Posted by: Gurindam Jiwa | Friday, November 14, 2008

Berjayakah Sekolah Kita?

Di sekolah anak-anak saya, jumlah yang mendapat 5A dan Mumtaz adalah memberangsangkan. Namun pada masa yang sama, ada empat orang pelajar yang masih tidak tahu membaca, yang tidak dapat para guru-guru dan ibubapa pulihkan. Ini amatlah menyedihkan. Fakta ini tidak dihebohkan, walaupun tidak dirahsiakan. Sebagaimana yang dijangka, keempat-empat mereka ini gagal.

Daripada lebih kurang 1,100 orang murid di situ, mungkin ada 2 atau 3 orang sahaja yang datang berbasikal. Tiada yang bermotorsikal. Cuma ada 2 sahaja (kalau tak silap saya) bas sekolah yang kelihatan menghantar dan mengambil anak-anak dari/ke sekolah. Ada juga beberapa van/kereta persendirian. Selainnya majoriti ibubapa menghantar dan mengambil anak-anak mereka sendiri. Boleh kata semua pelajar di sini adalah orang Melayu dan Islam.

Sekolah ini adalah sekolah integrasi di bawah naungan Jabatan Agama Islam Selangor yang asalnya sebuah sekolah agama, kini mengamalkan perpaduan kurikulum Agama dan KBSR. Terletak di Bandar Baru Bangi yang diiktiraf sebagai Bandar Ilmu, atau Bandar Akademia, lebih kurang 20 minit sahaja dari Putrajaya. Ada ibubapanya para cendekiawan (bukan saya).

Untuk memasuki sekolah ini, anak-anak ditapis dengan satu ujian khas sebelum Tahun 1, kerana tempatnya terhad. Daripada 395 orang yang menduduki Ujian Kelayakan Kemasukan Tahun 1 2009, hanya 200 orang sahaja yang diterima masuk. Namun masih ada juga beberapa pelajar yang tak boleh membaca. Di satu kelas anak saya juga, ada seorang yang tidak boleh membaca. Bagaimana ini boleh berlaku?

Peratusnya memang amat kecil. Tetapi ini tidak berarti ianya tidak bermakna. Apakah akan terjadi pada anak-anak ini? Sudah tentu akan termaktub di dalam sejarah mereka bahawa mereka adalah pelajar-pelajar sebuah Sekolah Rendah Agama Integrasi. Bagaimanakah agaknya masa depan mereka?

Kita meraikan para pelajar yang berjaya, sepertimana yang sepatutnya. Namun pelajar-pelajar seperti yang empat ini, adakah mereka akan dipinggirkan? Atau adakah mereka meminggirkan diri mereka sendiri? Adakah keluarga mereka berkemampuan?

Terlalu banyak persoalan, tetapi tiada jawapan.

Advertisements

Responses

  1. salam. just wondering…is there a possibility that the students who still can’t read or have difficulty reading, ‘suffer’ from learning difficulties? you know, something like dyslexia?
    i’ve read somewhere that there are cases whereby dyslexia in children are sometimes not diagnosed until they reach their teens.

    The topic of Learning Disability has been discussed at PTA meetings. Yes, the disabilities can appear later in life, not necessarily immediately at birth.

    It’s just that we need a good or better way of identifying them, and how to go about helping those with the disabilities, especially for cases specific to SRAI BBB.

    Another member of the PTA did mention it in passing here.

    The school could use more help in this.

  2. Soalan yang bermain di fikiran saya, macam mana mereka ini boleh melepasi ujian yang diadakan sewaktu pemilihan??
    hmmmm

    Learning Disability (LD) is quite a broad subject. One thing we know is that LD can appear at a later stage. It does not necessarily begin at birth. Some children’s LD only show up in their teen years when schoolwork — and life — gets more complicated.

    In cases specific to reading, federal schools do have some resources available from the Federal Government. SRAI BBB, being a JAIS’s school, does not have this luxury. Anything needs to be done, the PTA (PIBG) has to pull out the rabbit out of its hat.

    So the question as to the Entrance Examination is a valid one. Yes, there are also problems about “cable” and “connection.”

    But we also cannot deny that LD does exist. And some of our children may be having them. And that is no one’s fault.

    If we don’t do anything about it, THEN may be it becomes our fault.

    We already asked the question, so that is a good start.

    BTW, the Year One Entrance Examination concentrates more towards matching words and diagrams, rather than full blown reading per se. Perhaps we should have a sample examination paper published, one of these days, if possible.

  3. Dalam 1000 orang yang mati 1 sahaja yg masuk syurga, so x mustahil dalam 1100 orang ada 4 orang yg x tahu membaca, adakala ada yang datang merayu, xkn nak tolak, sekolah lain x nak terima, so kita cuba didik, x lulus xpe janji tahu agama. Mana tahu esok2 jadi manusia yg boleh jd pomen baiki kereta kita yang rosak tapi soleh…….Amin.

    Terima kasih Tuan Selamat.

    Sebagai makluman, daripada semua pelajar-pelajar yang mengambil peperiksaan UPSR di SRAI BBB tahun lepas, hanya 4 orang pelajar itu sahaja yang tidak lulus. Yang lain SEMUANYA LULUS.

    Juga keempat-empat pelajar tersebut telah pun disahkan ada dyslexia.

    Sebagai makluman juga, Bahagian Pendidikan JAIS masih belum ada kemudahan Pendidikan Khas, seperti mana Kementerian Pendidikan Malaysia. Kemudahan seperti Pendidkan Khas ini berkemampuan untuk menangani cabaran sebegini.

    Walau bagaimanapun kita tidak menuding jari. Kita sekadar mencari jalan. Kita perlulah berikhtiar untuk mencari jalan, selain dari do’a. SRAI BBB sebagai sebuah institusi pendidikan tidak boleh berpuas hati. Memanglah tidak lulus UPSR itu bukan bererti gagal dalam hidup, tetapi tanpa kebolehan membaca akan menjadikan laluan masa depan anak-anak ini agak sukar.

    Anak-anak/orang-orang dyslexia tidaklah bodoh. Cuma mereka sekadar mengalami kesukaran untuk membaca. Sedangkan membaca adalah antara asas mencari ilmu pengetahuan. Islam menyuruh kita membaca. Islam menyuruh kita belajar membaca.

    Bukan senang untuk menjadi orang yang soleh, bukan senang untuk menjadi seorang mekanik membaiki kereta, sekiranya mereka tidak boleh membaca. Beranikah kita menghantar kereta kita untuk dibaiki oleh seorang mekanik yang tidak tahu membaca, walaupun kita tahu dia seorang yang baik, jujur, amanah, dsbnya? Dan kalau kereta kita rosak, lalu kita hantar kereta itu ke bengkel membaiki motorsikal, mahukah rasanya bengkel itu menerima untuk membaiki kereta kita?

    Sekarang ini masih ada lagi beberapa pelajar di SRAI BBB yang masih tidak tahu membaca. Walau bagaimanapun, SRAI BBB tidak akan dapat mengatasi masalah tidak boleh membaca ini seorang diri. Ia memerlukan kerjasama dari semua pihak, termasuklah para ibubapa sendiri.

    Untuk makluman, SRAI BBB ada pengendalikan Program Intensif Hafazan dan Bahasa Arab yang mendapat sambutan amat menggalakan, termasuk daripada ibubapa pelajar-pelajar yang kurang cemerlang dalam prestasi akademik mereka. Harapan mereka ialah kalau tak pandai akademik pun, sekurang-kurangnya pandai agama. Seperti mana harapan Tuan Selamat juga.

    Mungkin usaha yang murni ini boleh membantu ikhtiar menangani masalah pencapaian akademik. Namun kursus ini juga memerlukan anak-anak ini boleh membaca.

    Jadi sekarang marilah sama-sama bantu sekolah ini mencari jalan, dan mengusahakan jalan itu.

    Terima kasih sekali lagi Encik Selamat.

  4. Terimakasih atas makluman tuan, tetapi saya ingin maklumkan juga ada beberapa buah sekolah di KPM yang mendapat khidmat pembaca soalan @ “reader” bagi membantu murid-murid yg disahkan dyslexia ini, kerana mereka tak tahu membaca @ lambat membaca. saya pasti mereka tahu pelajaran yang diajar. cuba tanya dan selidik. sebagai insan yang prihatin tuan sepatutnya bersama-sama pihak sekolah tersebut menangani perkara ini bersama-sama, saya ingin lihat ianya berjaya. saya ada 2 orang kawan yang kini menjadi kontraktor dan mekanik kereta yang memang tak tahu membaca, cuma mereka belajar dari pengalaman @ pengetahuan malahan mereka ini adalah ” anak murid ” saya dahulu.

    SRAI BBB di bawah JAIS tidak berkemampuan seperti sekolah di bawah KPM. Untuk mengesahkan anak-anak ini dyslexia pun perlu melalui banyak “red tape” dan mengambil masa yang agak lama. Ia diuruskan dengan dedikasi seorang AJK PIBG yang bukan saya.

    Sebagai insan yang prihatin, memang kita ingin lihat ianya berjaya. Oleh itu Tuan adalah dijemput untuk membawa cadangan Tuan ke Mesyuarat Agong yang akan datang ini. PIBG sekolah ini amatlah memerlukan AJK yang berwibawa seperti Tuan. Pihak sekolah dan ibubapa lain menunggu dengan penuh harapan.

    Keberkesanan Tuan mendidik “anak-anak murid” Tuan menjadi kontraktor dan mekanik kereta walaupun mereka tidak tahu membaca adalah saya kagumi. Allah sahaja yang boleh balas jasa-jasa Tuan. Harap Tuan boleh menonjolkan diri memberi panduan kepada kami yang serba kurang ini.

  5. untuk pengetahuan tuan, saya ni bukan ahli PIBG sekolah ini, saya hanya terbaca saja, so saya cuba bagi pandangan, berkongsi bersama kesusahan sekolah tuan, sebab saya ada juga sahabat yang duduk di JAIS tu dan saya dah dapatkan sedikit maklumat mengenai masalah ini. Sebenarnya tak ada “red tape” cuma bawa murid-murid tersebut, buat pemeriksaan di Klinik, isi borang di PPD hantar ke Unit Peperiksaan JPNS Shah Alam. Selesai. Tidak semestinya JAIS maka semuanya susah, yang penting pihak sekolah prihatin, KPM sentiasa membuka tangan… tentu ada ahli PIBG yang berjawatan di KPM…. saya percaya ada.

    Keikhlasan Tuan memberi pandangan amatlah saya hargai. Ianya amatlah dialu-alukan, apatah lagi apabila ianya membina. Perbincangan yang terbuka dan telus, dengan jatidiri dan budibahasa berketerampilan, buat ikutan pembaca yang lebih muda. Tidak ramai yang mampu mengikut jejak Tuan. Atau mungkin juga kerana blog ini tidak popular. Apatah lagi blog ini adalah sekadar jurnal peribadi yang dikongsi di alam siber. Jadi perbincangan di sini banyak tinggal di sini sahaja. Hanya Allah sahaja yang boleh menilainya.

    Setahu saya setiap ibubapa, di mana-mana sekolah pun, adalah secara langsung ahli PIBGnya. Cuma AJKnya sahaja yang perlu dilantik di Mesyuarat Agong oleh ahli-ahlinya yang hadir di Mesyuarat tersebut. Ada sedikit keanehan di sini. Saya rasa Tuan tahu maksud saya.

    Mengenai “red tape” itu, saya amat berterima kasih dengan penjelasan Tuan. Sungguh saya tidak duga prosesnya begitu mudah sekali, walaupun saya tidak jangka pengesahan dyslexia ini boleh dibuat mana-mana klinik, oleh mana-mana doktor, pada bila-bila masa sahaja.

    Seperti yang Tuan dapat lihat, AJK PIBG sekolah ini terdiri daripada mereka yang dilantik ke jawatan sukarela ini di Mesyuarat Agong dengan pencalonan mudah sahaja, berdasarkan kebolehan untuk bertanya. Dan apabila nama dicadang, amat sukar untuk menarik diri.

    Di sinilah sumbangan Tuan amat diperlukan. Jemputlah datang ke Mesyuarat Agong nanti, dan tonjolkan idea-idea bernas Tuan buat pedoman AJK akan datang yang amat memerlukan tunjuk ajar. Mungkin boleh duduk semeja berbincang, tanpa diselindungi tabir siber ini. Rasanya itu adalah molek.

    Memang ada ahli-ahli yang berjawatan di KPM (bahkan ditempat-tempat lain yang hebat-hebat), saya tahu Tuan sebenarnya tahu, bukan sekadar percaya. Tetapi kebanyakan mereka nampaknya tidak dapat memberikan komitmen yang tinggi kepada PIBG memandangkan tugas mereka yang amat terikat. Mungkin dengan pengaruh Tuan, Tuan boleh pujuk mereka di Mesyuarat Agong nanti. Saya sekadar mampu berblog.

    Tentang JAIS dan KPM itu, rasanya kalau hadir ke Mesyuarat Agong, banyak persoalan yang mampu terjawab. Rata-rata ramai yang berkemusykilan, tidak datang ke Mesyuarat. Ini adalah malang.

    Kita tamat di sini dahulu, jumpa Tuan di Mesyuarat Agong nanti.

    Wassalaam.

  6. InsyaAllah kalau diizinkan tuhan saya nak juga datang membantu tetapi apakan daya saya jauh di seberang laut, negeri di bawah bayu, berkhidmat disini…. tetapi sekolah ini tetap menjadi ingatan saya , sebab dulu saya sering lalu lalang dihadapannya… sekalilagi saya ucapkan terima kasih atas jemputan itu. tetapi saya harap kalau ada cadangan yang bernas tu bawa-bawalah ke mesyuarat agong yang saya rasa akan diadakan dalam bulan ini.. sekali lagi terima kasih…. Majukanlah Sekolah Jais..jangan jadi seperti di sini…………

    IP Address tuan tidak menunjukkan yang tuan menulis dari negeri di bawah bayu. Terima kasih.

    • Salam,
      semalam anak saya membawa balik hidangan makan tengahari yg tidak di makan dengan alasan tak ada mood nak makan. Saya ingatkan cuaca panas yg menghilangkan mood makan. Bila saya buka polistrin … nasi penuh, sepotong telur dadar dengan sos cili or tomato dan sdikit sayur kobis …emmm kalau saya pun tak selera tengok lauk mcm ni. Saya rasa para ibu bapa tak kisah jika yuran makanan dinaikkan dengan harapan anak makan dan punya tenaga utk sesi petang.

      Saya tumpang simpati. Namun selalunya makanannya tidaklah sebegitu teruk, cuma perlu dipantau. Bab yuran makan ni, memang ramai yg tak kisah, tapi ramai juga yg tak bayar langsung. Jumlah tertunggak dah mencecah puluhan ribu ringgit! Bila makan ni, rasanya perlu juga kesedaran tentang keberkatan. Mana yg tak mampu tu, ada tersedia jln keluar. Boleh buat permohonan di pejabat sekolah.


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Categories

%d bloggers like this: