Posted by: Gurindam Jiwa | Tuesday, November 27, 2007

DBP Mandul Minda, Kita Mandul Bahasa

Sepupu saya mengaji di Jepang. Lepas tu terus bekerja di sana lebih 10 tahun sebelum balik semula bermustautin di tanah tumpah darah. Bawak balik permaisuri dari sana sekali.

Saya tanya dia kalau di Jepang tu belajar komputer guna atau cedok istilah Inggeris tak? Dia kata tak. Semuanya istilah Jepang sendiri. Hmmm… Tak de satu pun yang diceduk dari Bahasa Inggeris ke? Tak, kata dia. Dia kata “tak” tu dalam Bahasa Melayu le. Sebab saya tak pandai berbahasa Jepang tu. Mungkin setakat perkataan “bagero” dan “karate” tu tau le. “Bagero” perkataan yang masyhur pada tahun 1940an.

Pernah saya terlihat satu “bumper sticker” memberitahu: I KNOW KARATE and ten other Japanese words.

Sebenarnya usahkan Jepang, Melayu pun tunggang terbalik saya ni. Jadi nama Gurindam Jiwa tu konon nak motivasimeransangkan diri terhadap Bahasa Ibunda.

Tak pe lah. Balik semula. Orang Jepang ni boleh harungi, lalui, dan bina dunia komputer dengan bahasa dan istilah mereka sendiri. Usahkan komputer, bahkan dalam bidang lain juga. 20 tahun lebih dulu saya telefon operator Jepang, “hello” pun dia orang tak faham. Dok kelam kelibut nak dapat cakap dengan sepupu tu. Tapi mereka boleh maju, hinggakan orang putih pun takut kat dia. Kat ekonomi dia la.

Tapi di negara kita ni, yang khazanah budayanya yang amat kaya, bukan main banyak perkataan berbunyi Bahasa Inggeris. Memanglah bahasa ini membangun. Tapi tak kan lah sampai anak-anak muda Melayu sekarang bercakap Melayu pun macam Mat Salleh. Lidah dah keras. Huruf “R” tu dah tak boleh sebut. Itu belum lagi kena sebut ”kho” macam dalam Pendekar Bujang Lapok tu.

Tapi saya setuju sangatlah dengan Datuk Dr Wan Hashim Wan Teh (BN-Gerik) di Parlimen semalam tu. Walaupun ada yang mengatakan itu politik bankrap. Namun saya sendiri dah lama bosan dengan situasi ini. Dilaporkan di sini dan di sini, antaranya.

Pada hemat saya, pendapat saya sahaja, ini semua bermula jadi teruk apabila zaman Saudara Anwar. Ya, panggil saya saudara. Bila Saudara Anwar bercakap, orang keliling ramai garu kepala, “Apa yang dia cakap?” Macam-macam perkataan Arab masuk. Tak lah salah Pak Arab masuk. Tapi banyak tu Melayu dah ada. Ingat member-member cerita dia singgah pejabat Konsular di New York. Dia bercakap gedebam-gedebom. Lepas tu dia keluar. Orang dalam semua tengok sama-sendiri, “Apa yang dia cakap tadi?” “Entah!”

Kemudian bila Anwar dijatuhkan, Bahasa Melayu konon nak diselamatkan. Keluarlah perkataan seperti “bajet.” Tapi tak de orang berani bangkang Boss. Jadi “bajet” lah dia. Lagi tunggang terbalik. Mat Salleh lak masuk.

Ingatkan mintak merdeka dulu nak suruh Mat Salleh keluar.

Hai, mood merapu hari ni. Dan mood tak nak semak nahu dan ejaan. Cukup lah tu dulu. Tah ke mana sudahnya.

Oh ye. Permaisuri sepupu saya tu sampai sekarang tak berBahasa Melayu, walau sepatah. Dah kat 10 tahun kahwin dan duduk di Tanah Melayu. Masih dok berBahasa Jepang dan berBahasa Inggeris kadang-kadang. Dengan anaknya Bahasa Jepanglah. Memang kebal Jepang ni.


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Categories

%d bloggers like this: