Posted by: Gurindam Jiwa | Tuesday, November 13, 2012

Tahniah Dato’ Paduka…

… Untuk rakyat, orang kampung, dan perjuangan Islam …

2 Exco terima anugerah Dato’ Paduka

Muhammad Yusri Amin, 11 Nov 2012

KOTA BHARU: Dua anggota Exco kerajaan negeri, Che Abdullah Mat Nawi dan Dr Muhammad Fadzli Hassan hari ini menerima anugerah yang membawa geralan Dato’ Paduka sempena ulangtahun hari keputeraan Sultan Muhammad V.

Mereka menerima anugerah Ahli Yang Kedua (Dato’ Paduka) Bagi Darjah Kebesaran Jiwa Mahkota Kelantan Yang Amat Mulia.

Dato’ Paduka Che Lah
Che Abdullah dan isteri

Turut menerima darjah sama Adun Gaal, Dr Nik Mazian Nik Mohamad yang juga bekas anggota Exco.

Ketua Setiausaha Negara, Dato’ Seri Dr Ali Hamsa mengetuai senarai 239 penerima Anugerah Gelaran Kebesaran, Darjah-Darjah Kebesaran dan Pelantikan Jaksa Pendamai pada istiadat Pengurniaan Kehormatan Kebesaran Negeri Kelantan di Istana Balai Besar hari ini.

Sebelum itu berlangsung Istiadat Pemeriksaan Barisan Kehormatan di Padang Merdeka bermula jam 8.15 pagi.

Perayaan Ulangtahun Hari Keputeraan Sultan Muhammad V kali ke-43 tahun ini dengan cogan kata “Semoga Allah Melindungi Tuanku Dunia dan Akhirat” manakala temanya “Islam Dimartabat, Raja Didaulat, Negeri Berkat”.

Semalam Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato’ Dr Zainuddin Ibrahim berkata istiadat pengurniaan darjah kebesaran tahun ini membabitkan penerima seramai 636 orang.

Seramai 397 penerima lagi iaitu bagi Bintang-Bintang, Pingat-Pingat dan Surat-Surat Kepujian pula akan berlangsung pada satu tarikh ditetapkan kemudian.

Sementara itu Dr Muhammad Fadzli merakamkan ucapan syukur dan terharu di atas penganugerahan daripada Sultan Kelantan dan berharap semoga ia memberi kebaikan di dunia dan akhirat.


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Categories

%d bloggers like this: