Posted by: Gurindam Jiwa | Monday, August 4, 2008

Empat Tahun Penduduk PPR Semarak Menanti Masjid

Maklumat pada papan tanda di bawah ini adalah antara tarikan pilihanraya parti Barisan Nasional pada pilihanraya ke-12 lalu. Papan tanda ini walaubagaimanapun didirikan di kawasan yang, pada hemat saya, tidaklah begitu luas, berhampiran dengan Surau al-Husna, Blok E.

Dalam perancangan DBKL, memang satu surau bertaraf masjid, merangkap sebuah pusat komuniti, akan dibina di kawasan PPR Seri Semarak/Sg. Bunus ini. Cuma seperti biasa, pelaksanaannya hanya Allah sahaja yang akan tentukan. Apatah lagi apabila Barisan Nasional “tidak berapa menang.” DBKL hanya bisa merancang. Menteri hanya bisa melaung lantang. Terutamanya apabila pilihanraya hampir menjelang.

Papan tanda ini yang dinaikkan beberapa hari sahaja sebelum pilihanraya ke-12 lalu, diwaktu tengah tengah malam, masih lagi tegak berdiri hingga ke hari ini, tanpa sebarang kemajuan yang boleh dilihat di kawasan itu.

 

Empat Tahun Penduduk PPR Semarak Menanti Masjid

Sinar Harian
Isnin 4 Ogos 2008
muka S5

SETAPAK-Hasrat penduduk Projek Perumahan Rakyat (PPR) Semarak memiliki masjid masih belum terjawab setelah empat tahun mendiami kawasan itu.

Ini berikutan rungutan jemaah PPR Semarak yang sukar menjalankan ibadah seperti solat Jumaat kerana perlu ke Masjid Taman Seri Rampai sedangkan penduduk di sini sahaja sudah mencecah 4,000 orang.

Pengerusi Surau Al-Hijrah, Abdul Rahman Mohamad berkata, sebelum ini perkara tersebut pernah diutarakan kepada pihak Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dan sememangnya ada persetujuan untuk mendirikannya.

“Setelah empat tahun, penduduk masih ternanti-nanti masjid sehinggakan kini dalam satu kawasan PPR sekarang sudah terdapat dua surau yang didirikan penduduk.

“Jika pembinaan masjid ini dapat disegerakan, sekurang-kurangnya masyarakat dapat melakukan ibadah dan mengadakan pelbagai program keagamaan bersama seterusnya merapatkan ukhuwah umat Islam di sini,” katanya ketika ditemui selepas program Israk Mikraj anjuran Surau Al-Hijrah PPR Semarak malam kelmarin.

Turut hadir Pengerusi Majlis Permuafakatan Masjid dan Surau (Mapems) Parlimen Setiawangsa, Cif Inspektor Napri Sahlan dan Pengurus Kawasan Setiawangsa DBKL, Mohd Muzammer Jamaludin.

Menurutnya, beliau berharap apabila masjid dibina kelak, kedudukannya nanti terletak di tengah kawasan lapang PPR ini supaya semua penduduk dari blok B, C, E dan F dapat memanfaatkan kemudahan ini bersama.

“Baru-baru ini DBKL ada menolak tanah dan penduduk tidak pasti samaada hendak didirikan masjid atau perkara lain,” katanya.


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Categories

%d bloggers like this: