About

( P )
Tuai padi antara masak
Esok jangan layu-layuan
( L )
Intai kami antara nampak
Esok jangan rindu-rinduan

( P )
Anak cina pasang lukah
Lukah dipasang di Tanjung Jati
Di dalam hati tidak ku lupa
Sebagai rambut bersimpul mati

( L )
Batang selasih permainan budak
Daun sehelai dimakan kuda
Bercerai kasih talak tiada
Seribu tahun kembali juga

( P )
Burung merpati terbang seribu
Hinggap seekor di tengah laman

( L )
Hendak mati di hujung kuku
Hendak berkubur di tapak tangan

( L & P )
Kalau tuan mudik ke hulu
Carikan saya bunga kemboja
Kalau tuan mati dahulu
Nantikan saya di pintu syurga

Lyric and Song by Wandly Yazid (24 February 1925 – 5 August 2005)

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 644 other followers

%d bloggers like this: