Posted by: Gurindam Jiwa | Monday, December 1, 2008

Kawan Kita di Sinar Shah Alam

Nampak ada sikit tersenyum tu. Kalau dilebarkan sikit lagi pun apa salahnya, alang-alang nak masuk paper

Orang Kita di Shah Alam
Sinar Harian
Isnin, 1 Disember 2008
sinar@sentral
Muka S9

Azli Yusof Exco MBSA
Azli Yusof, 41 tahun
Pengerusi Majlis Perwakilan Penduduk
Zon 1
Dewan MBSA, Jln Pinang 18/3, 40200 Shah Alam.
Berkahwin (empat anak)
azliyusof@mbsa.gov.my

Bantu penduduk terima kemajuan negeri Selangor

Sebagai Pengerusi MPP Zon 1, apakah peranan anda dalam membantu penduduk di bawah zon anda?
AZLI: Sebagai MPP Zon 1, saya bertanggungjawab untuk memastikan penduduk menerima kemajuan negeri Selangor dan mereka menerima kemudahan infrastruktur dengan sempurna yang disediakan oleh Majlis Bandar Raya Shah Alam (MBSA) dan saya juga merupakan perantara penduduk dengan MBSA bagi menyelesaikan setiap masalah yang dialami mereka seperti masalah banjir, sampah, dan sebagainya.

Apakah masalah yang dihadapi oleh penduduk sepanjang anda bertugas?
AZLI: Kebanyakan masalah yang dihadapi oleh penduduk yang berada di MPP Zon 1 ialah Seksyen 1, 2, 3, 4, 5, 6, dan 14 yang merupakan kawasan pusat bandar ialah berkaitan banjir dan masalah tersebut telah diajukan kepada MBSA untuk diselesaikan dan kekurangan tempat untuk melakukan aktiviti kemasyarakatan serta masalah yang dihadapi oleh penggerai di Seksyen 2.

Apakah misi anda dalam memajukan tugas anda untuk membantu penduduk menerima kemajuan negeri Selangor?
AZLI: Menjadikan penduduk di kawasan Zon 1 ini yang kebanyakannya merupakan penduduk terawal akan sentiasa hidup dalam keadaan selamat dan menerima arus pembangunan selaras dengan kemajuan negeri Selangor. Selain itu kawasan ini menjadi contoh kepada kawasan lain dalam pelbagai bidang terutamanya pembangunan infrastruktur, pembangunan modal insan, ekonomi, dan sebagainya.

Orang Kita di Shah Alam


Responses

  1. Ada tokoh, ada tokoh! Slamat menjalankan amanah, moga d permudahkan segala urusan

    Do’a tuan, do’a saya juga. Ameen.

  2. […] Area Supervisor. I still meet on and off with my countrymen here Ismahali, Aziz Ahmad, Zaini, and Azli, among others. All making their own […]

  3. Azli..azli..bagus la. Semoga dapat terus memikul amanah.

    Nombor henfon dia yang dalam website MBSA tu macam dah tak pakai dah.


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Categories

%d bloggers like this: