Posted by: Gurindam Jiwa | Wednesday, December 26, 2007

Info Disiplin SRAI BBB

Info Disiplin
SRA (Integrasi)
Bandar Baru Bangi

Renungan
“Tidak ada satu pun amal yang lebih berat dari Akhlak yang lebih baik dalam timbangan di akhrat kelak.”

Logo JAIS

Logo SRAIBBB

Cikgu Mat Ali bin Haji Tukiman
019-246 0278

Pentingnya Disiplin

Setiap Sekolah mempunyai peraturan-peraturan yang perlu dipatuhi oleh murid-murid. Peraturan-peraturan tersebut dikenakan dengan tujuan untuk mendidik murid-murid supaya berkelakuan baik, menghormati anggota masyarakat dan mempunyai disiplin diri yang baik. Kebanyakan perbuatan melanggar peraturan-peraturan berlaku disebabkan tidak diternagkan kenapa peraturan-peraturan di Sekolah perlu diadakan. Oleh itu peraturan-peraturan di Sekolah perlu diterangkan kepada murid-murid supaya mereka benar-benar faham akan peraturan itu dengan penuh tanggungjawab.

Matlamat Disiplin

  • Untuk melahirkan individu yang beriman dan bertaqwa serta mengabdikan diri kepada Allah s.w.t.
  • Untuk melahirkan individu yang bertanggungjawab terhadap diri sendiri serta mewujudkan masyarakat yang berakhlak, adil, dan progresif.

 

Merotan

Bukanlah Satu-Satunya Jalan Penyelesaian di Dalam Bidang Pendidikan.

“Utamakan Perbincangan/Muzakarah Bersama”

Peraturan Sekolah

Kehadiran

  • 7:30 pagi – 4:30 petang
  • Hari Isnin (pagi) Perhimpunan
  • Hari Jumaat (petang) Perhimpunan
  • Hari Selasa, Rabu, dan Khamis perhimpunan ringkas diadakan waktu pagi
  • Murid wajib hadir ke Sekolah. Jika tidak dapat hadir, hendaklah mengemukakan surat daripada ibubapa/doktor.
  • Murid diwajibkan memakai lencana Sekolah disepanjang waktu persekolahan.
  • Bagi murid yang lewat lebih 3 kali berturut-turut akan digantung.
  • Murid juga dilarang menunggu bas atau ibubapa/penjaga di luar kawasan sekolah.

Pakaian Yang Dilarang

  • Murid perempuan dilarang bersolek dan memakai barang kemas (bernilai).
  • Murid lelaki dilarang memakai kopiah.
  • Murid tidak dibenarkan memakai selipar.
  • Pakaian yang bertentangan dengan syarak adalah dilarang sama sekali.

Handphone

  • Dilarang!
    Telah dikuatkuasakan.
  • Pendekatan
    Sila rujuk di papan kenyataan sekolah.
  • Pihak sekolah menggunakan kaedah Program Sistem Penalti (PSP) yang dikeluarkan oleh JAIS.

Dilarang Membawa Perkara-Perkara Berikut

  • Alat permainan (seperti Game dan lain-lain)
  • Permainan berunsur judi
  • Kamera, Video, Radio, Walkman, Teropong
  • Gambar/majalah berunsur humor dan lucah
  • Pita Video/VCD/Kaset
  • Alat tajam seperti pisau/gunting
  • Lain-lain alat yang membahayakan

Bentuk Hukuman

  • Rotan (oleh Guru Besar)
  • Khidmat Masyarakat seperti: Mengutip Sampah, Membersihkan Surau, Membersihkan Longkang, Membersihkan Tandas Sekolah, dan Membersihkan Tingkap Kelas
  • Denda menghafaz ayat al-Qur’an (Juzu’ Amma)
  • Denda/Saman berbentuk duit (atas kesalahan)
  • Digantung Sekolah
  • Dibuang Sekolah

Renungan
“Tidak ada satu pun amal yang lebih berat dari Akhlak yang lebih baik dalam timbangan di akhrat kelak.”

“Mencegah Lebih Baik Dari Mengubati”

Ibubapa/Penjaga dan Guru-Guru Hendaklah Bekerjasama Untuk Mempertingkatkan Mutu Disiplin Sekolah

Pakaian: Isnin hingga Khamis
Pakaian Isnin Khamis

Pakaian: Jumaat
Pakaian Jumaat

Rambut Lelaki
Rambut Lelaki

Logo Badan Disiplin SRAI BBB

Renungan
“Tidak ada satu pun amal yang lebih berat dari Akhlak yang lebih baik dalam timbangan di akhrat kelak.”

“Mencegah Lebih Baik Dari Mengubati”

Ibubapa/Penjaga dan Guru-Guru Hendaklah Bekerjasama Untuk Mempertingkatkan Mutu Disiplin Sekolah


Responses

  1. assalamualaikum ustaz kalau saya nak keluar kawasan sekolah untuk menelefon boleh tak?

  2. […] answer assumes that the one that asked the question is really a year 6 girl, this year […]

  3. siti aishah (6 dedikasi)2008, I have given a rather long answer to your question, here.

    A SRAI Year Six student prowling the blogosphere and making/asking legitimate comment/question is admirable.

    Otherwise, I’ll play along.

    Thank you.

    Soalan siti aishah (6 dedikasi)2008 telah saya jawab agak panjang di sini.

    Pelajar SRAI Tahun 6 melayari dunia blog dan membuat komen/bertanya soalan yang munasabah adalah dikagumi.

    Andainya tidak benar, saya mengikut saja.

    Terima kasih.


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Categories

%d bloggers like this: