Posted by: Gurindam Jiwa | Saturday, August 23, 2008

Pantun Hari Ini

Abang jual:

    Dua tiga kucing berlari,
        Mana nak sama sikucing belang;
    Dua tiga boleh ku cari,
        Mana nak sama adik seorang.

 
 

Adik beli:

    Jalan dekat jatuh tersungkur,
        Langkah bendul mainan budak;
    Sedangkan sukat lagi diukur,
        Entahkan betul entahkan tidak.

 
Inspirasi: Nasi Lemak Kopi-O

Responses

  1. pantun familiar..
    sesuai untuk anak anak tahun enam belajar..
    elok la.. UPSR dah dekat.

    smile

    Adat pantun berjual beli,
        Baba dan nyonya memang handalan;
    Alang-alang dah sampai sini,
        Tinggal serangkap buat kenangan.

    Bukan sekadar halwa telinga;
        Atau untuk peperiksaan;
    Pantun lama memang familiar,
        Jadi warisan zaman berzaman.

  2. Lan, of all pantuns, I like gurindam jiwa, the best of the best.

    Alahai, ingatkan kok ada yang sudi nak berbalas pantun …

    Ye ye,

    Tuai padi antara masak,
        Esok jangan layu-layuan;
    Jengoklah blog antara nampak,
        Esok jangan mati kempunan.

    🙂

  3. makan laksa di pekan changlun
    sambil pulun cendoi pulut
    kita ni tak reti nak kaghang pantun
    takut keluag yang kaghut maghut

    pak ali panjat atap
    minta maaaappp

    Apa digusar suara dialun,
        Serak dan basah merdulah ia;
    Apa yang sukar mengarang pantun,
        Maksud pembayang jadilah ia.

    Dari Jerantut ke pantai Morib,
        Menjamu mata dengan discreet;
    Kalau yang kaghut kita moderate,
        Kalau yang maghut kita delete.

    Heh he… 🙂

  4. anak china pasang lukah
    lukah dipasang di tanjung jati
    menjengok blog tidak ku lupa
    banyak kali sudah ku ke mari

    😀

    Panglima Aceh pergi ke Tanjung,
        Buah pala mari digalas;
    Terima kasih sudi mengunjung,
        Allah saja yang boleh balas.

  5. Antara padi dan selasih
    yang mana satu tuan lurutkan?
    Antara budi dan kasih
    yang mana satu tuan turutkan?

    Antara padi dengan selasih,
        Dua-dua idaman hati;
    Antara budi dengan kekasih,
        Dua-dua ku bawa mati.

  6. hendak mati di hujung kuku
    hendak dikubur di tapak tangan
    dua hari lagi bulan yang baru
    bulan yang ditunggu bulan ramadhan

    Pakai celana sambil belajar,
        Guru mendidik berjubah mini;
    Puasa berkelana banyak mengajar,
        Rumusan sini, sini, dan sini.


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Categories

%d bloggers like this: