternakan berkenaan boleh mencarinya di kedai yang akan ditubuhkan menerusi sistem francais.

Sumber: Berita Harian 29 Ogos 2007

Nota: dalam proses untuk mengeluarkan telur ayam organik


Maklumat Tambahan

Senarai pembekal ayam organik:

  1. En Husairi Kajang/Bangi 019 332 4345
  2. En Che Muda Bangi 012 324 5988
  3. Puan Shidah Shah Alam 013 273 7301
  4. Tn Haji Azhar Gombak/Batu Caves 012 288 2265
  5. En Radzi Puncak Alam 013 655 7770
  6. Zila Puncak Alam 019 270 4273
  7. Siti Zuraimah Haji Ismail Menara TM 03 2240 4098
  8. En Jumhat atau Puan Maznah 019 229 8950 atau 019 317 3330
  9. En Nazaruddin 012 278 5502
  10. Puan Zainun 019 277 4927 Subang Jaya
  11. Pasar Tani Taman Melawati Hari Sabtu
  12. Pasar Tani Putrajaya Hari Jumaat
  13. Pasar Tani Kerinci. Taman Angkasa Hari Ahad.

Pusat Jualan

Mumtaz Meat & Marine Foods Sdn Bhd.
No 17. Jalan Nirwana 35.
Taman Nirwana. 68000 ampang.
Selangor. Malaysia.
Tel 603 9281 1802 / 9281 6924
Fax 603 928 16925
e mail nattpro@streamyx. com

Harga tidak mengikut kilo,
yang besar RM16,
sederhana RM15, dan
yang kecil RM14 seekor.

Alamat ladang ternak ayam organik

Lot 3864, Batu 23
Jln Sg Lui, Ulu Langat
Selangor.

Related posts: Pork Enzimes in Our Chicken, Organic Chicken in Bandar Baru Bangi, and Special Reports Supermarkets: Chicken.


Responses

  1. […] in Our Chicken? Following the recently circulated story on adulterated chicken here and here, a local tabloid tried to unearth the insides of our own chicken farming methods to an inconclusive […]

  2. […] posts: Pork Enzimes in Our Chicken, Organic Chicken Farming, and Special Reports Supermarkets: […]

  3. dimana dapat saya membeli ayam organik di Johor Bahru. Ada yang menjual di Johor Bahru ke?

  4. Dear Mr. James,

    This organic chicken business is relatively new, and rapidly expanding. Anything I say may be obsolete by the next moment.

    So it is safer for you to contact the sales center directly for the latest information. The numbers above are still good as of this posting.

    And I thank you for visiting.

  5. Hi,
    I am from DQ. We started selling grassfed permanent free-range chickens in 2001. To find out more about chicken rearing in general, and organic chicken specifically, do visit our website, http://www.dqcleanchicken.com and our consultant’s blog, http://dqfarm.blogspirit.com

    Feel free to ask me questions.

    Regards

    HS

    Thank you for your visit.


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Categories

%d bloggers like this: