Posted by: Gurindam Jiwa | Monday, August 4, 2008

Kejohanan Pingpong Melayu Kebangsaan 2008 Cungkil Bakat Pemain Melayu

Kejohanan Pingpong Melayu Kebangsaan 2008 cungkil bakat pemain Melayu

Sinar Harian
4 Ogos 2008
muka S10

TAMAN MALURI – Bertempat di Dewan Serbaguna Taman Maluri, Persatuan Ping Pong Melayu Wilayah Persekutuan telah mengadakan mesyuarat bagi memantapkan lagi persediaan mereka dalam penganjuran akan datang.

Ini merupakan kali kedua Persatuan ini menganjurkan Kejohanan Pingpong Melayu Kebangsaan 2008 yang bakal diadakan di Stadium Tasik Titiwangsa pada 15, 16 dan 17 Ogos ini.

Presiden dan juga pengasas persatuan, Zainuddin Ahmad berkata, tujuan utama pertandingan ini adalah untuk melahirkan anak-anak Melayu yang berbakat dalam sukan ini.

“Selain itu kami juga ingin memantapkan lagi sukan ini dalam sebagai persatuan Melayu supaya anak Melayu tidak ketinggalan.

“Walaupun kini johan kebangsaan disandang oleh anak Melayu kita, Syakirin Ibrahim, tetapi ianya sebagai langkah mengekalkan takhta dan mencungkil bakat-bakat baru di seluruh Malaysia,” katanya.

Sebelum ini Persatuan Pingpong Melayu Wilayah Persekutuan sudah pun mengadakan kejohanan seperti ini di Stadium Badmmton Cheras.

Menurutnya, penganjuran kali ini lebih besar dan pihaknya menerima penyertaan daripada 50 pasukan dan menjangkakan seramai 400 orang peserta keseluruhan.

“Hampir 90 peratus persediaan sudah siap. Kami hanya menunggu waktu dan berterima kasih di atas kerjasama yang diberikan oleh pihak Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), Datuk Zulhasnan Rafique, Majlis Sukan Negara (MSN), Majlis Sukan Wilayah Persekutuan dan Kementerian Belia dan Sukan kerana banyak membantu dalam penganjuran ini,” jelasnya.

Tambahnya, pihak DBKL memberikan kemudahan peralatan dan kemudahan logistik yang baik dalam proses penganjuran kali ini.

Acara perasmian akan diadakan pada 16 Ogos ini oleh Pengarah Majlis Sukan Malaysia MSN) manakala majlis penutup pula diadakan pada 17 Ogos ini oleh Ketua Pengarah DBKL.


Responses

  1. asalamualaikum..
    saya mohd husni ramli dari Kolej Matrikulasi Pahang,,sebagai pensyarah ko kurikulum dan mengajar ping pong di kolej.nak bertanya adakah pihak tuan menganjurkan kursus kejurulatihan untuk saya meningkatkan ilmu dalam bidang ini

    Maaflah Saudara Husni. Saya ni sekadar peminat tua. 20 tahun dulu adalah aktif sikit semasa belum bekerja. Ping pong ni tak leh cari makan. Kalau nak makan kena berhenti main ping pong.

  2. saya ingin masuk persatuan club yg ader untuk menambah ilmu saya dlm ping pong dan diminta ajar..

    Buat masa ini saya tak dapat tolong. Saya sekadar peminat biasa di zaman tua ini.😀

  3. boleh tak awk inform kalau ader tournament akan datang area kuala lumpur..no saya 0123644661 ataupon email kepada sya eryaierieys@gmail.com terima kasih

    Alahai tuan Ery.

    Apa yang saya dapat ni pun dari apa yang terpapar di dada akhbar.

    Tapi kalau yang di persekitaran Bandar Baru Bangi ni, kalau saya dapat tahu mana-mana, insya’Allah, saya akan cuba uar-uarkan di ruangan ini.

    Terima kasih.

  4. kalau ada wang liqin yang nak lawan ngan oeg hebat ni…

  5. Boleh tak saya dapatkan carta orgaisasi, senarai pertubuh ping pong di malaysia dan luar negara serta perlembagaan persatuan ping pong??

    Alahai En. Anu,

    URL yang tuan berikan tu pun saya tak boleh akses.

    Permintaan tuan tinggi menggunung, apakan daya tangan saya tak sampai.

    Mungkin lebih berhasil jika tuan bertanya di sini atau di sini.

    Atau berhubung terus ke:

    Persatuan Ping Pong Malaysia
    23 Jln Jejaka 7
    Taman Maluri
    55100 Kuala Lumpur
    p: 603-92811497
    f: 603-92811520

    Semoga berjaya.

  6. Untuk En Ery Effandy dan yang lain yang berminat,

    Akan ada Pertandingan Ping Pong Beregu Piala YB ADUN Wakaf Bharu Kelantan pada 13 Februari ini. Untuk maklumat lanjut sila hubungi di sini.

    Terima kasih.

  7. salam, sy wakil persatuan pingpong universiti pertahanan nasional malaysia(UPNM).. kami disni ingin mencari tournament open ke ape2 yg bole kami sertai, untuk persediaan mghadapi kejohanan MASUM tahun ni, jika ada2 tournament bole tak inform kepada saya, or nak buat friendly ke, bole la contact sy.. kami mmg tiada pendedahan peringkat luar, harap ade yang sudi menolong kami..
    no fon : 0126861544( jika tidak di jawab sila tinggalkan mesej)

    Kalau setakat apa-apa yang ada di sekitar Bandar Baru Baru ni, kalau saya tahu bolehlah saya uar-uarkan di sini. Di tempat lain tak dapat lah saya berjanji. Semoga tuan berjaya …

    Terima kasih berkunjung ke mari.

  8. Boleh tolong emailkan saya gambar/cerita berkaitan Pertandingan Ping Pong di Pahang baru-baru ini?
    Ada peserta luar daerah yang tercicir membaca berita berkaitan kerana tak dapat beli paper Sinar Pahang.
    Harap dapat bantuan anda.
    Terima kasih.

    Assalaamu’alaikum,

    Yang ada di simpanan Google setakat ini ialah yang berikut: http://tinyurl.com/njxywe

    Cuba tuan berdaftar dengan PP4M.COM, dan masuk Forum di bawah tajuk berikut: Kejohanan Pingpong Jemputan Kuantan

    Itu saja yang dapat saya tolong.

    Terima kasih.

  9. semoge pingpong teros maju dikalangan org melayu

    Ameen

  10. assalamuailaikum….. sekiranya sy ingin menyertai kejohanan ini adakah sy diterima… sbb sy tggal brhampiran dgn kwasan kejohanan ini…

    Wa’alaikumussalaam,

    Saya cadangkan tuan mendaftar dengan PP4M.COM dan ajukan soalan ini di sana. Ramai di sana, termasuklah handalan-handalan Taman Maluri sendiri, yang lebih mampu untuk menjawab pertanyaan saudara ini.

    Apapun, terima kasih kerana sudi singgah dan tinggalkan komen.

    Wassalaam.

  11. leh x bgi saye gmbr pemain ping pong negara muhammad shakirin ibrahim

    Saya tiada gambar beliau. Maaf. Google lah mana-mana. Terima kasih.

    • sahkirin tu sepupu sye la npe awk minat tegok diye bermain ping pong ke

  12. Ada tournament di Terengganu/Pahang dalam masa terdekat ni? Tolong bekalkan saya maklumat tersebut secepat mungkin. Tq.

    Ambooooiii, cuba daftar dan jenguk selalu di PP4M. Insya’Allah boleh membantu. Terima kasih.

  13. kalau ade tonemen pingpong boleh x cll n msj no hp sye 0173943468 saye sepupu shakiring


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Categories

%d bloggers like this: