Posted by: Gurindam Jiwa | Tuesday, February 24, 2009

SRAI BBB: Jadual Waktu Ujian Prestasi 1, Tahap 1, Tahun 1 & 2

 
Jadual Waktu Ujian Prestasi 1
Tahap 1, Tahun 1 dan 2
 
Kemaskini Rabu, 4 Mac 2009, penambahan peperiksaan Khat/Jawi.
 
ISNIN
2 Mac 2009
SELASA
3 Mac 2009
RABU
4 Mac 2009
KHAMIS
5 Mac 2009
JUMAAT
6 Mac 2009
8:00 – 9:00
Bahasa Melayu
BM (1)
8:00 – 9:00
Bahasa Inggeris
BI
8:00 – 9:00
Mathematics
MT (1)
9:30 – 10:30
Pendidikan Islam
AM
8:00 – 9:00
Bahasa Arab
BA
10:30 – 11:30
Bahasa Melayu
BM (2)
10:30 – 11:45
Science
SN
10:30 – 11:10
Mathematics
MT (2)
10:30 – 11:30
Khat/Jawi
KJ
10:30 – 11:30
Pendidikan Seni
PS
2:00 – 3:00
Tauhid: TA
2:00 – 3:00
Feqah: FQ
2:00 – 3:00
Akhlaq: AK
2:00 – 3:00
Qur’an: QU
 
Disediakan Oleh Disahkan Oleh
(JARINAH SHAHROM)
SUP SRAI BBB
(SITI MARIJAH SARMIDI)
Guru Besar SRAI BBB

Responses

  1. saya tunggu update pasal PIBG sbb saya tak pergi. ada hal. apa plan sekolah nak buat tahun ni ye.

    Mesyuarat Agung PIBG kali ini sangatlah anti-climax. Terutama bagi yang pernah hadir di Mesyuarat Agung yang sudah-sudah. Adalah lebih dan kurangnya. Ini mungkin kerana:

    1. Rata-ratanya semua kaki soal sudah dilantik menjadi AJK. Dan AJK tidak menyoal di dalam Mesyuarat Agung, sebaliknya mereka DISOAL. Itulah mentaliti kita, kalau menyoal je kena lantik. Jadi susah nak bertanya.

    2. Kedatangan sangatlah rendah, berbanding tahun yang sudah. Mungkin kerana pertama kali Mesyuarat Agung diadakan pada hari Ahad, yang jangkanya memenuhi kehendak ramai ibubapa yang banyak urusan di hari Sabtu. Mungkin juga kerana tiada poster yang dipamerkan—salah sayalah tu—walaupun surat pemberitahuan sudah dikeluarkan dua minggu awal.

    Walau bagaimanapun, isu PIBG ini–bagi saya–sudah menjadi agak sensitif sedikit. Maklumlah, guru juga manusia yang punya hati dan perasaan.

    Fungsi PIBG ni sebenarnya ialah membantu pentadbiran sekolah di mana-mana yang pihak pentadbiran sekolah perlu dalam memenuhi keperluan murid. Apatah lagi bagi sekolah agama JAIS ini yang mana bantuan yang diperolehi dari JAIS tidaklah sebanyak mana. JAIS bayar gaji guru-guru—yang grednya tidak disamatarafkan dengan guru-guru Kementerian, walaupun pengalaman dan kelayakannya sama—tu pun sudah kira Alhamdulillah. Itupun ada juga gaji guru yang ditokok oleh PIBG.

    Tetapi ada ibubapa menganggap PIBG ini suatu medan untuk mereka meluahkan rasa tidak puashati terhadap pentadbiran yang berkaitan dengan anak-anak mereka. Mereka lupa yang PIBG ialah Persatuan Ibu Bapa Guru, bukan Persatuan Ibubapa Belasah Guru. Dan mereka lupa sekolah ini untuk anak-anak masyarakat, bukan untuk anak-anak mereka seorang sahaja. Akibatnya, ramai guru-guru yang meminggirkan PIBG, kerana PIBG ini mereka lihat sebagai hanya mencari salah guru-guru sahaja.

    Dengan YDP baru dan beberapa AJK baru, saya harap kita bersemangat baru. Maklumlah, PIBG ni semuanya sukarela.

    Hakikatnya, apa-apa yang perlu dilakukan oleh PIBG memerlukan kerjasama dari kedua-dua pihak: ibubapa DAN guru.

    Apa sekolah nak buat tahun ni? Allah sahaja yang tahu.

    Itu sahaja dulu, kita tunggu dan lihat.

  2. Salam En Mazlan,

    Suami saya kata saya diam aja nanti kalau pergi. tak pro active langsung. Tapi mmg saya ada hal hari tu.
    Tapi saya setujulah dengan pandangan En Mazlan. Saya dan suami pun tak faham kenapa nak bising2 kalau PIBG top up sikit gaji guru tu.

    Tapi saya berharap sangat PIBG boleh seiringan/maju untuk kebaikan sekolah dan warganya.

    En Mazlan ada jawatan tak ?

    Kalau tak der benda baik nak cakap, memanglah elok diam. Tapi kalau ada cadangan yang baik, eloklah dikumandangkan. Pihak pentadbiran ni tak der ESP. He he he…

    Sebenarnya tak der org komplen pasal top up gaji guru tu. Tapi ada yang komen tentang perkara yang di luar bidang kuasa sekolah. Misalnya tentang waktu persekolahan dan uniform sekolah. Namun elok jugalah orang tu komen, boleh dimasukkan ke dalam minit. Jadi tak lah semua yang diputuskan oleh JAIS tu dianggap diterima bulat-bulat oleh rakyat.

    Untuk PIBG seiringan/maju untuk kebaikan sekolah dan warganya, mereka perlukan cadangan membina dan mungkin sumbangan kerja.

    Haruslah kita ingat bahawa hak mutlak PIBG hanyalah terhadap dana terkumpul PIBG, yang majoritinya adalah hasil sumbangan para ibubapa yang kita biasa dengar sebagai Yuran PIBG. Dari segi teknikalnya, PIBG tidak boleh mengenakan yuran, tetapi boleh memohon sumbangan daripada ahli-ahlinya, yakni ibubapa. Guru tak bayar Yuran PIBG, walaupun mereka juga ahli. Sesiapa yang tidak mampu bayar, atau tidak mahu bayar, tidak payahlah bayar. Tak boleh di bawa ke mahkamah pun. Dan yang tak mahu bayar tu, tak payahlah bising-bising. Malangnya perkara ini tidak banyak diperjelaskan. Mungkin mulai tahun ini, kita usahakan penjelasan-penjelasan sebegini. Untuk kebaikan kita semua juga.

    Antara tugas PIBG ialah mencari dana dalam membantu pentadbiran sekolah. Walau bagaimanapun, mencari dana bukanlah senang: nak buat Malam Amal, atau Hari Terbuka, dsbnya, misalnya. Jadi mengenakan yuran dan menyuruh anak-anak mengutip derma di bulan Ramadhan/Syawal adalah antara jalan mudah. Ianya mungkin tidak begitu sesuai, tetapi cakap memang lebih senang dari buat.

    Dalam PIBG ni, mana ada jawatan? Kuli belaka semuanya…
    😉

    Tak join ASTAKA SRAI ke?


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Categories

%d bloggers like this: