Posted by: Gurindam Jiwa | Monday, July 28, 2008

Kejohanan Ping Pong Amatur (Melayu) Tertutup Piala Adun Bangi 2008

KEJOHANAN PING PONG
AMATUR (MELAYU) TERTUTUP
PIALA ADUN BANGI

9 & 10 August 2008 | 7 & 8 Sha’aban 1429H
Sabtu & Ahad | 8:00 pagi – 5:30 petang

[ Gambar-gambar sekitar hari pertama kejohanan boleh ditonton di sini. ]

Kompleks Sukan MPKj, Seksyen 15, Bandar Baru Bangi

Penyertaan Terhad
Perseorangan: 64 peserta | Beregu: 64 regu

Makanan Tengahari Sabtu Disediakan

Anjuran:
Persatuan Penduduk Taman Desa Sentosa | JK Unit Sukan & Rekreasi DUN Bangi

Yuran Penyertaan
Perseorangan: rm 10.00 | Beregu: rm 20.00

Untuk Keterangan Lanjut:
Zulkeflee Hamad: 012 651 1931 | Abu Soleh: 013 350 0574 | Azmi: 019 345 5452

◊◊◊◊◊

PERATURAN
Kejohanan Ping Pong
Amatur (Melayu) Tertutup
Piala ADUN Bangi 2008

Anjuran
Persatuan Penduduk Taman Desa Sentosa
dengan kerjasama
Jawatankuasa Unit Sukan dan Rekreasi DUN Bangi

Tarikh Kejohanan: 9 & 10 Ogos 2008
Hari: Sabtu & Ahad
Masa: 8:00 pagi — 5:30 petang
Tempat: Dewan Kompleks Sukan MPKj, Seksyen 15, Bandar Baru Bangi

1. Undang-Undang Permainan

1.1 Selain daripada peraturan-peraturan terkandung, pertandingan ini dijalankan mengikut Undang-Undang Ping Pong sebagaimana yang telah ditetapkan oleh Persekutuan Ping Pong Antarabangsa (ITTF).

1.2 Sekiranya timbul sebarang perselisihan dari segi pentafsirannya, maka undang-undang dalam Bahasa Inggeris akan dipatuhi.

1.3 Kejadian di luar dugaan dan tidak dinyatakan dalam peraturan berkenaan akan diputuskan seperti berikut:

1.3.1 Semua masalah akan dipututskan berasaskan kepada Juri Rayuan Kejohanan.
1.3.2 Sebarang perselisihan teknikal akan diputuskan berasaskan Peraturan ITTF.
 

1.4 Semua keputusan yang dibuat oleh Jawatankuasa Teknikal dan Pertandingan adalah muktamad.

2. Penyertaan

2.1 Pernyertaan adalah terbuka kepada semua penduduk yang tinggal di Parlimen Serdang (Bangi, Balakong dan Seri Kembangan) dan berbangsa Melayu sahaja, lelaki dan perempuan.

2.2 Setiap peserta boleh menyertai dua kategori, iaitu persorangan dan beregu.

2.3 Penyertaan terhad kepada 64 peserta acara perseorangan dan 64 regu bagi acara beregu.

3. Pendaftaran

3.1 Pendaftaran hendaklah dibuat melalui borang yang telah disediakan oleh pihak penganjur. Borang boleh didapati di:

3.1.1 Pusat Khidmat ADUN Bangi, Seksyen 1, Bandar Baru Bangi, Selangor Darul Ehsan (03 8925 0891)

3.1.2 PASTI Nurul Iman, Bandar Tun Hussein Onn

3.1.3 PASTI as-Syakirin, Teras Jernang

3.1.4 PASTI al-Ehsan, Impian Ehsan, Balakong

3.1.5 Kaunter Pertanyaan Kompleks Sukan MPKj

3.1.6 Dobi Bistari Teras Jernang

3.1.7 Hubungi:
Zulkiflee Hamad (012 651 1931)
Ustaz Abu Soleh (013 350 0574)
Amirudin (017 317 7844)
Azmi (019 345 5452)
 

3.2 Semuan borang penyertaan yang dihantar hendaklah disertakan bersama yuran penyertaan sebanyak rm10.00 (perseorangan) dan rm20.00 (beregu). Tarikh tutup penyertaan adalah pada hari Rabu ( 6 Ogos 2008 ) sebelum jam 12:00 tengah malam.

3.3 Pengundian akan diadakan pada hari Khamis ( 7 Ogos 2008 ) jam 9:30 malam di Pusat Khidmat ADUN Bangi, Seksyen 1, Bandar Baru Bangi, Selangor.

4. Acara Yang Dipertandingkan

4.1 Perseorangan dan Beregu

5. Sistem Pertandingan

5.1 Pertandingan di peringkat awal akan dijalankan secara Liga Satu Pusingan (4 peserta setiap kumpulan).

5.2 Pemenang pertama dan pemenang kedua setiap kumpulan layak memasuki peringkat 32 terbaik yang dijalankan secara kalah mati seperti berikut:
A1 melawan B2
A2 melawan B1
C1 melawan D2
C2 melawan D1
dan seterusnya.

5.3 Setiap pemenang akan layak ke peringkat seterusnya sehinggalah peringkat akhir.

6. Kiraan Mata

6.1 Kiraan mata adalah 11.

6.2 Pada pusingan awal (Liga Satu Pusingan), peserta akan bermain sebanyak 5 set dalam satu perlawanan, walaupun seseorang peserta telah mendahului 3 set yang pertama, perlawanan akan diteruskan sehingga set yang kelima.

6.3 Pemenang setiap perlawanan akan diberikan 3 mata, manakala kalah 0.

6.4 Johan dan naib johan setiap kumpulan akan ditentukan oleh jumlah pungutan mata yang terbanyak. Jika kedudukan mata sama, jumlah set yang menang dan kalah akan diambil kira. Jika masih seri, pemenang perlawanan antara peserta tersebut akan diberi johan.

8. Pengadil-Pengadil / Pegawai Teknikal

8.1 Dilantik oleh pihak penganjur.

9. Kelewatan

9.1 Peserta yang terlewat lima belas (15) minit daripada masa yang telah dijadualkan adalah dianggap memberi kemenangan tanpa bertanding kepada pihak lawannya. Pihak lawan akan diberi kemenangan dengan 5 – 0.

10. Bantahan / Tatatertib

10.1 Sebarang bantahan hendaklah dibuat secara bertulis dan disertakan dengan wang deposit sebanyak rm10.00 tunai.

10.2 Wang deposit akan luput jika bantahan yang dikemukakan itu didapati tidak wajar.

10.3 Setiap bantahan hendaklah dihantar kepada Pengarah Kejohanan dalkam masa tiga puluh (30) minit selepas pertandingan itu tamat.

11. Jawatankuasa Bantahan / Tatatertib

11.1 Pengarah Kejohanan/Pengerusi Teknikal dan Pertandingan

11.2 Setiausaha Jawatankuasa Pengelola

12. Pakaian

12.1 Lelaki dan Perempuan

12.1.1 Memakai pakaian yang sesuai (trek dan kemeja-T)

12.1.2 Menutup aurat
 

13. Hadiah-Hadiah

13.1 Hadiah-hadiah Kkejohanan adalah seperti berikut:
Perseorangan
Beregu
Tempat Pertama
RM300 & Cenderamata
RM350 & Cenderamata
Tempat Kedua
RM250 & Cenderamata
RM300 & Cenderamata
Tempat Ketiga
RM150 & Cenderamata
RM150 & Cenderamata
Tempat Keempat
RM100 & Cenderamata
RM100 & Cenderamata

Responses

  1. Mazle,
    Best nya. Pingpong used to be my favourite game and now it is being played by my second son.
    Used to win places in a few tournaments while in Serdang College and Felda. Now the bat is hung to remind of those days when I was an active pingpong player.

    And for me, it is one of a few active sports that I could take part in without having to run around due to my “kaki bangku.” Although for this one, at my age, it is the participation that counts. I may make new friends. Perhaps also to coincide with the spirit of the coming Beijing Olympics.

    If not for this tournament, I probably would have been to Kota Bharu for the IMBNet Forum on those dates.

    Speaking of Serdang College, I have an uncle who is of the first batch of the Forestry School’s graduate.

  2. Pagi tadi seorang rakan merasa sedikit kagum kejohanan sebegini boleh dikenakan bayaran penyertaan.

    Katanya kalau kejohanan sebegini dianjurkan di DUNnya di Kelantan, bukan sahaja penyertaannya dimestikan percuma, bahkan kos pengangkutan ke tempat kejohanan juga akan dituntut oleh peserta.
    🙂

  3. […] there is also this that has been confirmed before any of all the other […]

  4. […] Round Robin part of the Tournament went quite well […]


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Categories

%d bloggers like this: