Posted by: Gurindam Jiwa | Sunday, August 31, 2008

Welcome Ya Ramadhan, Marhaban

Ramadhan comes every year, insya’Allah. There’s nothing else that is new to say other than what has already been said. My personal feeling is just the same. I remind myself of only the same thing that I have been reminded before:

There are four types of people who, even if they found Lailatul-Qadr and fulfilled all the necessary requirements, will not get any benefits whatsoever from it. They are:

  1. those who are addicted to wine,
  2. those disobedient to their parents,
  3. those who cut themselves off from their near relatives, and
  4. those who harbor ill-will against their fellow beings and break off relations with them.¹

…berkata para malaikat kepada Jibrail , apakah Allah berikan pada hajat orang mukmin dari umat Muhammad (s.a.w) pada bulan Ramadan ini? Berkata Jibrail bahawasanya Allah menilik kepada umat Muhammad yang berpuasa dan beribadah padanya dan dimaafkan mereka, diampunkan dosa-dosa mereka, melainkan empat orang yang tiada diampunkan dosanya: yaitu orang yang kekal minum arak, orang yang derhakakan ibubapanya, orang yang memutuskan sillaturrahim dan orang yang tidak bercakap dengan saudaranya lebih dari 3 hari.²

So it is really up to you…and me.

Have a blessed Ramadhan.

Pakai ketayap melangkah awal,
    Masuk waktu melaung azan;
Sibuk bersiap menyambut Syawal,
    Perayaan sebenar ialah Ramadhan.
Advertisements

Responses

  1. Indah sungguh berbaju Melayu,
    Dipadankan dengan sampin pelekat;
    Bulan Ramadhan bulan ditunggu,
    Bulan mulia penuh berkat.

    Kalau tuan ke Pekan Rabu,
        Kirimkan saya sibuah mangga;
    Bulan Ramadhan memang ditunggu,
        Bagai menunggu kekasih lama.

  2. I agree with the above. But sometimes things happens not the way they wanted it to be. Anyway, wishing you happy Ramadhan and happy fasting.

    Bulan Ramadhan lalu dan kembali,
    Umat Islam berpuasa semula,
    Saya singgah dan baca dengan teliti,
    Supaya faham agama saudara yang mulia

    Kalau pergi Pasar Keramat,
        Kirimkan saya nasi kerabu;
    Kita sekadar dengar dan taat,
        Kuasa Allah siapa yang tahu.

    Kalau pergi ke Pasar Tani,
        Belikan saya sibuah jambu;
    Tuan jarang komen di sini,
        Sekali sekala rasa terharu.

  3. Tazkirah tersebut mengingatkan saya pada kejadian lebih 10 tahun dahulu iaitu ketika saya masih belajar di UKM. Seorang melayu muslim yang bertugas di Bukit Fraser terlantar nazak di dalam ICU HKL akibat minum alkohol berlebihan. Kejadian itu berlaku pada minggu awal ramadhan. Kami pada usia tersebut dan tidak begitu terdedah dengan kehidupan sosial sebenar mesyarakat terkejut benar dgn kejadian tersebut. Saya tidak ingat apa kesudahannya yang berlaku pada insan itu, cuma sama-samalah kita mengambil iktibar.

    Mungkin susah percaya, tapi saya pernah bertemu seorang Muslim yang tak minum minuman lain selain beer, dan dia bukanlah kaki botol. Jadi dia bersahur dan berbuka puasa macam biasa, cuma minumannya mesti beer. Kawan kepada teman serumah saya.

    Pernahlah dia singgah di rumah saya dan berbuka puasa. Wadduuuh, satu babak yang menakjubkan saya. Kisah lebih suku abad yang lalu.

  4. Mazle,
    Alhamdulillah sebab kita tidak tergulung dalam 4 jenis manusia tersebut.
    Selamat berpuasa.

    Insya’Allah. Selamat Berpuasa kepada Pok Zawi juga.

    Bagaimana, dapat confirm ke Tengku Ray tu?

  5. makmum bersolat sangatlah taat
    mengikut bilal membaca selawat
    lapan tiga dua puluh rakaat
    biar penuh sehingga penamat

    Kain pelikat di atas bahu,
        Hiasan baju Melayu lama;
    Dua puluh rakaat belum tentu,
        Keikhlasan itu lebih utama.

  6. Desir angin bertiup pelahan
    kicau burung merdu memikat.
    Perayaan Sebenar adalah Ramadhan
    moga kita mendapat berkat.

    Desir angin tiup perlahan,
        Tiang seri kapal berlayar;
    Perayaan sebenar ialah Ramadhan,
        Yang dikejar Lailatul Qadar.

  7. Selamat menyambut Aidil Fitri, maaf zahir dan batin.

    Salam Eidul Fitr kepada tuan juga.

    Maaf Zahir dan Batin.

  8. Awat nu?
    Dok rasa macam tuan rumah ni pi buat umrah sebulan….

    sihat ke?

    Bukan pi umrah, sibuk nak asapkan dapur…

    Terima kasih la dok singgah masa saya tak de ni… xMISNA pun tak buat gathering dah…

  9. salaam
    a ah… mana pergi Mazlan? Bulan Ramadhan dah berlalu sibuk beribadah. Syawal ni bolehlah mula balik menulis.

    Bulan Ramadhan pun boleh menulis. Tapi line kena potong… 😀

  10. YA habibi, masih mabuk ketupat – rendang?

    Yes habibi, dah tak mabuk dah. Pening lalat je. Banyak kerja. Terima kasih sudi tandang.

    Dengar tak berita ibu Siti Translator meninggal dunia?

  11. Baru dengar ni, ya Allah cucuri rahmatMu ke atas rohnya ibu Siti.

    Ameen, ya Rabbal ‘aalameen.

  12. […] rest are the same here, here, and […]


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Categories

%d bloggers like this: