Posted by: Gurindam Jiwa | Monday, November 10, 2008

SRAI BBB: Kelas Bahasa Arab Dan Hafazan

Assalamualaikum wr. Wbt.

Kepada:
Ibubapa / Penjaga
Murid Tahun 3 2009

KELAS BAHASA ARAB DAN HAFAZAN

Sukacita dimaklumkan, pihak SRAI BBB akan mengadakan program tersebut seperti di atas.

2. Sehubungan itu semua murid Tahun 3 2009 dialu-alukan mengikuti program ini demi menjayakan dan memantapkan kualiti bacaan al-Quran dan hafazan serta menguasai Bahasa Arab. Segala pertanyaan boleh berhubung dengan Ustaz Syed Mohd Nasir (0193206892) dan Ustaz Ahmad Fazly Alias (0123753724).

3. Bersama-sama surat ini disertakan lampiran aturcara program untuk rujukan pihak tuan.

Segala kerjasama yang dihulurkan kami dahului dengan lafaz jazakallahu khairan kathira

Sekian, terima kasih.

 
Disediakan Oleh Disahkan Oleh
(Us. Syed Mohd Nasir Tuan Sembak)
Guru Bahasa Arab SRAI BBB
Nor Maizah Ambari
GPK I SRAI BBB
 

 

KELAS BAHASA ARAB DAN HAFAZAN

  • Terbuka Kepada Tahun 3 2009 SRAI B. Baru Bangi
  • RM70 ( Sepanjang Cuti Persekolahan Ini )
  • Waktu Pembelajaran
Masa
: 8 pagi hingga 11 pagi (Sesi 1)
8 pagi hingga 11 mlm (Sesi 2)
Tarikh
: 18/11 hingga 21/11
24/11 hingga 27/11
16/12 hingga 19/12
22/12 hingga 25/11
 
  • 3 Jam sehari (4 kali seminggu)
  • Percuma buku tulis, senaskah al-Quran dan Habbatus Sauda’ bagi setiap penyertaan!!

. . . . . . . . . . . . . . . . .

 

Borang Penyertaan

Saya …………. ibu/bapa/penjaga murid yang bernama …………. (Darjah) …………. (Sesi) …………. setuju/tidak untuk menyertai kelas Bahasa Arab dan Hafazan. Bersama ini disertakan pembayaran sebanyak RM70.00.

Yang Benar,

………….


Responses

  1. assalamualikum,
    adakah kelas fardu ain, bahasa arab dan lain2 kelas ugama yg berkaitan utk dewas yg dikelolakan dipusat pengajian tuan atau dimana mana tempat yg boleh tuan rujukkan?
    saya dapati tiada atau terlalu kurang informasi tentang dimana kelas2 tersebut boleh diikuti.
    terimakasih

    Wa’alaikumussalaam,

    Saya belum dengar lagi SRAI BBB mengadakan kelas untuk dewasa. Di tempat lain pula saya tak berapa kaji.

    Tetapi, di masjid-masjid ada kuliah-kuliah umum tentang tajuk-tajuk yang tuan sebutkan itu. Contohnya masjid-masjid yang aktif seperti Masjid Jamek Pekan Kajang, dan Masjid Abu Bakar as-Siddiq Bangsar.

  2. Salam ,
    Anak saya sekarang sudah berusia 5 tahun , saya ingin bertanya bilalah waktu yang sesuai untuk saya mendaftar anak saya. Terima Kasih

    Maafkan saya. Kelas Bahasa Arab Dan Hafazan tu rasanya sudah pun ditutup pendaftarannya. Adakah ini menjawab soalan tuan?

  3. Assalammualaikum… Saya ingin bertanya sekiranya terdapat kelas intensif Bahasa Arab, Fardhu Ain dan Mengaji untuk kanak-kanak umur 8 tahun di kawasan Keramat pada hujung minggu?

    Wa’alaikumussalaam,

    Saya hanya maklum apa yang berlaku di SRAI Bandar Baru Bangi. Itu pun sedikit sahaja, tidak menyeluruh.

    Terima kasih sudi ke sini.

    Wassalaam.


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Categories

%d bloggers like this: