Posted by: Gurindam Jiwa | Wednesday, March 5, 2008

Tawaran PAS Bangi

Janji PAS kepada pengundi Bangi untuk Piliharaya Umum ini. Sila rujuk dan sematkan dihati, terutamanya jika PAS menang nanti.

Tawaran PAS Bangi

Dr Shafie Abu Bakar
Wed | Mar 05, 08 | 02:57:48 PM

PAS Bangi di bawah Kawasan Serdang, akan melaksanakan Manifesto Pas Pusat – Kerajaan Beramanah, Adil, Bersih dan Negara Berkebajikan juga Manifesto Barisan Alternatif, iaitu Selangor Bersih Maju dan Berkebajikan.

Bagi Kawasan Dun Bangi, Serdang, lebih-lebih lagi sekiranya kami diberi mandat, kami menawarkan kepada penduduk Dun Bangi perkara-perkara berikut:

Anda Memberi Mandat Kami Memberi Khidmat, Menjaga Kebajikan Rakyat

Mengutamakan Kebajikan dan Kepentingan Rakyat

  • Menjadi Adun yang aktif di Dewan Undangan Negeri Selangor; membawa permasalahan rakyat dan cadangan penyelesaian.
  • Membentuk Jawatankuasa Bertindak Dun Bangi, Membuka kaunter, menerima aduan dan bekerja secara berpasukan (jamaah) menangani masalah rakyat.
  • Mewujudkan hubungan baik dengan pihak berkuasa, jabatan-jabatan kerajaan, agensi-agensi, NGO-NGO dan individu-individu bagi menyelesaikan masalah rakyat.
  • Bekerjasama dengan persatuan penduduk, PIBG, komuniti, untuk kepentingan penduduk.
  • Merealisasikan DUN Bangi Bandar Sejahtera, Aman, Berilmu dan Prehatin
 

Bandar Sejahtera

  • Berusaha melengkapkan DUN Bangi dengan keperluan infrastruktur secara kerjasama dengan pihak berkuasa.
  • Menjadikan DUN Bangi sebagai Bandar Taman dan bersih.
  • Menghidup dan menyuburkan semangat gotong royong di kalangan penduduk.
  • Menyuburkan semangat kejiranan di kalangan penduduk
  • Menggalakkan kegiatan riadah, sukan dan rekreasi terutama di kalangan anak-anak muda
 

Bandar Aman

  • Berusaha menjadikan DUN Bangi sifar dari gejala sosial
  • Menggalakkan kerjasama di kalangan penduduk menubuhkan persatuan taman bagi memelihara keamanan.
  • Bekerjasama dengan pihak polis, jabatan agama, MPKj bagi mengekalkan keamanan kawasan DUN Bangi.
  • Mendekati golongan remaja dan memberi bimbingan sakhsiah dan kaunseling Mengedarkan maklumat tentang jenayah dan langkah-langkah pencegahan
 

Bandar Ilmu

  • Mempromosikan DUN Bangi sebagai Bandar Ilmu dengan kegiatan ilmiah.
  • Bekerjasama dengan institusi-institusi pengajian tinggi berdekatan, tokoh-tokoh ilmuan dan badan-badan berkenaan mempertingkatkan imej DUN Bangi sebagai Bandar Ilmu.
  • Mengadakan wacana ilmiah, agama, budaya dan isu-isu semasa dan menghasilkan penerbitan.
  • Menggalakkan perkembangan keilmuan melalui masjid, surau dan institusi-institusi agama lain.
  • Memberi galakan dan insentif kepada anak-anak penduduk Dun Bangi meningkatkan pelajaran.
 

Prihatin

  • Membantu ibu tunggal, anak yatim dan miskin berdikari
  • Mewujudkan bimbingan dan kaunseling
  • Mendesak pihak berkuasa seperti PKNS dan sebagainya memberi keutamaan untuk penduduk setempat peluang berusaha dan memiliki hartanah
  • Bekerjasama dengan industri, kilang dan premis perniagaan bagi memberi peluang penduduk tempatan mendapat pekerjaan.
  • Mewujudkan bimbingan bagi melahirkan usahawan muda
 

Bangi,

Dr. Shafie Abu Bakar
27 Safar 1429
05 Mac 2008


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Categories

%d bloggers like this: