Posted by: Gurindam Jiwa | Sunday, March 29, 2009

Kejohanan Ping Pong Amatur (Melayu) Piala ADUN Bangi

KEJOHANAN PING PONG
AMATUR (MELAYU)
PIALA ADUN BANGI

18 & 19 April 2009 | 22 & 23 Rabi‘ul-Akhir 1430H
Sabtu & Ahad | 8:00 pagi – 5:30 petang

Kompleks Sukan MPKj, Seksyen 15, Bandar Baru Bangi

DAFTAR SEKARANG
Penyertaan Terhad

Perseorangan: 64 peserta | Beregu: 64 beregu

Tarikh Tutup Penyertaan
15 April 2009 (Rabu) sebelum jam 12:00 malam

Anjuran:
JKKK Teras Jernang | JK Unit Sukan & Rekreasi DUN Bangi

Hari Perseorangan Bergu
SABTU
18 April 2009
8:30 pagi – 5:30 ptg
Pusingan AWAL hingga
PERINGKAT SUKU AKHIR
TIADA PERLAWANAN
AHAD
19 April 2009
8:30 pagi – 5:30 ptg
PERINGKAT SEPARUH
AKHIR DAN AKHIR
PUSINGAN AWAL HINGGA PERINGKAT AKHIR
 

Yuran Penyertaan
Perseorangan: rm 15.00 | Beregu: rm 25.00

Untuk Keterangan Lanjut:
Zulkeflee Hamat: 012 651 1931 | Kamaruzzaman: 017 647 9325 | Azmi: 019 345 5452

Gambar-gambar sekitar kejohanan tahun lalu boleh ditonton di sini.

◊◊◊◊◊

PERATURAN
Kejohanan Ping Pong
(Amatur) Melayu
Piala ADUN Bangi 2009

Anjuran
JKKK Kampong Teras Jernang
dengan kerjasama
Jawatankuasa Unit Sukan dan Rekreasi DUN Bangi

Tarikh Kejohanan: 18 & 19 April 2009
Hari: Sabtu & Ahad
Masa: 8:00 pagi — 5:30 petang
Tempat: Dewan Kompleks Sukan MPKj, Seksyen 15, Bandar Baru Bangi

1. Undang-Undang Permainan

1.1 Selain daripada peraturan-peraturan terkandung, pertandingan ini dijalankan mengikut Undang-Undang Ping Pong sebagaimana yang telah ditetapkan oleh Persekutuan Ping Pong Antarabangsa (ITTF).

1.2 Sekiranya timbul sebarang perselisihan dari segi pentafsirannya, maka undang-undang dalam Bahasa Inggeris akan dipatuhi.

1.3 Kejadian di luar dugaan dan tidak dinyatakan dalam peraturan berkenaan akan diputuskan seperti berikut:

1.3.1 Semua masalah akan dipututskan berasaskan kepada Juri Rayuan Kejohanan.
1.3.2 Sebarang perselisihan teknikal akan diputuskan berasaskan Peraturan ITTF.
 

1.4 Semua keputusan yang dibuat oleh Jawatankuasa Teknikal dan Pertandingan adalah muktamad.

2. Penyertaan

2.1 Pernyertaan adalah terbuka kepada semua penduduk yang tinggal di Parlimen Serdang dan sekitarnya (Bangi, Balakong, dan Seri Kembangan) dan berbangsa Melayu sahaja (lelaki).

2.2 Setiap peserta boleh menyertai dua kategori, iaitu persorangan dan beregu.

2.3 Penyertaan terhad kepada 64 peserta acara perseorangan dan 64 regu bagi acara beregu. (Bergantung kepada budibicara pihak penganjur.)

2.4 Pemain dan bekas pemain yang pernah mewakili mana-mana Negeri, Kebangsaan, dan/atau SUKMA tidak layak untuk menyertai kejohanan ini.

3. Pendaftaran

3.1 Pendaftaran hendaklah dibuat melalui borang yang telah disediakan oleh pihak penganjur. Borang boleh didapati di:

3.1.1 Pusat Khidmat ADUN Bangi, Seksyen 1, Bandar Baru Bangi, Selangor Darul Ehsan (03 8925 0891)

3.1.2 PASTI as-Syakirin, Teras Jernang

3.1.3 PASTI al-Ehsan, Impian Ehsan, Balakong

3.1.4 Kaunter Pendaftaran Kompleks Sukan MPKj, Seksyen 15, Bandar Baru Bangi.
 

3.2 Bayaran dan serahan borang penyertaan hanya boleh dibuat:

3.2.1 Pusat Khidmat ADUN Bangi, Seksyen 1, Bandar Baru Bangi.

3.2.2 Kedai Dobi Bistari, Kg Teras Jernang, Bandar Baru Bangi

3.2.3 Zulkiflee Hamat (012 651 1931)
Kamaruzzaman Ab Hamid (017 647 3925)
Mohd Shahril Idris (019 202 1500)
Anuar Saleh (019 625 1645)
Azmi (019 345 5452)
 

3.3 Semuan borang penyertaan yang dihantar hendaklah disertakan bersama yuran penyertaan sebanyak rm15.00 (perseorangan) dan rm25.00 (beregu). Tarikh tutup penyertaan adalah pada hari Rabu (15 April 2009) sebelum jam 12:00 tengah malam.

3.4 Pengundian akan diadakan pada hari Khamis (16 April 2009) jam 9:30 malam di Pusat Khidmat ADUN Bangi, Seksyen 1, Bandar Baru Bangi, Selangor.

4. Hadiah-Hadiah

4.1 Hadiah-hadiah Kejohanan adalah seperti berikut:
Perseorangan
Beregu
JOHAN
RM300 & Cenderamata
RM400 & Cenderamata
NAIB JOHAN
RM250 & Cenderamata
RM300 & Cenderamata
KETIGA
RM150 & Cenderamata
RM200 & Cenderamata
KEEMPAT
RM100 & Cenderamata
RM150 & Cenderamata
 

5. Acara Yang Dipertandingkan

5.1 Perseorangan dan Beregu (Lelaki)

6. Sistem Pertandingan

6.1 Pertandingan di peringkat awal akan dijalankan secara Liga Satu Pusingan (4 atau 3 peserta setiap kumpulan).

6.2 Pemenang pertama dan pemenang kedua setiap kumpulan bagi acara Perseorangan atau Beregu peringkat 32 terbaik yang akan diadakan secara Kalah Mati.

Contohnya:
Pemenang Kumpulan A melawan Pemenang Kumpulan C
Pemenang Ku,pulan B melawan Pemenang Kumpulan D
dan seterusnya.
 

6.3 Setiap pemenang akan layak ke peringkat seterusnya sehinggalah peringkat akhir juga akan dijalankan secara kalah mati.

7. Kiraan Mata

7.1 Kiraan mata adalah 11 setiap set.

7.2 Pada pusingan awal (Liga Satu Pusingan), peserta akan bermain sebanyak 5 set dalam satu perlawanan, walaupun seseorang peserta telah mendahului 3 set yang pertama, perlawanan akan diteruskan sehingga set yang kelima.

7.3 Pemenang setiap perlawanan akan diberikan 3 mata, manakala yang kalah 0 (kosong) mata.

7.4 Johan dan Naib Johan setiap kumpulan akan ditentukan oleh jumlah pungutan mata yang terbanyak. Jika kedudukan mata sama, jumlah set yang menang dan kalah akan diambil kira. Jika masih seri, score setiap set akan diambil kira untuk menentukan Johan dan Naib Johan kumpulan.

8. Pengadil-Pengadil / Pegawai Teknikal

8.1 Dilantik oleh pihak penganjur.

9. Kelewatan

9.1 Peserta yang terlewat lima belas (15) minit daripada masa yang telah dijadualkan adalah dianggap memberi kemenangan tanpa bertanding kepada pihak lawannya. Pihak lawan akan diberi kemenangan dengan 5 – 0.

10. Bantahan / Tatatertib

10.1 Sebarang bantahan hendaklah dibuat secara bertulis dan disertakan dengan wang deposit sebanyak rm10.00 tunai.

10.2 Wang deposit akan luput jika bantahan yang dikemukakan itu didapati tidak wajar.

10.3 Setiap bantahan hendaklah dihantar kepada Pengarah Kejohanan dalkam masa tiga puluh (30) minit selepas pertandingan itu tamat.

11. Jawatankuasa Bantahan / Tatatertib

11.1 Pengarah Kejohanan/Pengerusi Teknikal dan Pertandingan

11.2 Setiausaha Jawatankuasa Pengelola

12. Pakaian

12.1 Memakai pakaian yang sesuai (trek dan kemeja-T)

12.2 Menutup aurat.

13. Jadual Perlawanan

13.1
Hari Perseorangan Bergu
SABTU
18 April 2009
8:30 pagi – 5:30 ptg
Pusingan AWAL hingga PERINGKAT SUKU AKHIR TIADA PERLAWANAN
AHAD
19 April 2009
8:30 pagi – 5:30 ptg
PERINGKAT SEPARUH
AKHIR DAN AKHIR
PUSINGAN AWAL HINGGA PERINGKAT AKHIR

Responses

  1. Mazle,
    Kalau terkeluar sikit dari kawasan Serdang boleh tak? Anak saya berminat tu. Tolong ya.

    Boleh kot. Kalau nak pinjam bil elektrik saya pun boleh. Bagi tau je. Tapi kena daftar cepat. Sambutan memang amat menggalakkan. Tu sebab yang dah ada participating restriction tuh.

    Tahun lepas saya masuk, puas hati. rm10 (tahun ni rm15) memang tak boleh komplen. Makan pun sedap. Dapat kawan baru lak lagi tu.

    Malangnya promosi nye (sebelum dan sesudah kejohanan) tak de. Harap ke blog saya dan dua keping gambar di blog ADUN, tu je. Hok lainnya, memang tahniah saya ucapkan pada penganjur.


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Categories

%d bloggers like this: