Posted by: Gurindam Jiwa | Tuesday, May 20, 2008

SRAI BBB: Makluman Penting (5) 2008

Sekolah Rendah Agama Integrasi Bandar Baru Bangi
Jalan Kemajuan, 43650 Bandar Baru Bangi
Selangor Darul Ehsan
Tel/Faks: 03–89254714
E-Mel: sraibbb@yahoo.com.my

Bil (05) dlm SRAIBBBHL HL 06/001/01
Tarikh: 20 hb Mei 2008

Assalamualaikum Wr. Wbrkth.

Kepada:
Ibu bapa/Penjaga SRAI Bandar Baru Bangi

MAKLUMAN PENTING (5) 2008

Perkara di atas dengan hormatnya mohon dirujuk.

2. Adalah dengan hormatnya dimaklumkan Sambutan hari Guru 2008 Peringkat Sekolah akan diadakan pada 23hb Mei 2008 (Jumaat) jam 7:30 pagi – 12:30 tengahari. Semua murid balik pada jam 12:30 tengahari.

3. Pendaftaran murid Tahun 1 2009 telah ditutup pada 30hb April 2008. Sebarang rayuan tidak diterima.

4. Ujian Kelayakan Masuk Tahun 1 2009 akan diadakan pada 24hb Mei 2008 (Sabtu) jam 8:30 pagi – 10:30 pagi. Tempat peperiksaan di kelas yang telah ditentukan. Semua murid yang telah mendaftar sahaja dikehendaki hadir untuk Ujian Kelayakan.

5. Kelas Tambahan Tahun 6 untuk PSRA dan UPSR akan diadakan pada minggu pertama cuti sekolah. (Jadual tuisyen rujuk pada Guru Kelas.)

6. Pihak sekolah mengucapkan selamat bercuti kepada semua murid SRAI Bandar Baru Bangi yang akan bermula pada 24hb Mei hingga 8hb Jun 2008. Diharap murid dapat mengulangkaji pelajaran. Sekolah dibuka semula pada 9hb Jun 2008.

7. Hari Menandatangani Kad Kemajuan akan diadakan pada 28hb Jun 2008 (Sabtu) bermula jam 8:30 pagi – 12:00 tengahari. Semua ibubapa dijemput hadir.

Segala kerjasama serta keprihatinan daripada pihak tuan/puan amatlah dihargai dan didahului dengan jutaan terima kasih.

Yang menjalankan tugas,

PUAN SITI MARIJAH BT SARMIDI
Guru Besar
SRAI BBB


Responses

  1. i’m very proud because taday’s IT has been use wisely..{sebenarnya x tahu nk ckp ape}but the most important thing is this website is very excellent..tq..

    Thank you.


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Categories

%d bloggers like this: