Posted by: Gurindam Jiwa | Tuesday, July 29, 2008

Pengetahuan Pencegahan Kebakaran Penting

Taklimat Keselamatan & Cara Pencegahan Kebakaran Oleh Bomba di Dataran Seri Tanjung pada 20 Julai, Ahad lepas, berjalan lancar. Laporan mengenainya ada tersiar di Sinar Harian hari ini, seperti di bawah.

Program taklimat itu amatlah baik dan dialu-alukan. Seperti yang dilaporkan, saya juga berpuas hati dengan program tersebut KECUALI terhadap satu perkara.

Program itu diakhiri dengan acara penyemburan air dari pili bomba kepada kanak-kanak yang menyertai program itu. Acara itu memberi peluang kepada para penduduk untuk menggunakan alat pemancut air bomba itu, sambil memberikan suasana ceria untuk anak-anak penduduk Seri Tanjung. Namun air yang disemburkan itu sangatlah kotor, dan boleh dilihat di gambar di bawah ianya berwarna kuning.

Mungkin ini tidak penting ketika cuba memadamkan api. Tetapi saya rasa tidak wajar apabila disemburkan kepada anak-anak kita. Saya jangka anak-anak ini belum lagi akil baligh untuk mengerti baik buruk bermandi air lumpur. Namun bagaimana pula dengan para penyelamat kita? Bagaimana pula dengan ibubapa yang menghadiri taklimat di situ yang sekadar berdiri dan tersenyum melihat anak-anak mereka seronok bermandi air berlumpur?

Pod of hippos, Luangwa Valley, Zambia
Gambar sekadar hiasan,
dengan ehsan Wikipedia

Saya cuba menghampiri anak-anak saya untuk memanggil mereka keluar dari semburan air itu. Namun saya pula terkena air lumpur. Baju saya yang terkena air berlumpur itu, apabila sekadar dibasuh dengan menggunakan mesin pembasuh, kesan lumpur itu tidak hilang. Saya perlu rendam semula baju tersebut, kemudian memberusnya, dan selepas itu membasuhnya dengan mesin pembasuh. Itu pun masih boleh dilihat tanda-tanda lumpur tersebut. Bagaimana pula dengan pakaian anak-anak yang lain? Mungkin saya yang tak pandai membasuh kain.

Tidak dinafikan para penyelamat kita pakar dalam bidang keselamatan dan pencegahan kebakaran. Tapi itu tidaklah bermakna mereka boleh menjadi begitu dha’if dalam bidang kesihatan. Mungkin pada mereka adalah tidak mengapa sekali sekala anak-anak orang awam disemburkan dengan air lumpur. Mungkin pada mereka adalah tidak mengapa andainya kepada anak-anak mereka sendiri, saya pula semburkan dengan air lumpur. Mungkin juga saya ini sudah ketinggalan zaman.

Pegawai Operasi Bomba Bandar Baru Bangi, Sarjan Mishan, dalam taklimatnya mengalu-alukan kedatangan para penduduk beramai-ramai ke program itu sebagai tanda penduduk Seri Tanjung bersatu-padu.

Pada pendapat saya, apalah erti perpaduan, jika air lumpur dijadikan habuan. Pada pendapat saya.

Pengetahuan Pencegahan Kebakaran Penting
AHMAD BAEI

BANDAR BARU BANGI – Pengetahuan dan kemahiran mengenai pencegahan kebakaran wajar dimiliki anggota masyarakat sebagai persediaan sekiranya berlaku kebakaran di persekitaran mereka.

Pegawai Perpaduan Daerah Hulu Langat, Abdul Khalid Ujang ketika merasmikan Program Keselamatan dan Cara Pencegahan Bersama Bomba Bandar Ehtm Bangi di sini, mengajak penduduk di pangsapuri mengambil peluang untuk belajar cara memadam kebakaran.

Menurutnya, usaha Kawasan Rukun Tetangga (KRT) Pangsapuri Seksyen 7 Bandar Baru Bangi, menganjurkan program ini harus dimanfaatkan semua penduduk kerana peluang ini tidak datang selalu.

Katanya, setiap arang perlu tahu mengguna alat pemadam supaya keadaan tidak menjadi panik apabila berlaku kebakaran sebenar.

“Selain itu, kalau ada alat pemadam itu perlu diservis apabila sampai masanya, kalau tidak, gaga1 digunakan apabila diperlukan,” katanya.

Sementara itu, Pegawai Operasi Bomba Bandar Baru Bangi, Sarjan Mishan Benu semasa taklimat pencegahan meminta orang ramai supaya mengawasi anak-anak mereka daripada membuat panggilan palsu terhadap bomba.

Katanya, banyak panggilan palsu yang diterima dan keadaan ini jika dibiarkan kemungkinan akan menyebabkan pihak yang benar-benar perlu lambat diberi bantuan.

Selain itu, Mishan mahu KRT menyediakan alat pemadam api pada setiap blok sebagai peegahan awal sebelum kedatangan bomba.

Program berkenaan dikendalikan Pegawai Bomba dan Penyelamat, Mohd Zamri Hashim mendapat perhatian penduduk yang hadir dengan masing-masing diberi peluang untuk mencubanya.

“Sewaktu berhadapan dengan kebakaran, sesearang itu hendaklah dihadapi dengan tenang dan fokus kepada punca api,” kata Zamri ketika ditemui.

Tinjauan Sinar Harian mendapati, penduduk diberikan latihan cara menggunakan alat pemadam dengan betul dan cara memadam api pada tong gas.

Beberapa penduduk yang ditemui di sini berpuas hati dengan latihan itu sebagai asas bagi menghadapi kebakaran.


Responses

  1. […] Keselamatan & Cara Pencegahan Kebakaran Oleh Bomba Taklimat Keselamatan & Cara Pencegahan Kebakaran Oleh Bomba […]

  2. […] Bangi Mencuba… […]

  3. […] Program Keselamatan dan Cara Pencegahan Bersama Bomba Bandar Baru Bangi anjuran Kawasan Rukun Tetangga (KRT) Pangsapuri Seksyen 7 di sini bertujuan untuk memberi pendidikan serta pendedahan kepada penduduk cara memadam kebakaran. Kelihatan salah seorang pegawai bomba dan penyelamat mengajar salah seorang penduduk menggunakan alat pemadam api. […]

  4. We wish thank you for this info

    No problem.

  5. bukannya bomba tu tau yang nak keluar tu air lumpur..
    nak komen pon pikir dulu..asal boleh tulis je…
    *kecik2 xprnah men lumpur ke?

    Memang Bomba tu tak tau air tu berlumpur sebelum buka paip tu. Tapi bila dah keluar air tu, semua boleh nampak air tu berlumpur. Masih nak disembur juga? Sebab dah fikir saya komen. Bomba tak boleh fikir ke? Ya, saya TAK PERNAH main lumpur.


Leave a reply to Taklimat Keselamatan & Cara Pencegahan Kebakaran Oleh Bomba « Gurindam Jiwa Cancel reply

Categories