Posted by: Gurindam Jiwa | Monday, May 11, 2009

SRAI BBB: Berita Sekolah (2) 2009

Sekolah Rendah Agama Integrasi Bandar Baru Bangi
Jalan Kemajuan, 43650 Bandar Baru Bangi
Selangor Darul Ehsan
Tel: 03–8925 4714 • Faks: 03-8920 2801
E-Mel: sraibbb@yahoo.com.my

Bil (08) dlm SRAIBBBHL HL 06/001/01
Tarikh: 11hb. Mei 2009
 

Assalamualaikum Wr. Wbkt.

Kepada:
Ibubapa / Penjaga SRAI Bandar Baru Bangi

Tuan/Puan,

BERITA SEKOLAH (2) 2009

Perkara di atas dengan hormatnya mohon dirujuk.

  1. Adalah dengan hormatnya dimaklumkan pihak sekolah akan mengadakan sekolah ganti cuti Hari Raya. Sekolah ganti akan diadakan pada:
     
    Tarikh
    Hari
    Jadual
    Masa
    16 Mei 2009
    27 Mei 2009
    Sabtu
    Sabtu
    Khamis
    Jumaat
    7:30 pagi – 12:00 tgh
    7:30 pagi – 12:00 tgh
     
  2. Semua ibubapa tidak dibenarkan masuk ke kawasan Sekolah semasa menghantar atau menjemput anak semasa balik.
     
  3. Pintu pagar 2 akan dibuka dari jam 6:45 pagi hingga 7:30 pagi. Pada sesi petang, pintu pagar 2 akan dibuka pada jam 4:00 petang hingga 4:30 petang. (Sila rujuk makluman sebelum ini.) Pintu pagar 2 akan dikunci sleepas jam 4:30 petang. Semua murid dikehendaki menuggu dan keluar menggunakan pintu pagar utama. Diharap semua ibu bapa dapat memberi kerjasama untuk menjaga keselamatan murid-murid sekolah ini.
     
  4. Di harap ibu bapa prihatin terhadap penggunaan locker sekolah supaya ia dapat dimanfaatkan sepenuhnya.
     
  5. Semua murid dilarang sama sekali untuk meniggalkan semua jenis buku di dalam locker. Ini bertujuan untuk mengelakkan murid-murid tidak dapat menyiapkan kerja sekolah.
     
  6. Ujian Kelayakan Masuk Tahun 1 2010 akan diadakan pada 30hb Mei 2009 (Sabtu) jam 8:30 pagi – 10:30 pagi. Tempat peperiksaan di kelas yang telah ditentukan. Semua murid yang telah mendaftar sahaja dikehendaki hadir untuk Ujian Kelayakan.

Segala kerjasama serta keprihatinan daripada pihak tuan/puan amatlah dihargai dan didahului dengan jutaan terima kasih.

Sekian, terima kasih.

Yang menjalankan tugas,

…..
(NOR MAIZAH AMBARI)
GPK I,
SEK. REN. AGAMA (INTEGRASI)
JALAN KEMAJUAN, 43650 B.B.B.

sk: Fail


Responses

  1. Salam,

    Saya ada pertanyaan , sebenarnya anak saya Muhammad Adam bin Mohd Norisam telah pun mengambil ujian kelayakan Masuk tahun 1 2010, tetapi malangnye ketika itu keadaannye demam panas pada hari berikut, namun saya memaksa dia pergi juga, kerana itulah impian saya utk dia bersekolah disitu, Dan saya tahu dia tidak menjawap sepnuhnye ujian tersebut, kerana hanya mengadu pening saja.
    Soalan saya :
    1) Bolehkah saya membuat rayuan sekiranya anak saya gagal bersekolah di SRAI
    2) Bolehkah anak saya menduduki ujian sekali
    bagi menentukan kebolehannye yg sebenar?

    Wa’alaikumussalaam,

    Prosedur rayuan memang ada setelah keputusan dikeluarkan. Namun ujian semula biasanya tidak diadakan. Sila hubungi pihak sekolah untuk keterangan lanjut.

    Terima kasih.


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Categories

%d bloggers like this: