Posted by: Gurindam Jiwa | Tuesday, December 16, 2008

Pantun Hari Ini

Untuk pelawat-pelawatku yang sudi komen:

    Biar pun jauh seberang lautan,
        Tidak ku lupa sehingga mati;
    Bila ku baca komentar tuan,
        Seperti badan datang sendiri.

    Kalau mengidam si tapai ubi,
        Direbus empuk taburkan ragi;
    Pandangan tuan saya hargai,
        Silalah singgah dan komen lagi.


Responses

  1. saje je menyinggah..
    x tau nak komen apa..
    Salam Ukhuwah.

    Terima kasih. Salam ukhwah kembali. Tak tau apa nak reply.

    Biasanya di ruang pantun ni, kita berbalas pantun.

      Siaplah sudah wajah dipahat,
          Dipahat dari sikayu jati;
      Tuan singgah diiring rahmat,
          Saya sangat berbesar hati.

  2. Bola melantun jatuh ke tepi,
    buah keranji di dalam van,
    berbalas pantun saya tak berapa reti,
    sekadar singgah mengomen bila relevan.

    Pantun kita satu warisan,
        Bukannya beban perlu digalas;
    Ianya tidak lapok dek hujan,
        Juga tidak lekang dek panas.

  3. buah sukun goreng pun sukun
    buah nangka dalam peti
    suruh berpantun hj berpantun
    harap diterima di dalam hati

    bunga mawar di dalam kotak
    ambil galah di kedai pak haji
    gambar mrs seet hj dah godak
    jemput-jemputlah ke blog hj

    Buah sukun goreng pun sukun,
        Sukun digalas di dalam baldi;
    Orang berpantun kita berpantun,
        Mengharap balas pada yang sudi.

    Mawar dipetik di taman sekolah,
        Untuk kenangan sijantung hati;
    Gambar Mrs Seet tu kecik sangat lah,
        Tapi yang penting kenangan abadi.

  4. tapai ubi tapai pulut
    pantun tak jadi, ikut sedap mulut..

    Tapai ubi hidangan petang,
        Buat menyambut handai dan taulan;
    Sedapnya jangan sampai kenyang,
        Takut nanti menggelupur badan.

  5. Tahun baru di Indonesia..
    Mudah-mudahan sama dengan negeri seberang..
    Salam kenal buat tuan..
    Saya datang belajar pantun..

    Dari seberang tuan ke mari,
        Mencari pantun yang tak seberapa;
    Salam kenal kita kembali.
        Sama-sama kita berseloka.

  6. hmm… pantun? let me try

    hari ini hari selasa
    mari kita makan laksa
    kalau taknak, boleh dipaksa
    taknak jugak, akan diseksa

    obviously, sy tak tau sgt ttg pantun…

    Ke pasar malam mencari makan,
        Basah kuyup disiram hujan;
    Pantun di sini pantun jalanan,
        Tiada guru, juri, atau kritikan.

  7. tak dak pantun baru ke??
    meh nak jual sikit..

    Dari Taiping ke Kuala Sepetang,
    Singgah sebentar di rumah Pak Bakri
    Kusangka panas hingga ke petang
    Rupanya hujan ditengahari…

    Membeli selendang di tengah kota,
    Dibeli bersama dengan busana;
    Tidakkah hati merasa derita,
    Melihat bencana di negara sana.

    Pedasnya cili masak di ladang,
        Dibasuh ia di dalam gayung;
    Panas tak mesti hingga ke petang,
        Itulah perlunya membawa payung.

    Dalam al-Qur‘an Allah dah kata,
        Orang Yahudi tak boleh percaya;
    Memang hati rasa derita,
        Pena ku kelu untuk berseloka.

  8. awek saya namanye eton,
    saya pula suka bersukan,
    saya baru nak belajar pantun,
    kalau salah tolong ajarkan,

    Kirim salam kepada Eton,
        Kalau bersukan kenalah bersemangat;
    Terima kasih suka berpantun,
        Saya pun bukannya pandai sangat.

  9. dara desa cantik berseri,
    bersama pemuda binatang dijerat,
    andai insan pentingkan diri,
    takkan terjalin muafakat yang erat

  10. pucuk kelisa tepian paya
    tatkala senja subur senia
    perang kuasa menuntut kaya
    dapatkah remaja memimpin dunia?

    • Dingin senja termimpi syurga,
          Buat kekasih di Gunung Daik;
      Ingin remaja memimpin dunia?
          Muhammad al-Fateh contoh terbaik.

  11. gua tabik lu semua….

    Gua tabik balik!

  12. Hanyut sampan anak temenggung,
    Dibawa arus hingga ke muara,
    Bil henpon melambung tak tertanggung,
    Sms aje tak payah dengar suara.

    Burung kenari terbang seribu,
    Hinggap seekor diatas tangan,
    Bil Henpon dah cecah seribu,
    Patutlah kau yang nak aku buat panggilan.


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Categories

%d bloggers like this: