Posted by: Gurindam Jiwa | Sunday, August 24, 2008

Bantahan Program Kemerdekaan

Kepada
Pengerusi
Badan Rukun Tetangga Seri Tanjung
Seksyen 7
Bandar Baru Bangi
Selangor Darul Ehsan

Tarikh: 14 Ogos 2008

Perkara: Bantahan Program Kemerdekaan

Dimaklumkan bahawa kami dari Ahli Jawatankuasa Surau adalah membantah beberapa program yang dianjur dan diadakan di kawasan Seri Tanjung.

Menurut maklumat bahawa Program Menyambut Kemerdekaan kali ini akan dibuat seperti Ceramah Ad-din, Pakaian Beragam, Peraduan Mewarna, Nyanyian Lagu Patriotik dan Pembakaran Mercun.

Pada kami, ada beberapa acara yang tidak sesuai dengan agama dan budaya kita dan kami amat tidak setuju dengan beberapa acara seperti:

1. Pembakaran Mercun

Sebab 1: Ini adalah pembaziran di mana pembakaran mercun adalah membazir wang dan hanya sekadar seronok di mana wang peruntukan itu sepatutnya disalurkan pada tempat yang lebih sesuai. Contohnya disumbangkan pada warga ST yang memerlukan ataupun membuat cabutan bertuah seperti hadiah beras/gula/keperluan harian adalah lebih bermakna.

Sebab 2: Ini bukan budaya Islam dan juga tidak sesuai pada budaya kaum lain juga, malah ianya akan mengganggu dengan bunyi bising terutamanya pada warga yang mempunyai bayi-bayi kecil yang mungkin boleh terkejut dengan bunyi yang pasti bising dan bingit itu. Malah mercun ini ada bahayanya yang boleh berkemungkinan menyebabkan kebakaran di mana-mana.

Sebab 3: Amatlah tidak relevan di mana kita menyambut Malam 31 Merdeka dengan berseronok, sedangkan esoknya kita menyambut bulan Ramadhan. Ini seolah-olah kita tidak menghormati bulan yang mulia itu dan boleh menyebabkan hati kita jauh dari rahmat Allah s.w.t.. Malah boleh mengundang bala.

2. Nyanyian Lagu Patriotik

Sebab 1: Agak kurang manis sekiranya kita melatih peserta yang mungkin anak-anak kita dengan menyanyi selain lagu-lagu memuji Allah s.w.t.. Di ambang Ramadhan ini adalah lebih baik dibuat Majlis Tahlil, Do’a Selamat, atau sekurang-kurangnya ceramah tentang sejarah Tanah Melayu sebelum merdeka dan para-para pejuang kemerdekaan dan yang berkenaan dengannya. Sekurang-kurangnya generasi anak-anak kita tahu nama-nama datuk/moyang kita yang berjuang menentang penjajah dan mengerti apa itu erti kemerdekaan, bukan sekadar menyanyi lagu patriotik sahaja.

Sebab 2: Matlamat mungkin tersasar iaitu daripada menaikan semangat kemerdekaan bertukar menjadi hiburan yang hanya melekakan dan sekadar berseronok sahaja.

Sekali lagi kami berpendirian bahawa kami amat membantah dan tidak setuju dengan 2 acara seperti yang dinyatakan di atas. Namun begitu, program seperti addin, peraduan mewarna, pakaian beragam mungkin tidak menjadi masalah pada kami.

Semoga pihak penganjur dapat mempertimbangkan dengan membatalkan acara yang disebutkan tadi dengan menggantikannya kepada acara yang lebih sesuai untuk kebaikkan bersama.

Kami memohon maaf sekiranya teguran ini agak mengguris hati tuan dan bukan niat kami untuk itu, sekadar menunaikan tanggungjawab kami dalam menegakkan syariat dan sunnah Rasulullah s.a.w. sedaya yang mampu.

Sekian.

Yang Ikhlas,
AJK SURAU ST


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Categories

%d bloggers like this: