Posted by: Gurindam Jiwa | Tuesday, February 5, 2008

SRAI BBB: Makluman Penting (2) 2008

Sekolah Rendah Agama Integrasi Bandar Baru Bangi
Jalan Kemajuan, 43650 Bandar Baru Bangi
Selangor Darul Ehsan
Tel/Faks: 03–89254714
E-Mel: sraibbb@yahoo.com.my

Bil (02) dlm SRAIBBBHL HL 06/001/01
Tarikh: 05hb. Februari 2008

Assalamualaikum Wr. Wbkt.

Kepada:
Ibu bapa / Penjaga SRAI Bandar Baru Bangi.

MAKLUMAN PENTING (2) 2008

Perkara di atas dengan hormatnya mohon dirujuk.

2. Cuti sempena Tahun baru Cina pada 7 Februari 2008 (Khamis) dan 8 Februari 2008 (Jumaat).

3. Merujuk kepada surat pekeliling dari JAIS bil(06) JAI.Sel.BPI/03/02/009/01 yang bertarikh 1hb. Februari 2008 mengenari cuti berganti smepena Multaqa YAB Menteri Besar Selangor bersama-sama Guru Agama seluruh negeri Selangor pada 11hb. Februari 2008.

4. Sehubungan dengan itu persekolahan 11 Februari 2008 tidak dapat dilaksanakan (Cuti) dan diganti pada 16hb. Februari 2008 (Sabtu) mengikut jadual Isnin (7:30pg – 12:30tgh).

5. Dimaklumkan kegiatan Ko-Kurikulum bermula pada 13hb. Februari 2008.

INFO DISIPLIN

1. Murid-murid yang pulang lewat, diminta menunaikan solat Asar berjemaah terlebih dahulu sementara menunggu ibu bapa mereka (ibu bapa dialu-alukan untuk turut serta). Ibu bapa boleh menggunakan mikrofon untuk memanggil anak dipondok pengawal semasa waktu balik.

2. Sepanjang bulan Januari, banyak peralatan muriud seperti kasut dan songkok serta peralatan lain ditinggalkan di sekolah akibat kecuaian murid. Bantuan dari ibu bapa untuk mengingatkan anak-anak mengenai tanggungjawab menjaga peralatan sekolah amat diharapkan.

3. Ibu bapa diminta memberi kerjasama untuk mengingatkan anak-anak supaya menjaga keselamatan di kawasan sekolah.

Segala kerjasama serta keprihatinan daripada pihak tuan/puan amatlah dihargai dan didahului dengan jutaan terima kasih.

Yang menjalankan tugas,

…..
(PN. SITI MARIJAH BT. SARMIDI)
Guru Besar,
SRAI Bandar Baru Bangi


Nota: Multaqa = Perhimpunan, conference


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Categories

%d bloggers like this: