Posted by: Gurindam Jiwa | Tuesday, March 18, 2008

SRAI BBB: Makluman Penting (4) 2008

Sekolah Rendah Agama Integrasi Bandar Baru Bangi
Jalan Kemajuan, 43650 Bandar Baru Bangi
Selangor Darul Ehsan
Tel/Faks: 03–89254714
E-Mel: sraibbb@yahoo.com.my

Bil (04) dlm SRAIBBBHL HL 06/001/01
Tarikh: 18hb Mac 2008

Kepada:……….
Ibu bapa/Penjaga SRAI Bandar Baru Bangi

MAKLUMAN PENTING (4) 2008

Perkara di atas dengan hormatnya mohon dirujuk.

2. Adalah dengan hormatnya dimaklumkan sekolah akan bercuti sempena Maulid Rasul pada 20 Mac 2008 (Khamis) dan Cuti Tambahan 21 Mac 2008 (Jumaat).

3. Majlis Sambutan Maulidur Rasul dan Amal Islami peringkat sekolah akan diadakan pada 29hb Mac 2008 (Sabtu sekolah ganti) jam 7:30pagi – 12:00 tgh. Semua murid dibenarkan balik jam 12tgh.

4. Semua murid diwajibkan hadir dengan berpakaian bebas (lelaki Baju Melayu, sampin, dan bersongkok, murid perempuan baju kurung dan menutup aurat).

5. Borang Ujian Kelayakan Pendaftaran dan Kemasukan Murid Tahun 1 SRAI Bandar Baru Bangi 2009 akan dikeluarkan pada 1hb – 30hb April 2008.

6. Borang boleh diambil di pejabat sekolah (Waktu Persekolahan 8:30pagi – 4:30ptg) dengan harga RM3.50. Borang pendaftaran tersebut hendaklah dikembalikan ke pejabat sebelum atau pada 30hb April 2008.

INFO DISIPLIN

1. Semua murid diwajibkan membeli tali leher sekolah yang bernilai RM10.00.

2. Vest untuk Pengawas sahaja berniali RM30.00.

3. Semua urusan jual beli boleh dilakukan melalui Badan Kebajikan Guru Sekolah pada waktu rehat dan waktu balik sahaja.

Segala kerjasama serta keprihatinan daripada pihak tuan/puan amatlah dihargai dan didahului dengan jutaan terima kasih.

Yang menjalankan tugas,

…..
(PN. SITI MARIJAH BT. SARMIDI)
Guru Besar,
SRAI Bandar Baru Bangi


Responses

  1. TQ v much for the info🙂
    salam maulidur rasul!

  2. You are welcome, Puan Neta.


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Categories

%d bloggers like this: