Posted by: Gurindam Jiwa | Thursday, April 23, 2009

SRAI BBB: Berita Sekolah 2009

Sekolah Rendah Agama Integrasi Bandar Baru Bangi
Jalan Kemajuan, 43650 Bandar Baru Bangi
Selangor Darul Ehsan
Tel/Faks: 03–89254714
E-Mel: sraibbb@yahoo.com.my

Bil (07) dlm SRAIBBBHL HL 06/001/02
Assalamualaikum Wr. Wbkt.

Tarikh: 23hb. April 2009

Kepada:
Ibubapa / Penjaga …..
SRAI Bandar Baru Bangi

BERITA SEKOLAH 2009

Perkara di atas dengan hormatnya mohon dirujuk.

2. Adalah dengan hormatnya dimaklumkan, pihak sekolah mengucapkan penghargaan dan jutaan terima kasih kepada semua ibu bapa yang telah memberi kerjasama kepada pihak sekolah pada tahun 2009.

KESELAMATAN

3. Pihak sekolah mohon kerjasama dari semua ibu bapa agar dapat membantu pihak sekolah untuk memastikan anak tuan/puan tidak berada di luar kawasan sekolah semasa menunggu untuk balik.

4. Ibu bapa tidak dibenarkan masuk ke kawasan sekolah sama ada menghantar atau menjemput anak. Pihak sekolah mendapati ada ibu bapa yang masuk ke kawasan sekolah dengan membawa masuk kereta/motosikal terutama pada waktu petang.

5. PENGGUNAAN PINTU 2

Pada sesi pagi
Semua murid dibenarkan menggunakan pintu 2 untuk masuk ke sekolah pada jam 6:45 – 7:30 pagi.

Pada sesi petang

  • Semua murid dibenarkan menggunakan pintu 2 pada jam 4:00 – 4:30 petang. Selepas jam 4:30 petang pintu 2 akan dikunci, semua murid dikehendaki menunggu dan keluar menggunakan pintu utama.
  • Sekiranya hari hujan pintu pagar 2 akan dibuka bergantung kepada keadaan. Diharap ibu bapa dapat memahami dan memberi kerjasama pada pihak sekolah demi untuk menjaga keselamatan murid-murid.

6. LOCKER SEKOLAH

Locker sekolah boleh digunakan bagi tahun 1 – 6 bermula 27hb April 2009. Semua ibu bapa boleh membeli kunci magga sendiri untuk kegunaan anak tuan/puan. Semua urusan kunci locker diuruskan oleh murid sendiri. Bagi murid tahun 1 dan murid baru 2009 dikehendaki membayar yuran wakaf untuk locker sebanyak RM40.00 sebagaimana yang telah dipersetujui dalam mesyuarat AJK PIBG.
Pembayaran locker boleh dibuat dipejabat sekolah sebelum 29hb Mei 2009 menggunakan borang yang dilampirkan.

7. Peperiksaan Pertengahan Tahun, Insyaallah akan diadakan pada 20hb Mei – 27hb Mei 2009. Semua murid dikehendaki untuk mengulangkaji pelajaran sebagai persediaan. (Jadual akan diberi oleh guru kelas.)

8. Sambutan Hari Guru peringkat sekolah akan diadakan pada 29hb Mei 2009 pada jam 7:30 pagi – 12:00 tengahari.

9. PENYEDIAAN MINUM PAGI

Untuk makluman ibu bapa, pihak sekolah akan menyediakan minum pagi untuk semua murid pada setiap hari Jumaat bermula pada 08hb Mei 2009.
Di antara menu yang akan disediakan untuk selang seminggu ialah:

  1. Nasi Lemak
  2. Mee Hoon Goreng
  3. Kuih-muih
  4. Bubur nasi

Selain menu yang disediakan oleh pihak sekolah, pihak kantin juga akan mengadakan jualan seperti biasa.

Segala kerjasama serta keprihatinan daripada pihak tuan/puan amatlah dihargai dan didahului dengan jutaan terima kasih.

Sekian, terima kasih.

Yang menjalankan tugas,

…..
(PN. SITI MARIJAH BT. SARMIDI)
Guru Besar,
SRAI Bandar Baru Bangi


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Categories

%d bloggers like this: