Posted by: Gurindam Jiwa | Friday, March 29, 2013

Kuliah Fathul Bari diBATALkan

Kuliah Maghrib
Ust Dr Fathul Bari Mat Jahya
Surau Seri Tanjung
diBATALkan.

Kuliah Fathul Bari di BATALkan

Program asal Kuliah Maghrib Ustaz Dr Fathul Bari di Surau Seri Tanjung (sila lihat sini) pada malam ini, 29 Mac 2013, telah diBATALkan.

Program Kuliah ini telah dipintas (hijacked) oleh Badan Perhubungan UMNO Selangor dengan sebuah Ceramah Politik yang bertajuk “1Tolak Fitnah: Dialog Rakyat 1 Malaysia Tolak Fitnah” bersama Ust Dr Fathul Bari Mat Jahya & Ust Riza Kamaruddin.

Maka kehadiran Ust Dr Fathul Bari ke Seri Tanjung bukanlah lagi sebagai seorang Ustaz yang bertauliah mengajar agama di sebuah Kuliah Agama di Surau, tetapi sebagai menjayakan satu Program Politik UMNO. Maka program ini diadakan di LUAR Surau, bermula jam 8:30 malam. Masuknya waktu Isya’ ialah 8:33 malam.

Perbincangan asal pada bulan Februari menjemput Ust Dr Fathul Bari untuk memberi Kuliah Maghrib di Surau Seri Tanjung telah dibuat oleh Pengerusi Surau dengan En Azman (+6-019-277-7990) dari Protaz Management & Consultancy yang menguruskan jemputan para ahli ILMUAN UMNO. Pada asasnya En Azman menetapkan tarikh Kuliah pada hari Jumaat, 29 Mac 2013, dan tidak membantah cadangan tajuk Kuliah yang diajukan oleh Pengerusi Surau, iaitu Kuliah Aqidah Ahli Sunnah wal Jamaah.

Pengerusi Surau kemudian pada 17 Mac 2013 menerima panggilan daripada En Badrul Hisham Bin Haji Badrudin (+6-017-480-9722), Setiausaha Kerja Badan Perhubungan UMNO Selangor, yang memanggil dirinya sebagai Badd. Beliau meminta Pengerusi Surau menghantarkan maklumat Surau kepada beliau melalui e-mel. Katanya pihak beliau akan menyediakan Kain Rentang (banner) dan kertas iklan (brochure). Alhamdulillah.

Pengerusi Surau pada 20 Mac menghantarkan maklumat dan logo Surau kepada quickbrowncat@gmail.com.

Pada 27 Mac, Pengerusi Surau menerima panggilan daripada En Mohmad Asian B Ahmad (+6-013-246-5120), Setiausaha Kerja Badan Perhubungan Pemuda UMNO Selangor, yang memanggil dirinya AC. Beliau hendak menghantar kain rentang dan kertas iklan yang telah siap dicetak.

Akhirnya pertemuan berjaya dibuat di Surau Seri Tanjung pada 1:00 pagi 28 Mac 2013. Adalah didapati kain rentang dan kertas iklan tersebut menyatakan program yang akan diadakan ialah program yang bertajuk “1Tolak Fitnah: Dialog Rakyat 1 Malaysia Tolak Fitnah” bersama Ust Dr Fathul Bari Mat Jahya & Ust Riza Kamaruddin.

Ianya adalah diluar jangkaan dan tanpa pengetahuan awal Pengerusi Surau. Sepanjang tiga tahun ini, Pengerusi Surau telah kerap kali diberikan amaran oleh pihak JMB Seri Tanjung dan Persatuan Penduduk Seri Tanjung agar tidak mengadakan program yang berbau politik di Surau.

Apabila Pengerusi Surau menghubungi En Badrul Hisham tentang perubahan program, beliau menyatakan bahawa En Azman memaklumkan Ust Dr Fathul Bari akan bawa tema ini (Dialog Rakyat 1 Malaysia Tolak Fitnah) ke seluruh Malaysia.

Maka dengan ini gagallah usaha Pengerusi Surau untuk menarik ahli/penyokong UMNO di dalam kariah Surau Seri Tanjung untuk mengimarahkan Surau Seri Tanjung dengan menghadiri Majlis Ilmu Agama di dalam Surau. Taman Syurga yang selama ini memang sepi dari para pejuang agama, bangsa, dan tanahair.

Perkembangan ini tidaklah begitu mengejutkan, tetapi agak mengecewakan.

Pengerusi Surau dengan itu, malam tadi, menyerahkan semua bahan Program kepada Pengerusi UMNO Seri Tanjung sebagai penyerahan tanggungjawab (program handover).

Takbir!!!

ps: Sementara tulisan ini dikarang, poster pembatalan Kuliah Maghrib Ust Dr Fathul Bari yang ditampal di pintu Surau pagi tadi, telah pun diturunkan.

Advertisements

Responses

  1. Ust Hj Ahmad Ba‘ei ada komen di sini.


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Categories

%d bloggers like this: