Posted by: Gurindam Jiwa | Wednesday, July 9, 2008

Jemputan Mesyuarat AJK PIBG Kali Ke-4, 2008/2009

PERSATUAN IBUBAPA DAN GURU
SEKOLAH RENDAH AGAMA (INTEGRASI) BANDAR BARU BANGI

JALAN KEMAJUAN, 43650 BANDAR BARU BANGI
SELANGOR DARUL EHSAN
Tel: 03–8925 4714

Bil (04) dlm PIBGSRAI BBB 01/0809
Tarikh: 7hb. Julai 2008

Kepada:

………………..

Tuan/Puan,

JEMPUTAN MESYUARAT AJK PIBG KALI-4, 2008/2009

Perkara di atas adalah dirujuk.

Dengan segala hormatnya tuan/puan adalah dijemput untuk menghadiri mesyuarat AJK, PIBG sebagaimana butiran di bawah:

Tarikh
:
12hb Julai 2008 (Sabtu)
Masa
:
9:00 pagi
Tempat
:
Pusat Sumber Sekolah
 

Kerjasama dan keprihatinan tuan/puan adalah diharapkan dalam usaha membantu pihak sekolah meningkatkan sistem pendidikan serta dapat melahirkan individu yang berketerampilan dan mampu berdaya saing. Insyaallah.

Sekian, dimaklumkan. Terima Kasih.

“INSAN CEMERLANG MUTIARA NEGARA”

Yang menjalankan tugas,

……….
Shahril Anwar b Paimin
Setiausaha
PIBG, SRA Integrasi B.B.Bangi

s.k. Fail

AGENDA MESYUARAT AJK PIBG KALI KE – 4

  1. Ucapan Pengerusi
  2. Taklimat daripada wakil ABIM Daerah Bangi untuk program Seminar Keibubapaan 2008 (19 Julai 2008, Sabtu)
  3. Ucapan Guru Besar, SRA Integrasi B.B.Bangi
  4. Mengesahkan Minit Mesyuarat AJK PIBG kali 2 & 3
  5. Perkara berbangkit
  6. Laporan kewangan
  7. Laporan Biro-biro:
    1. Biro Pendidikan & Agama
    2. Biro Prasarana & Pembangunan
    3. Biro Ekonomi
    4. Biro Penerbitan
    5. Biro Teknologi Maklumat
    6. Biro Keselamatan, Kesihatan & Disiplin
  8. Hal-hal lain

Responses

  1. Salam En.Mazlan,
    saya tak dpt hadir sabtu lepas sebab meraikan majlis perkahwinan anak jiran saya. Lagipun cempedak masih belum masak.
    Ada apa perkembangan yang menarik yang dibincangkan masa mesyuarat?

    Cempedak tu sekadar berbalas pantun sahaja. Satu kerja pulak nak bawak buah cempedak ke mesyuarat ye. Mungkin kalau cempedak goreng ke? Haaa, ramai-ramai boleh enjoy… he he…😀

    Orang berbudi kita berbahasa,
    Orang memberi kita merasa.

    Perkembangan menarik memang ada banyak. Mesyuarat habis pukul 1:00 tengahari. Perrrrgh… Puan Aspalela pun ada datang. Jadi meriahlah.😉

    Pn. Aspalela kata nak komen di blog ni, saya sedang tunggu. Mungkin alamat yang saya beri pada dia tu ada tersilap.

    Guru-guru pun ada juga yang baca blog ni, tapi tak de yang nak komen. Segan kot… ataupun meluat😛

  2. […] all. Apologies for any shortcomings. See some 96 photos of the Seminar here. Related entries here, here, and […]


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Categories

%d bloggers like this: