Posted by: Gurindam Jiwa | Friday, April 18, 2008

Pemberitahuan Jadual Latihan Rumah Sukan, Temasya Sukan Tahunan SRAI BBB 2008

Unit Kokurikulum
Sekolah Rendah Agama Integrasi Bandar Baru Bangi
Jalan Kemajuan, 43650 Bandar Baru Bangi
Selangor Darul Ehsan
Tel/Faks: 03–89254714
E-Mel: sraibbb@yahoo.com.my

Bil(11)dlmkokusraibbb/02/001/02
18 April 2008
Assalamualaikum Wrhmt Wbrkth

Ibubapa/Penjaga Murid
SRA(I) Bandar Baru Bangi
Jln. Kemajuan 43650
Bandar Baru Bangi
Selangor

Tuan/Puan

Pemberitahuan Jadual Latihan Rumah Sukan,
Temasya Sukan Tahunan SRAI BBB 2008

Mohon dirujuk perkara di atas.

2. Sukacita dimaklumkan bahawa pihak sekolah akan mengadakan Temasya Sukan Tahunan Kali Ke-9 pada:

Tarikh
:

22 April 2008, Selasa
Sukan Tertutup Tahap 2
Masa
:
7:30 pagi – 12:30 tengahari
Tempat
:
Kompleks Sukan Seksyen 15
Bandar Baru Bangi
     
Tarikh
:

27 April 2008, Ahad
Kemuncak Temasya Sukan Sekolah
Masa
:
7:30 pagi – 12:30 tengahari
Tempat
:
Padang Sekolah SRAI
Bandar Baru Bangi
 

3. Sehubungan dengan itu, pihak sekolah mewajibkan kepada semua pelajar untuk menjalani sessi latihan rumah sukan yang akan diadakan di padang sekolah. Di bawah ini dinyatakan jadual perjalanan program Temasya Sukan Tahunan Sekolah untuk perhatian dan makluman pihak tuan/puan.


Tarikh
Perkara
Masa
1.
21 April 2008
Isnin
Latihan rumah sukan
(semua)
8:00 pagi – 12:30 tengahari
2.
22 April 2008
Selasa
Sukan Olahraga Tahap 2
8:00 pagi – 12:30 tengahari
3.
22 April 2008
Selasa
Latihan rumah sukan
(semua) Tahap 1
8:00 pagi – 12:30 tengahari
4.
24 April 2008
Khamis
Raptai Penuh
Sukan Sekolah
8:00 pagi – 11:00 pagi
5.
25 April 2008
Jumaat
Raptai Penuh
Sukan Sekolah
8:00 pagi – 11:00 pagi
6.
26 April 2008
Sabtu
Gotong Royong
Menghias Khemah Sukan
(Murid Tahun 5 sahaja)
8:00 pagi – 11:00 pagi
7.
27 April 2008
Ahad
Kemuncak Temasya
Sukan Tahunan
7:30 pagi – 12:30 tengahari
8.
28 April 2008
Isnin
Cuti Peristiwa Sempena Sukan Sekolah
 

4. Untuk makluman tuan/puan juga, pihak sekolah mengalu-alukan sebarang sumbangan berbentuk barangan hamper, air kotak, atau air mineral dari pihak tuan/puan bagi menampung sebahagian keperluan dan juga melicinkan lagi perjalanan Temasya Sukan Tahunan ini. Segala sumbangan tuan/puan boleh diserahkan di pejabat sekolah pada bila-bila masa sahaja. Sekiranya ada pertanyaan boleh menghubungi Cikgu Norhaniza Bt Osman (+6.013.302.3424) untuk mendapat keterangan lanjut mengenai sumbangan tuan/puan.

5. Untuk makluman penjaga Tahap 2 (Tahun 4, 5, dan 6), pada 22hb April 2008 (Selasa) dimohon jasabaik tuan/puan sekiranya anak-anak tuan/puan yang menaiki kereta, diminta terus untuk menghantar anak tuan/puan ke Kompleks Sukan.

Segala kerjasama dan keprihatinan tuan puan dalam maklumat yang disalurkan saya dahului dengan jutaan terima kasih.

Sekian terima kasih.

“MAJULAH SUKAN UNTUK NEGARA”

Yang Menjalankan Tugas Disahkan Oleh
   
ZULKIFLI B HJ MOHAMAD PUAN SITI MARIJAH BT SARMIDI
GPK Kokurikulum
SRAI BBB
Guru Besar
SRAI BBB

Responses

  1. memang bagus diadakan website maklumat seperti ini kerana jika ibu bapa tidak mengetahui tentang apa2 aktiviti yg dijalankan maka bolehlah dirujuk di website ini.

    Cik Khadijah,

    Terima kasih kerana sudi melawat. Untuk makluman Cik Khadijah, laman ini laman peribadi. Jadi apa yang ada di sini, adalah yang berkaitan dan dekat dengan hati tuan punya laman sahaja.

    Untuk maklumat yang lebih lengkap dan rasmi mengenai SRAI BBB, eloklah ke laman rasminya di sini dan laman PIBGnya di sini.


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Categories

%d bloggers like this: