Posted by: Gurindam Jiwa | Wednesday, April 23, 2008

Jemputan Ke Temasya Sukan Sekolah Kali Ke-9 2008

Unit Kokurikulum
Sekolah Rendah Agama Integrasi Bandar Baru Bangi
Jalan Kemajuan, 43650 Bandar Baru Bangi
Selangor Darul Ehsan
Tel/Faks: 03–89254714
E-Mel: sraibbb@yahoo.com.my

Bil(11)dlmkokusraibbb/02/001/03
18 April 2008
Assalamualaikum Wrhmt Wbrkth

Ibubapa/Penjaga Murid
SRA(I) Bandar Baru Bangi
Jln. Kemajuan 43650
Bandar Baru Bangi
Selangor

Tuan/Puan

JEMPUTAN KE TEMASYA SUKAN SEKOLAH KALI KE-9 2008

Mohon dirujuk perkara di atas.

2. Sukacita dimaklumkan bahawa pihak sekolah akan mengadakan Temasya Sukan Tahunan Kali Ke-9 pada:

Tarikh
:

27 April 2008, Ahad
Kemuncak Temasya Sukan Sekolah
Masa
:
7:30 pagi – 12:30 tengahari
Tempat
:
Padang Sekolah SRAI
Bandar Baru Bangi

 

3. Sehubungan dengan itu, pihak sekolah dengan berbesar hatinya menjemput tuan/puan untuk turut sama-sama dalam meraikan Temasya Sukan Sekolah ini. Bersama-sama ini sedikit maklumat disertakan untuk tindakan dan makluman pihak tuan/puan.

  1. Pada hari Jumaat bersamaan 25hb April 2008, murid-murid akan bersekolah setengah hari, iaitu balik pada jam 12:30 tengahari. Ini disebabkan untuk memberi laluan kepada pihak sekolah untuk membuat persiapan bagi program yang akan dijalankan.
  2. Murid-murid Tahun 4 dan 5 dialu-alukan hadir ke sekolah pada hari Sabtu 26hb April 2008, untuk membantu guru-guru menghias rumah sukan. Bermula jam 8:30 pagi – 11:00 pagi.
  3. Pada hari Isnin 28hb April 2008, sekolah akan bercuti sempena Temasya Sukan Sekolah.

    Segala kerjasama dan keprihatinan tuan puan dalam maklumat yang disalurkan saya dahului dengan jutaa terima kasih.

    Sekian terima kasih.

    “MAJULAH SUKAN UNTUK NEGARA”

    Yang Menjalankan Tugas Disahkan Oleh
    ZULKIFLI B HJ MOHAMAD PUAN SITI MARIJAH BT SARMIDI
    GPK Kokurikulum
    SRAI BBB
    Guru Besar
    SRAI BBB

    Responses

    1. Saya wonder berkenaan isi memorandum yang diserah kepada YB semalam. Adakah ahli PIBG lain turut diberi peluang memberi input dan turut membaca memo tersebut; atau saya yang ketinggalan keretapi.

      Satu lagi mengenai jemputan kepada semua YDP PIBG SRAI Selangor, adakah Guru Besar SRAI seluruh Selangor juga turut dijemput dan keputusan berkenaan dibuat atas budibicara ….?

    2. Assalaam’alaikum Dr. Malina,

      Saya ahli baru, sepatutnya perlu lebih belajar dari mengkomen. Dan saya pun memang selalu ketinggalan keretapi. Mungkin juga kerana saya ni agak “melancholy” dan sedikit “phlegmatic.”

      Perlembagaan PIBG kita pun saya tak dapat baca lagi.
      😳

      Saya bagaimanapun mengambil pendirian bahawa YDP melakukan apa yang dirasakannya yang terbaik, yang termampu olehnya, di dalam kapasitinya.

      Pada hari Temasya Sukan, saya baru balik dari luar kawasan, agak kepenatan, lalu kelewatan, maka makin ketinggalan. Hingga tak sempat tonton acara anak sendiri Tahun 1, dan tak dapat tonton acara anak sendiri Tahun 2, kerana ketika itu dipanggil untuk memberi hadiah.

      Anak saya melambai kepada saya ketika acaranya hendak bermula, tetapi saya lebih sibuk untuk memberi hadiah kepada anak-anak orang lain. Tidakkah rasa ada ketika dan peluang lain untuk giliran saya menyampaikan hadiah? Tapi tak pe lah.
      😥

      Hilang juga punca untuk melakukan aktiviti kegemaran saya: mengambil gambar. Maka saya pun mengikut sahaja, apa-apa yang disuruh ke atas diri saya, di khemah Urusetia: menentukan nombor pemenang acara.

      Mengenai “jemputan kepada semua YDP PIBG SRAI Selangor” itu, inilah kali pertama saya mendengarnya.

      Anak-anak saya pun, kalau tak silap ada dua hadiah yang mereka tidak pergi ambil, mungkin juga kerana hilang punca. Saya juga lihat ada anak-anak lain yang ada mendapat nampaknya macam sedikit makanan. Hilang punca jugalah agaknya ye.

      YB Exco Dr. Halimah pula memberikan ucapan politik yang agak panjang yang kalau kita duduk di hujung padang, atau di tepi bangunan sekolah dekat gerai makanan, atau di kantin, apatah lagi di kawasan berhampiran surau, tidak akan dapat tangkap hujung pangkal apa yang nak diceritakannya, yang nampak disampaikannya dengan bersunguh-sungguh. Samalah macam ayat saya yang berjela ini mungkin agak susah untuk diserap dengan sekali, mahupun sepuluh kali, baca. Mungkinkah ucapan itu dapat diteliti dan dihayati semula di hari dan masa yang lain, di tempat yang lain?

      Saya juga terserempak dengan seorang bapa yang merungut di luar pagar kerana Temasya ini masih belum membolehkan anaknya pulang, walaupun sudah pukul 1:00 tengahari.

      Kesimpulannya bagi saya keseluruhan Temasya Sukan tahun ini untuk saya ialah: hilang punca.

      Ada juga sedikit kemusykilan tentang Temasya yang sudah tentu baik niatnya ini.

      1. Lebih kurang seminggu sebelum Temasya, kedua-dua anak saya (seorang Tahun 1, dan seorang Tahun 2) menyatakan ada Ustaz yang meminta setiap pelajar membayar rm1 untuk Sukan. Namun saya tiada mendapat sebarang persuratan untuk pengesahan ibubapa. Walaupun hanya rm1, dan hanya daripada pelajar, namun wang tersebut masih lagi sebenarnya daripada ibubapa. Terdapat lebih seribu pelajar di SRAI BBB, jadi pendapatan dari duit untuk Sukan ini adalah lebih dari rm1,000.

      Saya tidak memberikan anak-anak saya wang khas untuk Sukan seperti yang diminta itu (kerana tiada pengesahan bersurat itu), tetapi mereka mengatakan bahawa mereka telah pun membayarnya daripada wang belanja sekolah harian mereka sendiri.

      Kebolehan berkomunikasi anak-anak saya ini masih lagi tidak semantap mana; jadi dari mulut mereka sendiri, saya tidak dapat mempastikan siapakah ustaz itu, dan untuk apakah duit itu, ataupun adakah ianya benar-benar berlaku.

      2. Antara Bayaran Tahunan yang perlu dibayar bagi pembelajaran di SRAI BBB ini ialah bayaran untuk Baju Sukan. Bagi pelajar Tahun 1 pula, bayarannya adalah lebih sedikit dari pelajar tahun lain, kerana pelajar Tahun 1 juga mendapat sepasang seluar sukan. Pelajar tahun lain mendapat kemeja-T dan topi sahaja. Bayaran dibuat sebelum sekolah bermula lagi, iaitu pada 27 Disember tahun lepas.

      Namun begitu, penyerahan pakaian sukan kepada pelajar, pada hemah saya, adalah sangat lewat, dan seluar sukan yang diberikan juga adalah seluar sukan biasa, yang kita pun boleh beli di Kompleks Bangi Utama. Tahun yang lalu, seluar sukan ada diskrinkan perkataan SRAI BBB (kalau tak silap saya).

      3. Saya lihat ada peniaga-peniaga luar yang menjual pelbagai barangan untuk anak-anak kita di Temasya kali ini. Agak menghairankan juga dengan perkembangan ini.

      Apatah lagi dengan jualan pelbagai “junk food” dan barang permainan yang bermutu rendah dan tidak sesuai untuk anak-anak sekolah. Rata-rata saya tahu ramai ibubapa yang tidak menyokong penjualan barangan sebegini di pagar sekolah. Tapi di Temasya ini, usahkan dipagar sekolah, malah di DALAM kawasan sekolah pula!

      Ini pada pendapat peribadi saya adalah satu tamparan kepada ibubapa.

      Mungkin ada pihak yang suka kalau anak-anak mereka sendiri saban hari dihidangkan barangan sebegini untuk dibeli dengan wang saku anak-anak tersebut. Tetapi bagi saya ia adalah satu aktiviti yang mengserabutkan kepala ibubapa.

      Melentur disiplin anak-anak bukanlah mudah. Aktiviti sebegini, di dalam kawasan sekolah pula, tidaklah membantu usaha tersebut.

      Komentar sebegini hanyalah sekadar kemusykilan yang didorong oleh perasaan ingin tahu, kerana anak-anak saya sendiri sekarang ini sedang bersekolah di sini. Kalau anak-anak saya tidak bersekolah di sini, saya mungkin tidak seprihatin.

      Tidaklah rasanya saya layak untuk mengkritik, membina mahupun sebaliknya, kerana saya sendiri pun belum tentu lagi dapat melakukan yang lebih baik dari apa yang telah dilakukan oleh para pendidik dan pentadbir di sini. Apatah lagi jika mahu dibandingkan dengan ahli-ahli PIBG lain yang lebih berpengalaman.

      Namun ini tidaklah bermakna ibubapa tidak boleh bertanya dan mendapat jawapan yang jujur, lengkap, dan munasabah.

      Oleh itu tinggilah harapan saya agar pentadbiran sekolah ini lebih terbuka dan telus dalam menangani isu kemusykilan ibubapa dengan bertindak secara lebih positif, proaktif, interaktif, mesra kepada semua, dan “resourceful.”


    Leave a Reply

    Fill in your details below or click an icon to log in:

    WordPress.com Logo

    You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

    Twitter picture

    You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

    Facebook photo

    You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

    Google+ photo

    You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

    Connecting to %s

    Categories

    %d bloggers like this: