Posted by: Gurindam Jiwa | Wednesday, January 14, 2009

SRAI BBB: Makluman Penting (1) 2009

Sekolah Rendah Agama Integrasi Bandar Baru Bangi
Jalan Kemajuan, 43650 Bandar Baru Bangi
Selangor Darul Ehsan
Tel: 03–8925 4714 • Faks: 03-8920 2801
E-Mel: sraibbb@yahoo.com.my

Bil: (03) dlm SRAI B.B.B HL 03/001/02
Tarikh: 14 Januari 2009

Kepada:
Ibubapa/Penjaga Murid
SRAI B.B.B

Tuan,

MAKLUMAN PENTING (1) 2009

Perkara di atas adalah dirujuk.

2. Berikut adalah perkara untuk perhatian tuan/puan:

a. Pada tahun 2009 semua murid tidak disediakan makan tengahari pada setiap hari Jumaat. Walau bagaimanapun bayaran bulanan masih kekal RM50.00 sesuai dengan kenaikan harga barang pada masa kini.

b. Unit Kokurikulum akan mengadakan aktiviti seperti di bawah:

Tarikh
Perkara
Tindakan
14/01/09
Pemilihan wakil sekolah ke Kejohanan Olahraga MSSD Hulu Langat
Semua murid Tahap 2
(Tahun 4, 5, dan 6)
15/01/09
Latihan Merentas Desa Peringkat Sekolah SRAI BBB 09
16/01/09
Kejohanan Merentas Desa Peringkat Sekolah SRAI BBB 09
 

c. Pendaftaran Kelas Iqra’ akan bermula pada 19/01/09. Borang hendaklah dihantar ke pejabat sekolah bukan melalui individu selewat-lewatnya sebelum atau pada 29/01/09. Yuran bulanan Kelas Iqra’ adalah sebanyak RM15.00 sebulan.

d. Kelas Tambahan Tahun Enam akan bermula pada hari Sabtu (17/01/09) Mula jam 8:30 pagi hingga 12:00 tengahari, manakal kelas tambahan waktu petang bermula pada hari Rabu (21/01/09) jam 4:00 petang hingga 5:00 petang.

e. Sekolah akan bercuti pada hari Isnin & Selasa (26 & 27/01/09) sempena sambutan Tahun Baru Cina.

Segala kerjasama serta keprihatinan daripada pihak tuan amatlah dihargai dan didahului dengan ucapan jutaan terima kasih.

Yang Menjalankan Tugas,

…..
(NOR MAIZAH AMBARI)
GPK 1
SRAI BBB


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Categories

%d bloggers like this: