Posted by: Gurindam Jiwa | Tuesday, August 12, 2008

Kempen Pendaftaran Menjadi Ahli PPST dan Bancian Penduduk

Persatuan Penduduk Seri Tanjung

Seksyen 7 Bandar Baru Bangi
Pejabat Pengurusan Harta, Tingkat Bawah, Blok ST7, Pangsapuri Seri Tanjung
Seksyen 7, 43650 Bandar Baru Bangi, Selangor Darul Ehsan

Surat Pekeliling Persatuan Penduduk Seri Tanjung Bil 1/2008

Tarikh: 4hb Ogos 2008

Pemilik/Penghuni
Pangsapuri Seri Tanjung
Seksyen 7, Bandar Baru Bangi
Selangor

Kempen Pendaftaran Menjadi Ahli PPST dan Bancian Penduduk

Tuan/Puan Yang Dihormati,

Dengan sukacita dimaklumkan pada 15hb Jun 2008, Persatuan Penduduk (PPST) telah mengadakan satu Mesyuarat Agung, dan kata sepakat telah dicapai untuk mengaktifkan kembali Persatuan Penduduk dan melantik barisan Ahli Jawatankuasa (AJK) PPST yang baru untuk sesi 2008-2009. Tuan/Puan boleh lihat Carta Organisasi.

Untuk makluman tuan/puan, pihak AJK PPST akan mengadakan satu bancian Penduduk ST, tujuan untuk simpanan PPST, serta kempen pendaftaran menjadi ahli PPST dengan cara Ketua Blok akan mengedarkan Borang Ahli dan bancian penduduk dari rumah ke rumah. Tuan/Puan diminta mengisi borang masing-masing sebelum 20hb Ogos 2008. Pastikan Resit Persatuan diberikan setelah bayaran Yuran Tahunan ahli PPST dibuat.

Kerjasama serta sokongan penduduk amatlah diharapkan dan didahului terima kasih.

Faedah menjadi ahli dan matlamat PPST:

  1. Mengeratkan perhubungan serta memupuk semangat yang tinggi antara penduduk agar kita dapat membentuk prasarana penempatan yang ekonomi dan selamat.
     
  2. Menganjurkan aktiviti kebajikan, kemasyarakatan, dan ilmiah untuk keselesaan dan kebaikan penduduk Seri Tanjung.
     
  3. Mewujudkan aktiviti sukan dan rekreasi untuk melahirkan perpaduan antara kaum disamping mengurangkan gejala sosial yang tidak sihat dikalangan anak-anak remaja Seri Tanjung.
     
  4. Mengenali siapakah jiran kita serta menjalinkan hubungan silaturrahim di antara penduduk supaya kehilangan harta benda serta kecurian dapat kita hapuskan sepenuhnya.
     
  5. Mewakili penduduk dalam segala urusan dengan pihak kerajaan dan pemaju perumahan serta menjaga kepentingan ahli PPST.

Jiran Sepakat Membawa Berkat


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Categories

%d bloggers like this: