Posted by: Gurindam Jiwa | Monday, February 11, 2008

Multaqa Guru-Guru Sekolah Jabatan Agama Islam Selangor

Dari laman Pendidikan JAIS:

Multaqa Guru-Guru Sekolah Jabatan Agama Islam Selangor 

Written by soffyusz

11 Februari 2008 – Bertempat di Dewan Raja Muda Musa, Kompleks Belia dan Kebudayaan, Seksyen 7 Shah Alam, satu perhimpunan guru-guru sekolah Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) bersama pemimpin negeri Selangor telah diadakan. Majlis yang lebih dikenali sebagai Multaqa Guru-Guru Sekolah JAIS telah menghimpunkan 6,000 guru-guru pelbagai skim perkhidmatan yang diurus oleh Jabatan Agama Islam Selangor.

Majlis dimulakan dengan bacaan ayat-ayat suci al-Quran dan kemudiaannya S.S Dato’ Haji Mohamed Khusrin bin Haji Munawi telah menyampaikan ucapan mewakili warga pendidikan Islam di negeri Selangor. Dalam ucapannya, S.S Dato’ Pengarah JAIS telah menyentuh pelbagai isu pendidikan di negeri Selangor yang perlu diberikan perhatian oleh pimpinan negeri khususnya YAB Dato’ Menteri Besar. Antara ucapannya menyentuh keperluan segera pengisian waran perjawatan yang telah diluluskan oleh Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) pada Januari 2007, kenaikan pangkat secara time based promotion kepada pegawai perkhidmatan pendidikan gred DGA 29 dan DG41, pelantikan kakitangan sokongan seperti pengawal keselamatan, pembantu tadbir, dan tukang kebun untuk memastikan perkhidmatan pendidikan di negeri Selangor mencapai aspirasi dan kehendak rakyat. Disamping itu, S.S Dato’ Pengarah turut meminta YAB Dato’ Menteri Besar Selangor memberikan fokus kepada pelaksanaan Kurikulum Al-Azhar di sekolah-sekolah agama negeri Selangor terutamanya dari segi penyediaan guru subjek kurikulum berkenaan. Umumnya, melalui MoU yang telah ditandatangani oleh pihak kerajaan negeri dengan Kementerian Pelajaran Malaysia, hal berkaitan kurikulum Al-Azhar adalah di bawah tanggungjawab kerajaan negeri.

Majlis berkenaan telah diserikan lagi dengan ucapan YAB Dato’ Seri Dr. Haj Mohamad Khir bin Toyo, Dato’ Menteri Besar Selangor, yang mana dalam ucapannya, YAB Dato’ Menteri Besar amat menitikberatkan perpaduan khususnya antara bangsa Melayu yang ada di negeri Selangor. Di awal ucapannya, YAB Dato’ Menteri Besar meminta supaya warga guru pendidikan Islam di Selangor dapat melahirkan murid yang mempunyai kemahiran membaca dan menghafaz al-Quran dengan betul. Ini kerana beliau mendapati bahawa senario murid sedia ada sekarang banyak yang telah khatam al-Quran tetapi sebenarnya kurang menghayati isi al-Quran dan banyak menghafaz surah pendek sahaja. Selain itu, YAB Dato’ Menteri Besar turut menyentuh isu keselamatan negara, pengisan jawatan berdasarkan waran, dan akan meminta pihak Suruhanjaya Perkhidmatan Negeri Selangor mengkaji time based promotion.

Selain itu juga, YAB Dato’ Menteri Besar berpesan kepada seluruh warga pendidikan agar tidak melibatkan politik samada politik UMNO, politik PAS, dan politik Keadilan dalam iklim persekolahan dan pendidikan bagi meastikan sekolah-sekolah bebas dari pengaruh yang tidak sihat dan mengelakkan semangat kebencian pada generasi muda di sekolah. YAB Dato’ Menteri Besar di dalam ucapannya juga memberi respon bahawa kepentingan dan bajet Jabatan Agama Islam Selangor akan terus diutamakan demi kelansungan agama Islam dan penekanan terhadap isu-isu pendidikan Islam akan terus dibuat. Sebagai peringatan, di akhir ucapannya, beliau meminta semua pihak agar mengekalkan perpaduan sedia ada dan juga berharap agar pendidikan Islam di negeri Selangor yang telah mencapai tahap “first class” dapat melahirkan murid yang mempunyai tahap yang sama dengan sistem pendidikannya.


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Categories

%d bloggers like this: