Posted by: Gurindam Jiwa | Monday, January 7, 2008

SRAI BBB: Makluman Penting (1) 2008

Sekolah Rendah Agama Integrasi Bandar Baru Bangi
Jalan Kemajuan, 43650 Bandar Baru Bangi
Selangor Darul Ehsan
Tel/Faks: 03–89254714
E-Mel: sraibbb@yahoo.com.my

Bil (01) dlm SRAIBBBHL HL 06/001/01

Tarikh: 07hb. Januari 2008

Kepada:
Ibubapa / Penjaga …..
SRAI Bandar Baru Bangi

Makluman Penting (1) 2008

Perkara di atas dengan hormatnya dirujuk.

2. Adalah dengan hormatnya dimaklumkan cuti sempena Awal Muharram pada 10 Januari 2008 (Khamis) dan cuti tambahan 11 Januari 2008 (Jumaat).

Info Disiplin

1. Bermula pada 7 Januari 2008 (Isnin) ibubapa/penjaga tidak dibenarkan menghantar atau mengambil anak sehingga memasuki kawasan sekolah. Ini bertujuan untuk emmastikan keselamatan anak tuan/puan masih di dalam perhatian pihak ekolah. Hanya ibubapa/penjaga yang mempunyai urusan pejabat sahaja terkecuali. (Sila rujuk dengan pengawal keselamatan.)

2. Semua murid SRAI BBB diminta hadir awal ke sekolah sebelum 7:30 pagi kerana jam 7:40 pagi sessi pembelajaran dan pengajaran bermula. Bagi murid yang lambat akan dikenakan hukuman seperti:

  • Khidmat masyarakat (mengutip sampah, membersihkan longkang, menghafaz surah atau mencuci tingkapkelas)
  • Denda berbentuk wang dari rm0.50 hingga rm5.00 sehari (jika perlu)
  • Boleh dikenakan “GANTUNG” sekolah sehingga 2 minggu jika markah PENALTI hadir lewat ke sekolah mencecah 40 markah.
 

3. Untuk makluman ibubapa/penjaga, semua murid juga tidak dibenarkan menunggu bas sekolah, van sekolah, atau kereta ibubapa/penjaga di luar kawasan sekolah (dikenakan saman).

Segala kerjasama serta keprihatinan daripada pihak tuan/puan amatlah dihargai dan didahului dengan jutaan terima kasih.

Sebarang pertanyaan boleh menghubungi 019–2460278 (Cikgu Mat Ali b. Hj. Tukiman).

Sekian, terima kasih.

Yang menjalankan tugas,

…..
(PN. SITI MARIJAH BT. SARMIDI)
Guru Besar,
SRAI Bandar Baru Bangi


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Categories

%d bloggers like this: