Posted by: Gurindam Jiwa | Thursday, August 13, 2009

Pantun Hari Ini

Anaklah dara menjemur kain,
    Kain dijemur tepi perigi;
Hatiku tidak pada yang lain,
    Hanya pada mu sehingga mati.

 
Anaklah dara menggosok kain,
    Kain digosok dilipat tepi;
Hatiku tidak pada yang lain,
    Walaupun ramai menabur janji.


Responses

  1. Anaklah dara pergi mengaji
    berhati-hati menyeberang titi
    walaupun ramai menabur janji
    hanya tuan di dalam hati

    Salam perpisahan dari sakura

    Anaklah dara bertahi lalat,
        Antara hidung mata dan hati;
    Berpisah bukan dunia akhirat,
        Janganlah pergi tidak kembali.

    Anaklah dara cekap membasuh kain,
        Ramai lah bujang berangan-angan;
    Laman Sakura dulu tempat bermain,
        Kini dah jadi tempat larangan.
    😥

  2. anaklah dara bangunnya pagi
    setelah solat duduk di serambi
    hatiku besar boleh dibagi-bagi
    untuk menurut sunnah nabi

    anaklah dara menaiki rakit
    mudek ke hulu menganyam ketupat
    kasihku ini bukannya sedikit
    hendak ku kongsi selagi dapat

    anaklah dara menyolek muka
    bedak sejuk dicolek di dahi
    pantun ini pantun seloka
    jangan pula repot kat bini

    Anaklah dara bangunnya pagi,
        Setelah solat duduk di serambi;
    Memang menarik anak dara ni,
        Sampai mencurah idea Tn Hj.

    Anaklah dara membeli-belah,
        Seluruh kedai dia peghambat;
    Rezeki murah alhamdulillah,
        Kongsilah kalau dah cukup syarat.

    Anaklah dara menjemur padi,
        Ditabur rata di atas simen;
    Memang perlu restu si isteri,
        Baru boleh dipanggil gentleman.

    • anaklah dara memakan beringin
      beringin diambil di tepi lukut
      bukan tak hendak bukan tak ingin
      TTT Teringin Tapi Takut

      Anaklah dara masak kebab,
          Baunya selera;
      Cukup syarat bertanggungjawab,
          Tahu tak pe.

  3. anak dara menjemur kain
    kain dijemur di ampaian
    bini tak heran dan tak runsin
    itu, anak sedara en mazlan

    Anaklah dara menggoreng ikan,
        Goreng berlada kegemaran saya;
    Anak saudara chantek rupawan,
        Tingkatan dua sekolah agama.

    • anaklah dara melipat kain
      kain disimpan di atas para
      pantun direka untuk rang lain
      sesakat en mazlan pula terasa

      anaklah dara menyeberang titi
      kepala di salut dengan kain
      pantun jangan diambil hati
      ini hanyalah main-main

      Anaklah dara sungguh jelita,
          Tercuit hati dek jelingan manja;
      Orang beriman kan bersaudara,
          Cubit yang kiri kanan pun terasa.

      Anaklah dara menyiapkan sentil,
          Sireh tembakau digulung digentel;
      Hatiku ini siapalah nak ambil,
          Rambut dah putih lutut dah menggigil.

  4. tak ada benda lain nak ditulis ke?🙂

    Setakat ni tak de…😀

  5. Anaklah dara berhati gundah,
        Pengumuman buat jantung berdebar;
    Pak Su ucap setinggi tahniah,
        Sembilan A cemerlang PMR.

  6. Anaklah dara hatinya gembira
    Sambil mengucap Alhamdulillah
    PMR 9A memanglah tera
    Semoga berjaya di alam sekolah

    Anaklah dara hatinya berdebar
    Kerana tersepak tersandong pasu
    Ucapan tahniah kerana 9A PMR
    Dari Pak Muda kawan Pak Su

  7. Anaklah dara pakai terompah,
        Hendak pergi berjumpa kulaan;
    Tahniah! Tahniah! Alhamdulillah,
        Namun SPM hanyalah permulaan.


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Categories

%d bloggers like this: