Posted by: Gurindam Jiwa | Wednesday, July 15, 2009

SRAI BBB: Berita Sekolah (4) 2009

Sekolah Rendah Agama Integrasi Bandar Baru Bangi
Jalan Kemajuan, 43650 Bandar Baru Bangi
Selangor Darul Ehsan
Tel: 03–8925 4714 • Faks: 03-8920 2801
E-Mel: sraibbb@yahoo.com.my

Bil (13) dlm SRAIBBBHL HL 06/001/01
Tarikh: 15hb. Julai 2009
 

Assalamualaikum Wr. Wbkt.

Kepada:
Ibubapa / Penjaga SRAI Bandar Baru Bangi

Tuan/Puan,

BERITA SEKOLAH (4) 2009

Perkara di atas dengan hormatnya mohon dirujuk.

  1. Adalah dengan hormatnya dimaklumkan sekolah akan bercuti sempena Israk Mikraj pada 20 Julai 2009 (Isnin).
     
  2. Ujian Prestasi 2 & Peperiksaan Pecubaan Tahun Enam
     
    Makluman kepada semua murid tahun enam, Peperiksaan Percubaan Setara Daerah UPSR 2009 akan diadakan pada 21, 22, dan 23 Julai 2009 (Selasa hingga Khamis) dan Peperiksaan Percubaan PSRA 2009 pada 10, 11, 12, dan 13 Ogos 2009 (Isnin hingga Khamis). Bagi Ujian Prestasi 2 pula akan diadakan pada 10, 11, 12, 13, 14, dan 17 Ogos 2009 (Isnin hingga Isnin). Jadual peperiksaan akan diedarkan.
     
  3. Bayaran Yuran Makan
     
    Semua murid SRAI Bandar Baru Bangi diwajibkan membayar yuran makan. Jumlah yang wajib dibayar RM50 x 10 bulan = RM500. Pihak sekolah berharap agar ibu bapa dapat menjelaskan tunggakan bayaran yuran dengan kadar segera. Pihak sekolah amat kesal dengan segelintir ibu bapa yang masih enggan membayar yuran makan yang diwajibkan oleh pihak sekolah yang telah menjadi peraturan sekolah.

Segala kerjasama serta keprihatinan daripada pihak tuan/puan amatlah dihargai dan didahului dengan jutaan terima kasih.

“HIKMAH, AMANAH, DAN EFISYEN”

Yang menjalankan tugas,

…..
SITI MARIJAH SARMIDI
GURU BESAR
SEK. REN. AGAMA (INTEGRASI)
JALAN KEMAJUAN, 43650 B.B.B.

sk: Fail


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Categories

%d bloggers like this: