Posted by: Gurindam Jiwa | Wednesday, July 1, 2009

SRAI BBB: Tawaran Sebut Harga Kantin 2010-2012

Sekolah Rendah Agama Integrasi Bandar Baru Bangi
Jalan Kemajuan, 43650 Bandar Baru Bangi
Selangor Darul Ehsan
Tel: 03–8925 4714 • Faks: 03-8920 2801
E-Mel: sraibbb@yahoo.com.my

Bil: (01) HL 20 / 032 / 03 001

Tawaran Sebutharga Untuk Kantin
Sekolah Rendah Agama Integrasi
Bandar Baru Bangi

  1. Tawaran adalah dibuka kepada warganegara Malaysia yang berminat untuk mengendalikan kantin sekolah ini bagi tempoh dua tahun, mulai 01 Januari 2010 hingga 31 Disember 2012.
     
  2. Sebutharga hendaklah dihantar di dalam sampul surat berlakri dan bertanda “SEBUT HARGA KANTIN SEKOLAH SRAI BBB” di bahagian atas sudut kiri. Borang serta dokumen-dokumen lain yang berkaitan hendaklah sampai ke pejabat sekolah sebelum atau pada 24 Julai 2009 (Jumaat) jam 12:00 tengahari.
     
  3. Setiap sebut harga hendaklah disertakan dengan wang cagaran sebanyak RM1,000.00 (RINGGIT MALAYSIA: Satu Ribu Sahaja) dalam bentuk wang kiriman pos/draf bank/cek atas nama: “SEKOLAH RENDAH AGAMA INTEGRASI BANDAR BARU BANGI.” Permohonan tanpa wang cagaran tidak akan dilayan dan dipertimbangkan. Wang cagaran akan dikembalikan kepada pemohon-pemohon yang tidak berjaya. Borang-borang dan dokumen lain yang berkaitan boleh didapati di pejabat sekolah dari 06 Julai 2009 hingga 15 Julai 2009 pada waktu pejabat.
     
  4. Anggaran jumlah murid pada tahun 2010 adalah seperti berikut:
     
    Jumlah Murid
    Jumlah Guru
    Jumlah Kakitangan
    :
    :
    :
    1,200 orang
    85 orang
    7 orang
     

Keputusan Jawatankuasa Sebut Harga adalah muktamad dan sebarang bantahan tidak akan dilayan.

Disahkan oleh,

…..
SITI MARIJAH SARMIDI
GURU BESAR
SEK. REN. AGAMA (INTEGRASI)
JALAN KEMAJUAN, 43650 B.B.B.


Responses

  1. syarikat kami ber minat dengan apa yang diterang kan


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Categories

%d bloggers like this: